AffinBank Easy Installment Plan (EiPlan)

AffinBank Easy Installment Plan atau Affinbank EiPlan adalah pelan bayaran ansuran (Easy Payment Plan) yang ditawarkan oleh Affin Bank Berhad. Pelan bayaran ansuran ini menawarkan zero interest, iaitu tiada kadar faedah. Anda layak menggunakan pelan ini apabila anda buat pembelian serendah RM500. Anda boleh memilih tempoh bayaran semula dari 6 bulan hingga 36 bulan.

Seperti yang dinyatakan sebelum ini, pihak Affin Bank tidak mengenakan sebarang kadar faedah untuk pelan ini. Anda cuma perlu membayar caj pengendalian (one time upfront handling fee). Caj pengendalian yang dikenakan bermula dari 2% hingga 7% bergantung kepada tempoh bayaran pilihan anda. Caj ini hanya dikenakan sekali sahaja dan tidak berulang.

Tidak seperti pelan bayaran ansuran yang lain yang mempunyai jumlah bayaran bulanan minimum, anda perlu buat bayaran installment penuh setiap bulan.

Sekiranya anda ingin menyelesaikan baki tunggakan anda lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui, Affin Bank akan mengenakan caj penamatan awal (early settlement fee) sebanyak RM50 untuk pelan AffinBank Easy Installment Plan (EiPlan) ini.

Affinbak Easy Installment Plan EiPlan
Pembelian Minimum RM500
Tempoh bayaran 6 bulan hingga 36 bulan
Kadar faedah Tiada kadar faedah (Zero Interest)
Caj pengendalian 2% hingga 7%
Bayaran minimum (bulanan) Bayaran ansuran penuh
Caj penamatan awal RM50
share-nodes
Kongsi

Jadual pelan AffinBank Easy Installment Plan (EiPlan)

Dapatkan pelan bayaran ansuran Affinbank ini dengan pembelian serendah RM500. Tiada caj faedah dan tempoh bayaran ansuran sehingga 36 bulan.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
6 2% Tiada RM500
12 4% Tiada RM1,000
18 5% Tiada RM2,000
24 6% Tiada RM2,000
36 7% Tiada RM3,000

Cara mohon AffinBank Easy Installment Plan (EiPlan)

Anda boleh mohon skim pelan bayaran ansuran mudah AffinBank dengan kaedah berikut.

  1. Hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Affin Bank di talian 03-38232222 atau 03-83202323 tidak lebih daripada 20 hari selepas pembelian.
  2. Pilih tempoh bayaran ansuran yang diingini.

Kad kredit AffinBank Easy Installment Plan (EiPlan)

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan AffinBank Easy Installment Plan (EiPlan). Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i

Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat Kematian, di samping beramal dengan setiap transaksi.

AFFIN DUO Visa Cash Back

Kad kredit AFFIN DUO Visa Cash Back

Kad kredit AFFIN DUO Visa Cash Back sangat sesuai untuk kaki shopping online, atau mereka yang selalu top up e-Wallet. Dapatkan cashback dengan setiap transaksi online anda.

AFFIN DUO MasterCard Rewards

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards menawarkan sehingga 3x mata ganjaran, pelan kredit lengkap, dan perlindungan insurans dengan caj dan yuran yang mampu milik.

Affinbank Visa/MasterCard Gold

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan penerbangan percuma, baucar, hadiah, dan barangan hebat.

Affinbank BHPetrol ‘Touch & Fuel’ MasterCard Contactless

Affinbank BHPetrol ‘Touch & Fuel’ MasterCard Contactless

Kad Affinbank BHPetrol ‘Touch & Fuel’ MasterCard Contactless khusus untuk pengguna tegar BHPetrol. Dapatkan sehingga 10% pulangan rebat tunai (cashback) dengan kad kredit Affinbank ini. Anda juga akan menerima mata ganjaran (rewards point) dengan setiap perbelanjaan RM1 tanpa had. Kad ini juga didatangkan dengan pelan pindahan baki, ansuran mudah, dan pendahuluan tunai.

AFFIN Islamic World MasterCard

Kad Kredit AFFIN Islamic World MasterCard

Kad kredit perjalanan elit yang memberikan anda mata ganjaran (rewards points) untuk aktiviti anda padang golf, akses di lounge lapangan terbang, dan juga perkhidmatan istimewa MasterCard Concierge. Kad ini juga menawarkan perkhidmatan AFFIN Islamic World MasterCard Customer Service untuk kemudahan anda.

Affinbank Visa Gold

Affinbank Visa Gold

Kad kredit yang sangat sesuai untuk mereka yang gemar membeli-belah dengan kad kredit. Dapatkan mata ganjaran Affin Rewards Points dengan setiap perbelanjaan RM1 untuk semua transaksi anda – tanpa sebarang had.

Affinbank Visa Business Platinum

Affinbank Visa Business Platinum

Kad kredit khusus untuk pemilik perniagaan yang inginkan keistimewaan dan kelesaan berbelanja di dalam dan luar negara. Dapatkan rebat tunai (cashbacks) tanpa had dan juga akses istimewa di padang golf seluruh negara.

Affinbank World MasterCard

Affinbank World MasterCard

Dapatkan kelebihan servis Concierge daripada MasterCard dan 6 kali akses ke lounge lapangan terbang setiap tahun dengan kad kredit ini. Dapatkan juga perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1,000,000!