Akan dibuka dalam tab baharu

Pinjaman Peribadi Untuk Bekerja Sendiri

Cari Penyelesaian Pembiayaan Terbaik untuk Memajukan Perniagaan Anda

Pinjaman Peribadi Untuk Bekerja Sendiri

Memohon pinjaman peribadi apabila anda bekerja sendiri boleh menjadi cabaran berbanding pekerjaan dengan gaji tetap. Bank dan institusi kewangan lebih cenderung untuk memberi pinjaman kepada mereka yang mempunyai sumber pendapatan yang stabil, dan melihat individu yang bekerja sendiri sebagai peminjam berisiko tinggi.

Walau bagaimanapun, terdapat beberapa pemberi pinjaman di Malaysia yang menawarkan produk pinjaman peribadi khusus untuk mereka yang bekerja sendiri. Panduan ini akan meneroka apa yang perlu anda tahu tentang pinjaman peribadi untuk mereka yang bekerja sendiri.

Memahami Pinjaman Peribadi untuk Bekerja Sendiri

Pinjaman peribadi untuk mereka yang bekerja sendiri adalah sejenis pembiayaan yang membolehkan anda meminjam sejumlah wang daripada bank atau pemberi pinjaman berlesen.

Tidak seperti pinjaman perniagaan, pinjaman peribadi bukan hanya boleh digunakan untuk tujuan perniagaan, tetapi boleh digunakan untuk pelbagai keperluan peribadi seperti menyelesaikan hutang, menaik taraf rumah, kecemasan perubatan atau perbelanjaan lain.

Untuk mereka yang bekerja sendiri, pinjaman peribadi boleh membantu perniagaan seperti urusan aliran tunai, atau sebagai pelaburan untuk mengembangkan perniagaan.

Cabaran Yang Dihadapi

Individu yang bekerja sendiri sering menghadapi cabaran berikut apabila memohon pinjaman peribadi.

  • Pendapatan Bulanan Tidak Tetap: Sebagai individu bekerja sendiri, sering kali pendapatan berubah setiap bulan, menjadikan sukar untuk anda membuktikan pendapatan bulanan anda tetap dan konsisten.
  • Sukar Membuktikan Pekerjaan: Sesetengah pemberi pinjaman wang seperti bank dan koperasi kredit mungkin memerlukan bukti pekerjaan, seperti surat tawaran kerja, dan sebagainya.
  • Sejarah Kredit Terhad: Membina sejarah kredit yang baik memerlukan masa, situasi yang sukar jika anda baru sahaja mula berniaga.

Syarat dan Kriteria Kelayakan

Walaupun syarat kelayakan pinjaman peribadi bekerja sendiri mungkin berbeza antara pinjaman, kebanyakan bank dan institusi kewangan di Malaysia mempertimbangkan faktor-faktor berikut apabila menilai permohonan pinjaman peribadi daripada mereka yang bekerja sendiri.

  1. Umur Pemohon: Kelayakan umur yang diperlukan selalunya adalah antara 21 hingga 60 tahun.
  2. Status Pekerjaan: Pemohon adalah pemilik tunggal, perniagaan mestilah berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).
  3. Tempoh Perniagaan: Syarikat mestilah beroperasi sekurang-kurangnya satu tahun untuk membuktikan kestabilan perniagaan.
  4. Bukti Perniagaan: Perniagaan mempunyai akaun semasa syarikat dan boleh mengemukakan bukti pendapatan seperti penyata akaun bank, Borang B/BE, dan resit bayaran cukai LHDN.
  5. Skor Kredit: Skor kredit yang baik diperlukan untuk meningkatkan peluang lulus permohonan pinjaman.
  6. Cagaran: Sesetengah pemberi pinjaman mungkin memerlukan cagaran aset seperti hartanah atau kenderaan untuk jumlah pinjaman yang tinggi, atau jika pendapatan anda dianggap tidak stabil.

Dokumen Yang Diperlukan

Pemberi pinjaman kebiasaannya memerlukan dokumen untuk mengesahkan pendapatan, operasi perniagaan, dan status kredit peminjam. Berikut adalah antara dokumen-dokumen yang diperlukan untuk pemohon yang bekerja sendiri.

