Akan dibuka dalam tab baharu

Hong Leong Sutera Platinum

Kad kredit Hong Leong Sutera Platinum
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM120
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Mata Ganjaran, Premium

Kad Kredit Hong Leong Sutera Platinum adalah kad kredit Hong Leong yang menawarkan kelebihan pulangan mata ganjaran yang sangat menarik di samping perlindungan perjalanan dan pelan kredit yang memudahkan pengurusan kewangan.

Pulangan Mata Ganjaran Maksimum

Dapatkan mata ganjaran sehingga 8x mata setiap kali anda berbelanja dengan kad Hong Leong Sutera Platinum. Boleh dikatakan semua jenis perbelanjaan melayakkan anda untuk menerima pulangan mata ganjaran, seperti transaksi pembelian atas talian, tambah nilai e-Dompet, pesanan makanan dalam talian, barangan runcit, menjamu selera, dan perbelanjaan di luar negara.

Jangan lupa anda boleh tebus mata ganjaran yang terkumpul melalui Hong Leong Club Rewards yang menawarkan pelbagai baucar, hadiah, dan barangan menarik. Anda juga boleh tebus untuk diskaun yuran tahunan atau mata AirMiles AirAsia Points dan Enrich Points.

Perlindungan Perjalanan yang Komprehensif

Sebagai pemilik kad kredit Hong Leong Bank ini, anda juga akan menikmati perlindungan insurans perjalanan yang berjumlah sehingga RM1.7 juta sekiranya anda membeli tiket kapal terbang dengan kad HLB Sutera Platinum.

Perlindungan ini termasuk perlindungan kemalangan peribadi, kelewatan penerbangan, kehilangan bagasi, dan banyak lagi. Dapatkan ketenangan fikiran seboleh mungkin sepanjang perjalanan.

Gaya Hidup Premium

Nikmati juga gaya hidup premium dengan  perkhidmatan Visa Platinum Concierge yang sedia berkhidmat 24 jam sehari, 7 hari seminggu. Ini termasuk tempahan hotel, restoran, limousin, tiket konsert, dan pelbagai khidmat bantuan untuk memudahkan urusan anda.

Pelan Pemindahan Baki dan Ansuran Tunai

Hong Leong Bank menawarkan pelan pemindahan baki dan ansuran tunai yang memberikan kebebasan untuk anda menguruskan kewangan dengan lebih mudah.

Antaranya ialah Pelan Hong Leong Call For Cash, di mana anda boleh mendapatkan pembiayaan segera tanpa caj kadar faedah harian. Hanya faedah 3.18% dikenakan sekali sahaja. Jika anda memerlukan pembiayaan yang lebih tinggi dan lebih lama, pelan Hong Leong Call For Cash Plus adalah pilihan terbaik. Dengan pelan ini, anda dapat menikmati jumlah pembiayaan yang lebih tinggi dan tempoh pembayaran yang lebih panjang.

Selain itu, anda juga boleh menggunakan pelan Pemindahan Baki yang boleh menggabungkan semua baki tertunggak kad kredit anda dari 3 bank berlainan. Pemindahan minimum yang diperlukan hanya RM1,000 dan anda boleh pilih untuk buat bayaran balik sehingga 12 bulan tanpa faedah (zero interest).

Dengan memanfaatkan pelan Pemindahan Baki dan pelan Ansuran Tunai yang ditawarkan bersama kad kredit Hong Leong Sutera Platinum, pengurusan hutang menjadi lebih mudah dan lebih teratur.

Syarat Kelayakan Ringkas dan Yuran Berpatutan

Kad kredit HLB ini boleh dimohon oleh sesiapa sahaja, bukan hanya warganegara Malaysia. Pemohon hanya perlu memenuhi syarat kelayakan yang ringkas seperti berpendapatan minimum RM3,000 sebulan dan berumur antara 21 hingga 65 tahun.

 Yuran tahunan yang dikenakan juga sangat berpatutan iaitu RM120 untuk kad utama, dan RM60 untuk kad tambahan. Walau bagaimanapun, caj ini dikecualikan untuk tahun pertama sekiranya anda guna kad Sutera Platinum dalam tempoh 45 hari selepas pengaktifan. Tahun berikutnya pula yuran akan dikecualikan jika anda buat transaksi tidak kurang daripada RM15,000 setahun.

