Kad kredit Tanpa Yuran Tahunan

Kad kredit tanpa yuran tahunan

Kad Kredit tanpa yuran tahunan adalah kad yang popular dan sering dimohon. Kad kredit jenis ini menawarkan kelebihan yuran tahunan percuma seumur hidup, berbanding kad yang mengenakan caj yuran tahunan. Bagi pemegang kad, kad tanpa yuran tahunan memberi manfaat tambahan bagi mereka yang ingin menguruskan kewangan dengan lebih bijak.

Bayaran tahunan kad kredit adalah caj yang dikenakan setiap tahun kepada pemegang kad kredit untuk menggunakan kad tersebut. Caj ini dikenakan setiap tahun pada tarikh ulang tahun kad, atau pada tarikh pengaktifan kad dan digunakan untuk menampung kos perkhidmatan dan penyelenggaraan yang ditawarkan kepada pemegang kad.

Jumlah yuran tahunan ini boleh berbeza bergantung kepada jenis kad kredit dan institusi kewangan yang mengeluarkan kad tersebut. Kad kredit premium selalunya mengenakan yuran yang lebih tinggi berbanding kad kredit asas. Walau bagaimanapun, terdapat pengeluar kad kredit yang menawarkan kad premium dengan yuran tahunan percuma sepanjang penggunaan kad.

Pada masa sekarang, boleh dikatakan banyak pengeluar kad kredit yang mengecualikan yuran pada tahun pertama penggunaan kad. Anda hanya perlu bayar yuran pada tahun kedua dan seterusnya. Terdapat juga institusi kewangan yang mengecualikan atau membatalkan yuran tahunan dengan bersyarat. Sebagai contoh, pemegang kad perlu melakukan transaksi, atau swipe kad kredit mereka beberapa kali setahun untuk layak mendapatkan yuran percuma.

Kelebihan Kad Kredit Tanpa Yuran Tahunan

Antara kelebihan utama kad kredit tanpa yuran tahunan sudah pastilah penjimatan wang dalam jangka masa panjang. Dengan mengetepikan kos yang perlu dibayar setiap tahun untuk yuran, anda boleh menggunakan wang tersebut untuk aktiviti lain.

Kad jenis ini juga selalunya menawarkan pelbagai ganjaran dan faedah untuk menarik minat pemohon kad. Pulangan seperti rebat tunai (cashbacks), mata ganjaran (reward points), ganjaran petrol, ganjaran perjalanan, dan sebagainya sering didatangkan bersama kad tanpa yuran tahunan untuk memberikan lebih nilai kepada pemegang kad.

Dalam erti kata lain, anda boleh menikmati ganjaran yang ditawarkan  tanpa perlu membayar caj yuran setiap tahun.

Faktor-faktor ini secara mudah boleh membantu anda menguruskan kewangan dengan lebih mudah dan berkesan.

Cara Memilih Kad Kredit Tanpa Yuran Tahunan Terbaik

Terdapat beberapa faktor yang perlu anda pertimbangkan apabila ingin memilih kad kredit tanpa yuran tahunan terbaik. Berikut adalah antara langkah-langkah dan perkara yang perlu diberi perhatian sebelum anda buat keputusan.