Dokumen Keterangan
Dokumen pengenalan diri Salinan kad pengenalan (MyKad)
Penyata cukai pendapatan (Borang B/BE) Penyata income tax 1-2 tahun terkini untuk membuktikan pendapatan anda sebagai individu bekerja sendiri.
Dokumen pendaftaran syarikat Salinan sijil pendaftaran syarikat, lesen, atau sebarang dokumen yang membuktikan kesahihan perniagaan.
Penyata bank Penyata 6-12 bulan terkini yang menunjukkan transaksi kewangan dan aliran tunai perniagaan.
Penyata untung rugi Penyata kewangan yang memaparkan untung rugi perniagaan dalam tempoh 1-2 tahun.
Bil utiliti Bil utilit terkini sebagai bukti kediaman atau alamat perniagaan.
Bukti pendapatan Dokumen tambahan sebagai sokongan, seperti invois atau kontrak.
Dokumen cagaran (jika berkaitan) Surat hak milik, dokumen pemilikan, atau laporan penilaian untuk aset yang dicagarkan.

Jadual: Dokumen yang diperlukan untuk pinjaman peribadi bekerja sendiri

Pilihan Pinjaman Peribadi untuk Mereka yang Bekerja Sendiri

Berikut adalah beberapa pilihan pinjaman peribadi popular untuk mereka yang bekerja sendiri.

  • Pinjaman Peribadi Bank: Kebanyakan bank menawarkan pinjaman peribadi untuk individu yang bekerja sendiri. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan berbeza bergantung kepada pendapatan pemohon. Begitu juga kadar faedah dan tempoh pembiayaan.
  • Pinjaman Berlesen: Syarikat kredit komuniti atau pinjaman berlesen juga menawarkan pinjaman peribadi bekerja sendiri dengan syarat kelayakan yang sedikit longgar berbanding bank. Walau bagaimanapun, kadar faedah yang dikenakan selalunya lebih tinggi berbanding pinjaman bank.
  • Pinjaman Platform Peer-to-Peer (P2P): Platform pinjaman P2P juga boleh menghubungkan peminjam yang bekerja sendiri dengan pelabur individu yang sanggup membiayai permohonan pinjaman tersebut.
  • Pinjaman Perniagaan: Walaupun pinjaman perniagaan bukan pinjaman peribadi, jenis pinjaman ini boleh menjadi alternatif sekiranya anda sukar untuk mohon pinjaman peribadi, terutama skim pembiayaan yang ditawarkan oleh kerajaan.

Berikut adalah jadual perbandingan ringkas pelan pinjaman peribadi bekerja sendiri yang oleh institusi kewangan dan pemberi pinjaman.

Institusi Kewangan Jumlah Pinjaman Kadar Faedah
Maybank RM5,000 – RM100,000 6.5% – 8.0% p.a
CIMB RM2,000 – RM100,000 6.88% – 18% p.a
Bank Muamalat RM10,000 – RM200,000 2.69% – 7.52% p.a
BB Capital (Instaduit) RM1,000 – RM10,000 12% p.a – 18% p.a
Evo Capital (Evo Credit) RM5,000 – RM400,000 12% p.a – 18% p.a
JCL Credit Leasing RM500 – RM50,000 12% p.a – 18% p.a

Jadual: Perbandingan pinjaman peribadi untuk individu bekerja sendiri

Seperti yang anda lihat, jumlah pinjaman dan kadar faedah yang ditawarkan adalah berbeza. Penting untuk anda bandingkan produk-produk ini untuk mendapatkan produk pinjaman terbaik.

Faktor Yang Perlu Dipertimbangkan Apabila Memilih Pinjaman

Apabila anda memohon pinjaman peribadi bekerja sendiri, pertimbangkan faktor-faktor berikut untuk memilih pinjaman peribadi bekerja sendiri terbaik.

