AmBank AmFlexi-Pay

AmBank AmFlexi-Pay adalah pelan bayaran ansuran (Easy Payment Plan) yang ditawarkan oleh AmBank Berhad kepada pemegang kad kredit AmBank, pemegang kad kredit utama (principal holder) dan juga pemegang kad kredit tambahan (supplementary).

Pelan ini dibenarkan untuk semua pembelian asalkan anda buat pembelian minimum sebanyak RM500. Tempoh bayaran bulanan yang ditawarkan pula adalah dari 6 bulan sehingga 24 bulan.

AmBank akan mengenakan caj kadar faedah (interest rate) untuk pelan ini. Jumlah kadar faedah adalah antara 3% p.a hingga 6% p.a – bergantung kepada tempoh bayaran balik pilihan anda. Tiada caj pengendalian (upfront handling fee) yang dikenakan tidak seperti Easy Payment Plan daripada bank lain.

Caj lain yang dikenakan untuk pelan bayaran ansuran AmBank AmFlexi-Pay ialah caj penamatan awal (early settlement fee) sebanyak RM50. Caj ini hanya akan dikenakan sekiranya anda berhasrat untuk menyelesaikan baki yang tertunggak lebih awal daripada tempoh yang telah dipersetujui.

AmBank AmFlexi-Pay
Pembelian Minimum RM500
Tempoh bayaran 6 bulan hingga 24 bulan
Kadar faedah 3% p.a hingga 6% p.a
Caj pengendalian Tiada caj upfront
Bayaran minimum (bulanan) Bayaran ansuran penuh
Caj penamatan awal RM50
share-nodes
Kongsi

Jadual pelan AmBank AmFlexi-Pay

Pelan Easy Payment yang fleksibel dengan caj kadar faedah serendah 3% p.a. Pembelian minimum hanya RM500 dengan tempoh bayaran semula sehingga 24 bulan.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
6 Tiada 3% p.a RM500
12 Tiada 4% p.a RM2,000
18 Tiada 5% p.a RM4,000
24 Tiada 6% p.a RM5,000

Cara mohon AmBank AmFlexi-Pay

  1. Buat transaksi pembelian dengan kad kredit AmBank anda.
  2. Hubungi pihak AmBank atau AmBank Islamic melalui salah satu daripada kaedah berikut:
    1. SMS: Flexi<space>New IC Number<space>Amount<space>Last 4-digit of Credit Card/i Number<space>Tenure<space>Merchant Name to 66300.
    2. Email: New IC Number, Last 4-digit of Credit Card/i Number, Merchant Name(s), Transaction Date(s), Amount(s) and Instalment Tenor kepada [email protected].
    3. Hubungi Pusat Khidmat 24-Jam AmBank di talian 03-21788888

Kad kredit AmBank AmFlexi-Pay

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan AmBank AmFlexi-Pay. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

AmBank Islamic Visa Platinum Card-i

Kad kredit Ambank Islamic Visa Platinum Card-i

Kad kredit AmBank Islamic Visa Platinum-i sesuai jika anda selalu membeli-belah dan gemar melancong. Dapatkan sehingga 2x mata ganjaran AmBonus dengan yuran tahunan percuma.

AmBank BonusLink Visa Platinum

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Platinum

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Platinum adalah kad terbaik untuk kaki shopping dan pengumpul mata BonusLink. Dapatkan dua kali ganda mata BonusLink dengan setiap transaksi anda.

AmBank BonusLink Visa Signature

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink. Kumpul mata ganjaran BonusLink untuk hadiah, baucar, atau tunai dengan kad ini.

AmBank Cash Rebate Visa Platinum

AmBank Cash Rebate Visa Platinum

Kad kredit AmBank Cash Rebate Visa Platinum menawarkan pulangan tunai sehingga 8% untuk perbelanjaan harian dan juga perlindungan insurans perjalanan sehingga RM500,000. Tidak lupa juga yuran tahunan percuma seumur hidup.

AmBank Islamic Visa Platinum CARz Card-i

AmBank Islamic Visa Platinum CARz Card-i

Kad kredit AmBank Islamic khusus untuk penjimatan petrol di sebarang stesen minyak seluruh negara. Dapatkan rebat tunai sehingga 5% dan mata ganjaran AmBonus dengan AmBank Islamic Visa Platinum CARz Card-i. Yuran tahunan percuma seumur hidup dengan pelan ansuran mudah dan pinjaman tunai kad kredit QuickCash.

AmBank BonusLink Visa Gold

Kad Kredit AmBank BonusLink Visa Gold

Kad ini dicipta khusus kepada mereka inginkan mata ganjaran BonusLink. Dapatkan sehingga 30 BonusLink Points (BLPs) hanya dengan setiap perbelanjaan RM10 untuk pelbagai transaksi dalam negara dan juga luar negara. Dapatkan juga barangan idaman anda dengan dua pelan bayaran ansuran mudah AmBank yang didatangkan bersama kad ini.