  1. Nilai keperluan dan matlamat kewangan anda. Sekiranya anda hanya ingin menjimatkan kos yuran tahunan dan tidak memerlukan ciri-ciri lain seperti pulangan dan ganjaran, kad kredit asas adalah pilihan yang tepat. Tetapi, jika anda ingin menikmati kelebihan dan keistimewaan yang ditawarkan bersama kad kredit dan tidak mahu membayar yuran tahunan, terdapat pelbagai kad kredit premium yang menawarkan yuran tahunan percuma seumur hidup.
  2. Bandingkan pulangan dan ganjaran. Terdapat institusi kewangan yang menawarkan kad kredit mereka dengan pulangan dan ganjaran lengkap, seperti pulangan tunai, mata ganjaran, ganjaran petrol dan perjalanan, tanpa yuran tahunan. Mereka juga menawarkan pelan seperti pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah, dan pelan ansuran tunai untuk memudahkan pengurusan kewangan pemegang. Walau bagaimanapun, kad jenis ini kebiasaannya adalah kad premium dan memerlukan syarat kelayakan mohon yang ketat. Oleh itu, pilih kad yang menawarkan pulangan dan ganjaran yang sesuai dengan kehendak anda. Contohnya, jika anda ingin kad yang memberi peluang untuk anda tebus mata ganjaran dengan barangan, diskaun, hadiah, atau baucar, pilih kad kredit reward points, dan sebaliknya.
  3. Kadar faedah dan caj tambahan. Oleh kerana kad kredit yuran tahunan percuma tidak mengenakan caj tahunan, kadar faedah tahunan yang dikenakan mungkin lebih tinggi. Tetapi, terdapat juga kad yang menawarkan yuran tahunan percuma dan kadar faedah rendah. Kad di dalam kategori ini adalah kad kredit terbaik sekiranya anda ingin penjimatan maksimum dalam penggunaan kad kredit. Kenal pasti juga sekiranya terdapat caj tambahan atau caj tersembunyi yang dikenakan oleh pengeluar kad kredit tersebut. Pada senarai kad kredit tanpa yuran tahunan di bawah, pihak kami telah menyenaraikan semua caj yang dikenakan oleh kad tersebut.
  4. Reputasi institusi kewangan atau pengeluar kad. Lakukan kajian terhadap pengeluar kad kredit sebelum anda mohon kad kredit tanpa yuran tahunan. Pada masa sekarang, bukan hanya bank yang menawarkan kad kredit, tetapi terdapat institusi kewangan bukan bank yang menawarkan kad kredit. Baca review atau ulasan yang diberikan oleh pelanggan mereka, atau hubungi bahagian khidmat pelanggan pengeluar kad kredit untuk menilai mutu perkhidmatan yang diberikan.
  5. Baca syarat dan terma kad kredit dari mula sampai habis. Teliti terma dan syarat (fine print) yang diberikan seperti caj tambahan, denda dan penalti, kadar faedah tambahan, caj pengeluaran wang tunai, dan sebagainya. Kenal pasti sekiranya terdapat kos tersembunyi yang tidak dinyatakan pada brosur atau promosi.
  6. Tawaran pengenalan. Pengeluar kad kredit selalunya melakukan tawaran pengenalan atau introductory offer bersama kad kredit mereka. Tawaran ini selalunya sangat menarik dan menawarkan faedah seperti mata ganjaran bonus, pengecualian kadar faedah, barangan percuma, dan sebagainya. Sekiranya kad tersebut menepati keperluan dan bajet anda dan didatangkan bersama tawaran pengenalan yang menarik, rugi sekiranya anda melepaskan peluang untuk mohon kad tersebut.

Kesimpulannya, kad kredit tanpa yuran tahunan memberikan kelebihan dalam bentuk penjimatan kos memiliki kad kredit. Penjimatan ini boleh buat penggunaan kad kredit lebih menguntungkan dan mengurangkan beban tambahan kepada pemegang kad.

Namun begitu, anda perlu memilih kad kredit terbaik untuk menikmati kelebihan-kelebihan ini. Pihak kami telah menyenaraikan kad kredit yuran tahunan percuma seumur hidup dari pelbagai institusi kewangan pada senarai di bawah. Bandingkan ciri-ciri kad di bawah seperti kadar faedah, pulangan dan ganjaran, syarat kelayakan mohon dan pilih kad terbaik berdasarkan keperluan anda.

share-nodes
Kongsi

Senarai Kad Kredit Tanpa Yuran Tahunan 2024

Bank Rakyat Kad Muslimah

Bank Rakyat Kad Muslimah
badge-percent
Kadar faedah

13.5% p.a

money-bill-1-wave
Yuran tahunan

Percuma seumur hidup

wallet
Kelayakan gaji

RM2000

Bank Rakyat Kad Muslimah khusus untuk wanita yang meminati fesyen dan gemar berbelanja. Dapatkan mata ganjaran tanpa had dan diskaun sehingga 30% dengan kad kredit Bank Rakyat ini setiap kali anda berbelanja di butik fesyen, spa, facial dan pedagang terpilih.

HSBC Advance Visa Platinum

Kad Kredit HSBC Advance Visa Platinum
badge-percent
Kadar faedah

15% p.a

money-bill-1-wave
Yuran tahunan

Percuma seumur hidup

wallet
Kelayakan gaji

RM3000

Kad kredit HSBC Advance Visa Platinum adalah kad yang didatangkan dengan ciri Premium VISA dan HSBC. Kad ini juga memberikan sehingga 3x mata ganjaran (rewards points) untuk setiap perbelanjaan anda.

BSN Classic Visa/MasterCard Credit Card/i

Kad Kredit BSN Classic
badge-percent
Kadar faedah

11% p.a

money-bill-1-wave
Yuran tahunan

Percuma seumur hidup

wallet
Kelayakan gaji

RM2000

Kad Kredit BSN Visa Classic menawarkan mata ganjaran (rewards points) dengan setiap perbelanjaan RM1. 1 point untuk perbelanjaan dalam negara, dan 2 points untuk luar negara. Dengan kadar faedah tahunan yang rendah antara 11% p.a hingga 13.5% p.a dan yuran tahunan percuma - ini adalah kad kredit yang sesuai untuk penjimatan hebat.

Apakah manfaat menggunakan kad kredit tanpa yuran tahunan?

Apa itu kad kredit tanpa yuran tahunan?