  • Kadar Faedah: Bandingkan kadar faedah daripada pelbagai tawaran pinjaman dan pemberi pinjaman untuk mendapatkan kadar faedah yang paling kompetitif.
  • Tempoh Pembiayaan: Pilih tempoh pembiayaan yang sesuai dengan keupayaan anda untuk bayaran balik dan matlamat kewangan anda.
  • Yuran dan Caj: Kenal pasti semua fi, yuran, dan penalti yang dikenakan oleh pinjaman tersebut, terutama caj tersembunyi.
  • Syarat Kelayakan: Pastikan anda memenuhi syarat kelayakan minimum yang diperlukan, seperti kelayakan pendapatan dan skor kredit.
  • Terma Pembayaran: Fahami terma dan jadual bayaran bulanan termasuk penalti jika anda gagal buat pembayaran bulanan.

Dengan mengenal pasti faktor-faktor ini, anda boleh memilih pinjaman peribadi yang paling sesuai dengan keperluan anda.

Meningkatkan Peluang Lulus

Walaupun terdapat cabaran untuk mohon, anda boleh ikut langkah-langkah berikut untuk meningkatkan peluang lulus.

  1. Kekalkan Skor Kredit yang Baik: Bayar bil tepat pada masanya dan elak daripada terlepas bayar balik pinjaman sedia ada untuk mengekalkan skor kredit yang baik.
  2. Sediakan Dokumen yang Lengkap: Kumpulkan semua dokumen yang diperlukan seperti penyata cukai pendapatan, penyata akaun bank, sijil pendaftaran perniagaan, dan bukti pendapatan untuk menyokong permohonan pinjaman anda.
  3. Pertimbangkan Penjamin atau Cagaran: Jika pendapatan anda tidak stabil, anda boleh mempertimbangkan untuk memperkenalkan penjamin atau menyediakan cagaran aset untuk meningkatkan peluang lulus.
  4. Bandingkan Tawaran: Kaji pasaran dan bandingkan kadar faedah, yuran, dan terma dari pelbagai pemberi pinjaman untuk mendapatkan tawaran terbaik yang sesuai dengan keadaan kewangan anda.
  5. Pilih Tempoh Pembiayaan yang Lebih Pendek: Pilih tempoh pinjaman yang lebih pendek untuk mengurangkan jumlah faedah yang perlu dibayar, sekali gus mengurangkan jumlah pinjaman secara keseluruhan.
  6. Kemukakan Pelan Perniagaan: Dalam sesetengah kes, mengemukakan pelan perniagaan boleh membantu institusi kewangan menilai masa depan perniagaan anda dan keupayaan untuk buat bayaran bulanan.

Contoh Kajian Kes

Encik Ahmad, seorang pereka grafik yang bekerja sendiri (freelancer) selama 3 tahun memerlukan dana sebanyak RM10,000 untuk membeli komputer baru. Beliau mempunyai skor kredit yang baik, tetapi pendapatan beliau sebagai freelancer tidak tetap. Beliau khuatir untuk memohon jumlah pinjaman yang tinggi, tetapi tahu komputer baru adalah penting untuk mengembangkan perniagaan beliau.

Beliau menyelidiki produk pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh bank dan syarikat kredit komuniti. Akhirnya, beliau memilih bank kerana kadar faedah yang lebih kompetitif. Beliau juga hanya memohon jumlah pembiayaan yang diperlukan walaupun beliau layak untuk jumlah yang lebih tinggi.

Encik Ahmad menyediakan dokumen yang diperlukan, seperti penyata cukai pendapatan dua tahun terkini bersama resit bayaran cukai. penyata akaun bank semasa syarikat dengan transaksi bayaran perkhidmatan daripada pelanggan beliau, Sijil pendaftaran syarikat (SSM), dan sebut harga komputer yang ingin beliau beli.

Beliau menghantar permohonan dan diluluskan dalam tempoh beberapa hari. Encik Ahmad mendapati dengan melakukan kajian terhadap produk pinjaman, dan menyediakan dokumen dengan lengkap, proses permohonan pinjaman berjalan dengan lebih lancar.

Kesimpulan

Dengan mengikuti garis panduan ini dan mempertimbangkan semua pilihan yang ada, mereka yang bekerja sendiri di Malaysia dapat mendapatkan pinjaman peribadi untuk memenuhi keperluan pembiayaan mereka di samping mengekalkan profil kewangan yang sihat.

