Akan dibuka dalam tab baharu

Hong Leong Visa Infinite P

Nikmati keistimewaan perjalanan eksklusif, mata ganjaran Enrich Miles, dan perkhidmatan premium dengan kad kredit Hong Leong Visa Infinite P

Kad kredit Hong Leong Visa Infinite P
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Mata Enrich Miles, perlindungan insurans perjalanan, tanpa yuran tahunan

Kad kredit Hong Leong Visa Infinite P adalah kad eksklusif melalui jemputan sahaja yang direka khusus untuk individu yang menghargai pengalaman perjalanan mewah dan perkhidmatan istimewa. Kad ini menawarkan pelbagai faedah termasuk mata Enrich Miles, perlindungan insurans perjalanan, dan juga perkhidmatan Visa Concierge untuk memenuhi gaya hidup eksklusif.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Hong Leong Visa Infinite P

  • Dapatkan mata Enrich Miles secara automatik bagi setiap transaksi, dengan kadar tukaran 1 mile setiap RM3.50 bagi transaksi tempatan dan RM2.20 untuk transaksi luar negara.
  • Nikmati perjalanan dengan tenang apabila anda dilindungi oleh insurans perjalanan sehingga RM3 juga apabila anda menggunakan kad Hong Leong Visa Infinite P untuk tempahan tiket penerbangan.
  • Dapatkan penjimatan berganda dengan yuran tahunan percuma seumur hidup.
  • Gunakan akses percuma ke ruang legar Priority Pass di lapangan terbang seluruh dunia.
  • Perkhidmatan Hong Leong Premium Travel Desk boleh membantu untuk tempahan tiket kapal terbang, penginapan, dan sebarang bantuan berkaitan perjalanan untuk melancarkan perjalanan anda.
  • Perkhidmatan Visa Digital Concierge 24/7 untuk memudahkan urusan perjalanan anda melalui tempahan restoran, urusan perjalanan, dan sebagainya.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Jemputan sahaja
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak. Yang mana lebih tinggi
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100
Had Pendahuluan Tunai Harian
RM5000
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Hong Leong Balance Transfer
Hong Leong Balance Transfer

Pindahkan baki kad kredit anda ke Hong Leong Bank. Pindahan serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran sehingga 12 bulan. Kadar faedah yang rendah dan tiada caj pengendalian dikenakan.

Maklumat Lanjut
Hong Leong Flexi Payment Plan
Hong Leong Flexi Payment Plan

Tukar sebarang pembelian bernilai RM1,000 ke atas kepada pelan bayaran ansuran HLB Flexi Payment. Dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan dan kadar faedah tetap, dapatkan barangan idaman anda sekarang juga.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Hong Leong Visa Infinite P

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Oleh kerana kad kredit Hong Leong Visa Infinite P adalah atas jemputan sahaja, pihak Hong Leong Bank tidak membuka permohonan kad ini kepada umum. Walau bagaimanapun, anda boleh mengisi borang dalam talian yang disediakan di laman web Hong Leong Bank sekiranya anda berminat untuk mendapatkan kad ini.

  1. Layari laman web Hong Leong Bank.
  2. Klik butang “Saya Berminat.”
  3. Lengkapkan butiran dan klik “Hantar.”

Layari laman web Hong Leong Bank.

Khidmat Pelanggan

Anda boleh menghubungi pihak Hong Leong Bank melalui saluran berikut sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan berhubung kad kredit Hong Leong Visa Infinite P.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Hong Leong Visa Infinite P

Walaupun pihak Hong Leong Bank tidak mengumumkan kelayakan gaji minimum untuk mohon kad ini, kad kredit Hong Leong Visa Infinite P selalunya ditawarkan kepada individu berpendapatan tinggi dengan sejarah kredit yang baik.

Kad ini menawarkan beberapa faedah untuk penggunaan di luar negara, termasuk kadar tukaran Enrich Miles yang lebih rendah (RM2.20 untuk 1 mile), perlindungan insurans perjalanan secara automatik, dan perkhidmatan bantuan Visa Digital Concierge di luar negara.

Anda boleh menyemak baki Enrich Miles yang terkumpul melalu laman web Enrich atau E-Mel di alamat [email protected]

Perlindungan perjalanan yang ditawarkan oleh kad ini merangkumi insurans perjalanan sehingga RM3 juta, kelewatan dan terlepas penerbangan, dan kelewatan dan kehilangan bagasi.

Anda boleh mengakses ruang legar Priority Pass dengan menunjukkan kad kredit Hong Leong Visa Infinite P anda dan tiket penerbangan yang sah.

Ya. Kad ini menawarkan pelan pindahan baki Hong Leong Balance Transfer dan pelan bayaran ansuran Hong Leong Flexi Payment Plan.

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Hong Leong Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Hong Leong Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Hong Leong Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Hong Leong Visa Infinite P untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Hong Leong Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Hong Leong Visa Infinite P

Ada soalan tambahan berhubung Hong Leong Visa Infinite P?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Hong Leong Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Hong Leong Bank Berhad

Hong Leong Bank Berhad
Hong Leong Bank Berhad, dengan sejarah perbankan yang panjang bermula dari 1905, kini telah berkembang menjadi bank kelima terbesar di Malaysia. Dengan lebih 300 cawangan di seluruh negara dan kehadiran antarabangsa, Hong Leong Bank menawarkan rangkaian luas produk dan perkhidmatan perbankan konvensional serta Islamik untuk memenuhi keperluan individu dan perniagaan, termasuk kemudahan perbankan atas talian.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

BSN 1 TeachersCard MasterCard

Nikmati ganjaran istimewa, kadar faedah terendah, dan perlindungan insurans perjalanan percuma dengan BSN 1 TeachersCard…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…