Akan dibuka dalam tab baharu

AmBank QuickCash

AmBank QuickCash adalah pelan ansuran tunai (cash instalment plan – CIP) yang ditawarkan oleh AmBank Berhad kepada pemegang kad kredit utama (principal card holder) AmBank. Pelan ini membenarkan anda untuk buat pinjaman tunai serendah RM1,000 sehingga had kredit (credit limit) maksimum kad kredit anda.

Anda boleh pilih tempoh pembiayaan dari 12 bulan hingga 36 bulan. Caj faedah yang dikenakan pula adalah kadar faedah tetap iaitu 7.88% p.a

Pihak AmBank membenarkan anda untuk buat bayaran bulanan minimum untuk pelan AmBank QuickCash ini, tetapi anda kadar faedah akan dinaikkan kepada 18% p.a. Oleh itu pastikan anda dapat buat bayaran penuh untuk mengelakkan caj faedah yang tinggi.

Sekiranya anda ingin menyelesaikan baki pinjaman lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui, anda akan dikenakan caj penamatan awal (early settlement fee). Caj penamatan awal yang dikenakan ialah RM100. Caj ini juga akan dikenakan sekiranya anda membatalkan kad kredit anda dengan pihak AmBank lebih awal daripada tempoh bayaran akhir pinjaman.

AmBank QuickCash
calendar-range
Tempoh Pinjaman
12 bulan hingga 36 bulan
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman
Had kredit (credit limit) maksimum
badge-percent
Kadar Faedah
7.88% p.a (kadar tetap)
square-dollar
Caj Lewat Bayar
Kadar faedah dinaikkan kepada 18% p.a
square-dollar
Caj Penamatan Awal
RM100
share-nodes
Kongsi

Jadual AmBank QuickCash

Ansuran tunai dari serendah RM1,000 hingga had kredit maksimum kad kredit AmBank anda dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan. Caj kadar faedah tetap (fixed interest) untuk memudahkan anda mengurus kewangan.

Tempoh Pinjaman (Bulan) Kadar Faedah (% p.a)
12 7.88% p.a
24 7.88% p.a
36 7.88% p.a

Cara mohon AmBank QuickCash

Anda boleh mohon pelan ansuran tunai AmBank QuickCash dengan mengikuti langkah-langkah berikut.

  1. Lengkapkan borang permohonan AmBank QuickCash – muat turun di laman web AmBank.
  2. Hantar borang tersebut melalui salah satu kaedah berikut:
    – E-Mel kepada [email protected]
    – Cetak dan hantar di mana-mana cawangan AmBank/AmBank Islamic terdekat

Atau;

Hubungi pihak AmBank di talian 03-21788888 dan beri maklumat berikut:

  1. Nombor Kad Pengenalan.
  2. Jumlah QuickCash yang ingin dimohon.
  3. Tempoh bayaran ansuran yang diingini.

Kad kredit AmBank QuickCash

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan AmBank QuickCash. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

AmBank Islamic Visa Platinum CARz Card-i

AmBank Islamic Visa Platinum CARz Card-i
Kad kredit AmBank Islamic khusus untuk penjimatan petrol di sebarang stesen minyak seluruh negara. Dapatkan rebat tunai sehingga 5% dan mata ganjaran AmBonus dengan AmBank Islamic Visa Platinum CARz Card-i. Yuran tahunan percuma seumur hidup dengan pelan ansuran mudah dan pinjaman tunai kad kredit QuickCash.
Info Lanjut

AmBank Islamic Visa Infinite Card-i

Kad kredit AmBank Islamic Visa Infinite Card-i
Kad kredit AmBank Islamic Visa Infinite Card-i menawarkan pengalaman eksklusif dengan pulangan mata ganjaran dan perlindungan perjalanan lengkap.
Info Lanjut

AmBank Visa Signature

Kad kredit AmBank Visa Signature 
Kad kredit AmBank Visa Signature menawarkan mata ganjaran AmBonus, perlindungan insurans perjalanan percuma, dan juga ciri premium. Sesuai jika anda ingin berbelanja dengan gaya hidup eksklusif.
Info Lanjut

AmBank Enrich Visa Infinite

Kad kredit AmBank Enrich Visa Infinite 
Nikmati ganjaran dan keistimewaan perjalanan dengan kad kredit AmBank Enrich Visa Infinite. Dapatkan mata Enrich, akses ke ruang rehat lapangan terbang, perlindungan insurans perjalanan, dan kelebihan gaya hidup.
Info Lanjut

AmBank Enrich Visa Platinum 

Kad kredit Ambank Enrich Visa Platinum 
Nikmati ganjaran perjalanan yang hebat dengan Kad Kredit AmBank Enrich Visa Platinum. Kumpul Mata Ganjaran Enrich, nikmati diskaun penerbangan, akses lounge percuma, dan banyak lagi.
Info Lanjut

AmBank Islamic Visa Signature Card-i

Kad kredit AmBank Islamic Visa Signature Card-i
Nikmati ganjaran 3X mata untuk perbelanjaan luar negara dengan AmBank Islamic Visa Signature Card-i. Dapatkan akses lounge percuma, perlindungan takaful & pelbagai manfaat eksklusif.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.