Akan dibuka dalam tab baharu

AmBank Easy Payment Plan

AmBank Easy Payment Plan adalah pelan bayaran ansuran (Easy Payment Plan) yang ditawarkan oleh AmBank Berhad. Anda boleh menukar bayaran barangan anda kepada pelan ini apabila anda buat pembelian serendah RM200.

Tempoh bayaran semula yang dibenarkan ialah dari 3 bulan hingga 24 bulan. AmBank tidak mengenakan sebarang kadar faedah (zero interest) untuk bayaran semula anda. Anda juga tidak akan dikenakan caj pengendalian atau upfront handling fee.

Sekiranya anda sukar untuk buat bayaran penuh setiap bulan, AmBank akan mengenakan caj kadar faedah sebanyak 18% p.a. Caj ini dikenakan sehingga anda menyelesaikan semua baki yang tertunggak. Jadi pastikan anda dapat buat bayaran ansuran seperti yang telah dipersetujui setiap bulan mengelakkan kadar faedah yang tinggi.

Anda boleh buat penamatan awal, iaitu menyelesaikan segala baki tunggakan lebih awal dari tempoh yang dipersetujui tanpa dikenakan sebarang caj. Dalam erti kata lain, AmBank tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal (early settlement fee) untuk pelan AmBank Easy Payment Plan ini.   

AmBank Easy Payment Plan
money-bill-1-wave
Pembelian Minimum
RM200
calendar-range
Tempoh Bayaran
3 bulan hingga 24 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
Tiada kadar faedah (Zero Interest)
square-dollar
Caj Pengendalian
Tiada caj upfront
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
Bayaran ansuran penuh
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual AmBank Easy Payment Plan

Guna kad kredit AmBank anda untuk sertai pelan bayaran ansuran AmBank EPP. Pembelian serendah RM200 dengan tempoh bayaran ansuran maksimum sehingga 24 bulan. Tiada caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
3 Tiada Tiada RM200
6 Tiada Tiada RM500
12 Tiada Tiada RM1,000
24 Tiada Tiada RM2,000

Cara mohon AmBank Easy Payment Plan

  1. Hubungi AmBank di talian 03-21673000 selepas pembelian menggunakan kad kredit AmBank anda.
  2. Maklumkan butir pembelian yang ingin anda tukar kepada skim bayaran ansuran mudah.
  3. Pilih tempoh bayaran ansuran yang anda ingini.

Kad kredit AmBank Easy Payment Plan

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan AmBank Easy Payment Plan. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

AmBank BonusLink Visa Gold

Kad Kredit AmBank BonusLink Visa Gold
Kad ini dicipta khusus kepada mereka inginkan mata ganjaran BonusLink. Dapatkan sehingga 30 BonusLink Points (BLPs) hanya dengan setiap perbelanjaan RM10 untuk pelbagai transaksi dalam negara dan juga luar negara. Dapatkan juga barangan idaman anda dengan dua pelan bayaran ansuran mudah AmBank yang didatangkan bersama kad ini.
Info Lanjut

AmBank Islamic Visa Platinum CARz Card-i

AmBank Islamic Visa Platinum CARz Card-i
Kad kredit AmBank Islamic khusus untuk penjimatan petrol di sebarang stesen minyak seluruh negara. Dapatkan rebat tunai sehingga 5% dan mata ganjaran AmBonus dengan AmBank Islamic Visa Platinum CARz Card-i. Yuran tahunan percuma seumur hidup dengan pelan ansuran mudah dan pinjaman tunai kad kredit QuickCash.
Info Lanjut

AmBank Cash Rebate Visa Platinum

AmBank Cash Rebate Visa Platinum
Kad kredit AmBank Cash Rebate Visa Platinum menawarkan pulangan tunai sehingga 8% untuk perbelanjaan harian dan juga perlindungan insurans perjalanan sehingga RM500,000. Tidak lupa juga yuran tahunan percuma seumur hidup.
Info Lanjut

AmBank BonusLink Visa Signature

AmBank BonusLink Visa Signature
Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink. Kumpul mata ganjaran BonusLink untuk hadiah, baucar, atau tunai dengan kad ini.
Info Lanjut

AmBank BonusLink Visa Platinum

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Platinum
Kad kredit AmBank BonusLink Visa Platinum adalah kad terbaik untuk kaki shopping dan pengumpul mata BonusLink. Dapatkan dua kali ganda mata BonusLink dengan setiap transaksi anda.
Info Lanjut

AmBank Islamic Visa Platinum Card-i

Kad kredit Ambank Islamic Visa Platinum Card-i
Kad kredit AmBank Islamic Visa Platinum-i sesuai jika anda selalu membeli-belah dan gemar melancong. Dapatkan sehingga 2x mata ganjaran AmBonus dengan yuran tahunan percuma.
Info Lanjut

AmBank Islamic Visa Infinite Card-i

Kad kredit AmBank Islamic Visa Infinite Card-i
Kad kredit AmBank Islamic Visa Infinite Card-i menawarkan pengalaman eksklusif dengan pulangan mata ganjaran dan perlindungan perjalanan lengkap.
Info Lanjut

AmBank Visa Signature

Kad kredit AmBank Visa Signature 
Kad kredit AmBank Visa Signature menawarkan mata ganjaran AmBonus, perlindungan insurans perjalanan percuma, dan juga ciri premium. Sesuai jika anda ingin berbelanja dengan gaya hidup eksklusif.
Info Lanjut

AmBank Enrich Visa Infinite

Kad kredit AmBank Enrich Visa Infinite 
Nikmati ganjaran dan keistimewaan perjalanan dengan kad kredit AmBank Enrich Visa Infinite. Dapatkan mata Enrich, akses ke ruang rehat lapangan terbang, perlindungan insurans perjalanan, dan kelebihan gaya hidup.
Info Lanjut

AmBank Islamic Visa Signature Card-i

Kad kredit AmBank Islamic Visa Signature Card-i
Nikmati ganjaran 3X mata untuk perbelanjaan luar negara dengan AmBank Islamic Visa Signature Card-i. Dapatkan akses lounge percuma, perlindungan takaful & pelbagai manfaat eksklusif.
Info Lanjut

AmBank Visa Platinum

Kad kredit AmBank Visa Platinum
Kad Kredit AmBank Visa Platinum menawarkan pelbagai ganjaran menarik untuk gaya hidup anda. Nikmati mata ganjaran, insurans perjalanan percuma, pelan pembayaran fleksibel dan banyak lagi.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.