Memohon pinjaman peribadi sebagai individu yang bekerja sendiri mungkin kelihatan sukar, tetapi boleh dicapai dengan penyelidikan dan persediaan yang teliti. Dengan memahami jenis-jenis pinjaman peribadi bekerja sendiri, dan menilai keperluan dan keupayaan kewangan anda, anda boleh meningkatkan peluang lulus.

Setelah anda telah faham asas pinjaman peribadi bekerja sendiri, mari kita lihat pilihan yang ada. Kami telah mengumpulkan produk pinjaman yang ditawarkan oleh institusi kewangan di Malaysia. Guna saringan di bawah untuk memilih pelan pinjaman terbaik yang sesuai untuk mencapai matlamat kewangan anda.

Bandingkan dan Pilih Pinjaman Peribadi Bekerja Sendiri Terbaik

Bandingkan pilihan pinjaman peribadi untuk individu yang bekerja sendiri daripada institusi kewangan terpilih di Malaysia. Guna saringan di bawah untuk pilihan yang lebih spesifik, sesuai dengan keperluan dan situasi kewangan anda.

Saringan

Sektor Pekerjaan
Tapis - Kotak Semak
wallet
Pendapatan Bulanan
RM800RM7,000
badge-percent
Kadar Faedah
% p.a2% p.a18
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman
Jumlah Minimum
RM500RM10000
Jumlah Maksimum
RM10000RM400000
calendar-range
Tempoh Pinjaman
Tempoh Minimum
bulan2bulan24
Tempoh Maksimum
bulan48bulan120
square-dollar
Kategori Pinjaman
Tapis - Kotak Semak
square-dollar
Cagaran/Tidak Bercagar
Tapis - Kotak Semak
Tapis - Kotak Semak
Standard Chartered Quick Cash EDGE
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM3000 - RM250000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

12 - 84 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

6.99% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM2000

Standard Chartered Quick Cash EDGE adalah pelan pinjaman peribadi tidak bercagar yang menawarkan jumlah pinjaman yang sangat tinggi dengan caj kadar faedah yang berpatutan. Pinjaman ini adalah pinjaman dengan keperluan syarat kelayakan dan penyediaan dokumen yang ringkas dan tidak membebankan. Pelan pinjaman ini juga ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan termasuk para pesara.

Baca Lebih Lanjut
UOB Personal Loan
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM5000 - RM100000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

12 - 60 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

9.99% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM2000

UOB Personal Loan adalah pinjaman peribadi tidak bercagar khusus untuk kakitangan swasta dan mereka yang bekerja sendiri. Pelan pinjaman UOB ini menawarkan keputusan permohonan yang sangat pantas. Anda hanya perlu tunggu tidak lebih dari 48 jam hari bekerja untuk tahu keputusan permohonan anda.

Baca Lebih Lanjut
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM3000 - RM250000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

12 - 60 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

5.45% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM2000

Standard Chartered Personal Financing-i daripada Standard Chartered Saadiq ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan termasuk para pesara. Pelan pembiayaan Islamik tidak bercagar ini menawarkan jumlah pembiayaan yang tinggi dengan caj kadar keuntungan yang rendah dan berpatutan. Syarat kelayakan juga tidak membebankan dan keperluan dokumen juga sangat ringkas.

Baca Lebih Lanjut
MBSB Personal Financing Private-i
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM1000 - RM300000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

24 - 120 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

10.6% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM3500

MBSB Personal Financing Private-i adalah pembiayaan peribadi Islamik tidak bercagar khusus untuk kakitangan sektor swasta dan kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GCL). Jumlah pembiayaan yang ditawarkan sangat tinggi dengan tempoh bayaran balik yang panjang. Pelan pembiayaan ini juga menawarkan ciri penyatuan hutang atau debt consolidation kepada pemohon yang layak.

Baca Lebih Lanjut
KFH Murabahah Personal Financing-i
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM5000 - RM150000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

24 - 96 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

6.88% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM3000

KFH Murabahah Personal Financing-i adalah pelan pembiayaan peribadi Islamik tidak bercagar khusus kepada kakitangan syarikat GLC, MNC dan PLC. Jumlah pembiayaan yang ditawarkan sangat tinggi dengan caj kadar keuntungan yang sangat rendah. Tempoh keputusan lulus pula cuma 3 hari bekerja. Ciri-ciri ini membuatkan pelan pembiayaan KFH ini sangat menarik untuk dimohon.