Kad Kredit Hong Leong Sutera Platinum bukan sahaja memberikan pulangan mata ganjaran untuk semua transaksi, malah didatangkan perlindungan insurans perjalanan, perkhidmatan premium, dan pelan kewangan yang membantu.  

Kad ini adalah pilihan yang bijak jika anda gemar mengumpul mata ganjaran tetapi masih ingin penjimatan maksimum dalam menggunakan kad kredit. Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk mohon kad ini.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Hong Leong Sutera Platinum

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan pulangan mata ganjaran setiap kali anda ‘swipe’ kad HLB Sutera Platinum anda. Nikmati sehingga 8x mata ganjaran untuk beli-belah dalam talian termasuk tambah nilai e-Dompet, perbelanjaan runcit, menjamu selera, dan semua transaksi di luar negara. 1x mata ganjaran pula dihadiahkan untuk transaksi runcit yang lain.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
8 RM1 Transaksi luar negara, menjamu selera, runcit, transaksi dalam talian,
1 RM1 Transaksi runcit yang lain

Tebus mata ganjaran anda melalui tawaran hebat oleh Hong Leong Club Rewards.

ganjaran perjalanan

Nikmati perlindungan insurans perjalanan percuma sehingga RM1.7 juta yang merangkumi pelbagai kejadian seperti kelewatan sambungan penerbangan, kelewatan dan kerugian bagasi, serta kelewatan penerbangan.

JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Insurans Perjalanan Sehingga RM1,700,000
Penerbangan tertunda Sehingga RM1,200
Terlepas penerbangan Sehingga RM1,200
Kelewatan Bagasi Sehingga RM1,200
Kehilangan Bagasi Sehingga RM2,500

Perlindungan perjalanan yang lengkap dan komprehensif ini menawarkan ketenangan fikiran tambahan, memastikan bahawa anda dilindungi daripada risiko dan ketidakselesaan yang mungkin timbul.

Ciri premium

Ingin bantuan 24 jam sehari, 7 hari seminggu? Program Visa Concierge yang didatangkan bersama kad kredit Hong Leong Sutera Platinum boleh membantu. Guna perkhidmatan ini untuk buat sebarang tempahan seperti tempahan restoran untuk menjamu selera, hotel mewah, atau tiket konsert untuk hiburan.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM120
Tahun pertama percuma jika ada transaksi selepas 45 hari tarikh kad aktif. Tahun berikutnya yuran dikecualikan untuk transaksi RM15,000 ke atas.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM60
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Hong Leong Balance Transfer
Hong Leong Balance Transfer

Pindahkan baki kad kredit anda ke Hong Leong Bank. Pindahan serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran sehingga 12 bulan. Kadar faedah yang rendah dan tiada caj pengendalian dikenakan.

Maklumat Lanjut
Hong Leong Bank Call For Cash
Hong Leong Bank Call For Cash

Dapatkan pinjaman tunai serendah RM500 dengan tempoh bayaran semula sehingga 24 bulan. Caj kadar faedah yang sangat berpatutan serendah 3.18% p.a. Sesuai untuk mereka yang inginkan wang segera di saat kecemasan.

Maklumat Lanjut
Hong Leong Call For Cash Plus
Hong Leong Call For Cash Plus

Pinjaman dari RM1,500 hingga 90% had limit (credit limit) kad kredit Hong Leong dengan tempoh bayaran sehingga 60 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Hong Leong Sutera Platinum

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Hong Leong Sutera Platinum

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Hong Leong Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Hong Leong Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Hong Leong Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Hong Leong Sutera Platinum untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Hong Leong Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Hong Leong Sutera Platinum

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Hong Leong Sutera Platinum?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

2 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Hong Leong Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Hong Leong Bank Berhad

Hong Leong Bank Berhad
Hong Leong Bank Berhad, dengan sejarah perbankan yang panjang bermula dari 1905, kini telah berkembang menjadi bank kelima terbesar di Malaysia. Dengan lebih 300 cawangan di seluruh negara dan kehadiran antarabangsa, Hong Leong Bank menawarkan rangkaian luas produk dan perkhidmatan perbankan konvensional serta Islamik untuk memenuhi keperluan individu dan perniagaan, termasuk kemudahan perbankan atas talian.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…