AmBank Balance Transfer adalah pelan pindahan baki daripada AmBank/AmBank Islamic. Pelan ini memudahkan anda membenarkan anda memindahkan baki daripada kad kredit kepada kad kredit AmBank. Dengan menggunakan kemudahan ini, anda boleh mengurangkan beban hutang sekiranya kad kredit anda mengenakan kadar faedah tinggi, atau anda boleh menyatukan hutang kepada satu bayaran bulanan dengan kadar faedah yang kompetitif.
Pelan Pindahan Baki AmBank ini menawarkan kadar faedah tetap sebanyak 4.88% dengan pilihan bayaran ansuran antara 6 hingga 60 bulan. Caj kadar pengendalian yang dikenakan adalah bergantung kepada tempoh bayaran balik. Yang menjadikan pelan ini menarik ialah tiada caj upfront yang akan dikenakan.
Walau bagaimanapun, pihak AmBank akan mengenakan caj penyelesaian awal sebanyak RM100 sekiranya anda berhasrat untuk menyelesaikan baki bayaran sebelum tempoh yang dipersetujui, bergantung kepada jenis kad kredit AmBank yang anda miliki.
Anda boleh memindahkan baki serendah RM1,000 sehingga RM50,000, atau ditentukan oleh had kredit (credit limit) kad anda – yang mana lebih rendah.
Pelan AmBank Balance Transfer adalah pelan kewangan yang boleh anda guna untuk mengurangkan beban hutang. Namun, pertimbangkan caj yang dikenakan dan juga teliti syarat dan terma sebelum anda buat keputusan. Lihat juga situasi kewangan anda dan susun bayaran bulanan mengikut kemampuan.