Baca Lebih Lanjut
Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM5000 - RM150000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

12 - 120 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

7.97% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM2000

Bank Rakyat Pembiayaan Peribadi-i Sektor Swasta disasarkan khusus kepada kakitangan sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri. Pembiayaan ini membenarkan pemohon yang mempunyai pendapatan tidak tetap untuk mohon. Dengan syarat kelayakan yang tidak membebankan, dan juga caj kadar keuntungan yang sangat rendah membuatkan pelan pembiayaan ini sangat popular di kalangan kakitangan swasta.

Baca Lebih Lanjut
Hong Leong Mach IOU
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM5000 - RM250000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

24 - 60 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

12.50% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM2000

Mach IOU adalah antara pinjaman peribadi yang menawarkan tempoh lulus yang pantas. Anda boleh dapatkan keputusan permohonan pinjaman anda hanya dalam tempoh 60 minit. Pinjaman peribadi ni juga menawarkan jumlah pembiayaan sehingga RM250,000 dan ditawarkan kepada semua sektor pekerjaan tidak kira anda kakitangan kerajaan, swasta mahupun bekerja sendiri.

Baca Lebih Lanjut
AmBank Islamic AmMoneyLine Facility-i
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM2000 - RM100000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

12 - 60 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

8.0% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM3000

AmBank Islamic AmMoneyLine Facility-i adalah pembiayaan peribadi Islamik tidak bercagar yang ditawarkan kepada mereka yang berpendapatan tetap dan juga tidak tetap. Jika anda adalah penerima komisen bulanan, anda boleh mohon pelan pembiayaan AmBank ini. Keputusan permohonan juga sangat pantas, hanya 48 jam hari bekerja.

Baca Lebih Lanjut
AmBank AmMoneyLine Personal Loan
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM2000 - RM100000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

12 - 60 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

8.0% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM3000

AmBank AmMoneyLine Personal Loan membuka permohonan pinjaman peribadi konvensional tidak bercagar ini kepada semua warganegara Malaysia, tidak kira sektor pekerjaan. Antara ciri menarik pinjaman ini ialah anda boleh mohon walaupun anda berpendapatan tidak tetap, iaitu menerima komisen bulanan.

Baca Lebih Lanjut
Maybank Islamic Personal Financing-i
money-bill-1-wave
Jumlah Pinjaman

RM5000 - RM100000

calendar-range
Tempoh Pinjaman

24 - 72 bulan

badge-percent
Kadar Faedah

6.5% p.a

wallet
Kelayakan Gaji

RM3500

Maybank Personal Financing-i menawarkan pelan pembiayaan peribadi Islamik tidak bercagar ini kepada semua sektor pekerjaan. Mohon sehingga RM100,000 dengan tempoh bayaran balik sehingga 6 tahun. Caj kadar faedah yang dikenakan sangat berpatutan. Tidak lupa juga keputusan permohonan yang sangat pantas, iaitu 48 jam hari bekerja.

Baca Lebih Lanjut

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Sumber Tambahan

Ingin maklumat tambahan berhubung pinjaman peribadi? Dapatkan melalui sumber berikut.

Panduan Lengkap Pinjaman Peribadi

Segalanya yang anda perlu tahu tentang pinjaman peribadi di Malaysia.
Baca Sekarang

Semak Kelayakan Pinjaman Peribadi

Cari dan bandingkan pilihan pinjaman peribadi di Malaysia daripada institusi kewangan terpilih. 
Semak Sekarang

Soalan Lazim (FAQs)

Ada soalan tentang pinjaman peribadi? Dapatkan jawapan di laman Soalan Lazim Pinjaman Peribadi.
Dapatkan Jawapan

Glosari Pinjaman Peribadi

Keliru dengan terminologi pinjaman? Layari laman glosari untuk mengetahui apakah maksud sebenar istilah-istilah tersebut.
Lihat Glosari

Artikel & berita Pinjaman Peribadi

Kekal di hadapan dengan berita dan artikel pinjaman peribadi terkini di Malaysia.
Baca sekarang