Akan dibuka dalam tab baharu

Bank Islam Visa Infinite Business Credit Card-i

Kad kredit Bank Islam Visa Infinite Business Credit Card-i
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
13.5% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Air Miles, Ganjaran Perjalanan, Kadar Faedah Rendah, Perniagaan, Tanpa Yuran Tahunan

Kad kredit Bank Islam Visa Infinite Business Credit Card-i adalah sebuah kad kredit perniagaan. Kad kredit Islamik ini disasarkan khusus untuk peniaga yang ingin sebuah kad kredit asas tetapi memberikan ganjaran perjalanan yang menarik di samping kos yang menjimatkan.

Akses Percuma ke Plaza Premium Lounge

Semua pemegang kad kredit Bank Islam Visa Infinite Business akan menerima sebanyak 3x akses percuma ke Plaza Premium Lounge di lapangan terbang antarabangsa KLIA, KLIA2, Langkawi, Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, dan Changi Singapura.

Anda tidak perlu buat sebarang tempahan untuk menikmati keselesaan ini. Hanya pastikan anda buat tempahan tiket penerbangan dengan kad kredit Bank Islam anda, dan semak dengan pengurusan sama ada perkhidmatan tersebut tersedia atau tidak.

VAT Refund dan Air Miles

Kad ini juga menawarkan refund untuk setiap bayaran cukai (VAT atau GST) yang dikenakan untuk perbelanjaan anda di luar negara. Seperti yang anda tahu, caj cukai di luar negara adalah sangat tinggi, kadangkala mencecah sehingga 27% seperti yang dikenakan di Republik Hungary.

Dengan kerjasama bersama antara Bank Islam dan TaxBack, sedikit sebanyak anda boleh mengurangkan kos perbelanjaan di luar negara dengan ciri ini.

Bank Islam juga telah bekerjasama dengan Kalingo untuk menawarkan program loyalty. Melalui program ini, anda boleh mengumpul mata Air Miles untuk setiap tempahan hotel melalui platform Kalingo Business Plus melalui kad kredit Bank Islam Visa Infinite Business Credit Card-i.

Penjimatan Berganda

Sebagai peniaga, penjimatan kos adalah sangat penting. Oleh itu, anda tidak perlu risau dengan kad Bank Islam Visa Infinite Business Credit Card-i kerana kad ini tidak mengenakan sebarang yuran tahunan, bukan sahaja untuk kad utama, tetapi juga untuk kad tambahan. Anda cuma perlu bayar cukai SST ketika mengaktifkan kad, dan setiap tarikh ulang tahun kad.

Tidak lupa juga caj kadar faedah yang tidak membebankan. Kadar faedah atau kadar keuntungan kad kredit Bank Islam ini ditetapkan pada 13.5% hingga 17.5% setahun.

Bank Islam juga menawarkan had pembiayaan yang tinggi melalui kad ini. Anda boleh buat pembiayaan maksimum sehingga RM250,000 – dengan syarat anda memenuhi terma dan syarat yang ditetapkan.

Baca lebih lanjut tentang ciri lengkap kad kredit Islamik Bank Islam ini dan bagaimana untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Bank Islam Visa Infinite Business Credit Card-i

ganjaran perjalanan

Nikmati kelebihan dengan setiap perjalanan anda melalui Bank Islam Visa Infinite Business Credit Card-i.

  • 3x akses percuma ke Plaza Premium Lounge di lapangan terbang antarabangsa KLIA, KLIA2, Langkawi, Pulau Pinang, Kuching, Kota Kinabalu, dan Changi Singapura setiap tahun.
  • Refund cukai (VAT atau GST) untuk setiap perbelanjaan di luar negara.
  • Kumpul mata Air Miles dengan setiap tempahan hotel melalui program loyalty Kalingo dan Bank Islam.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sebarang perniagaan

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM5 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada

Pelan Pembiayaan

Bank Islam Installment Payment Plan
Bank Islam Installment Payment Plan

Buat pembelian serendah RM150 menggunakan kad kredit Bank Islam anda dan pilih tempoh bayaran semula dari 3 bulan hingga 36 bulan. Tiada caj kadar faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Bank Islam GoFlexi
Bank Islam GoFlexi

Dapatkan barangan idaman anda tanpa perlu mengeluarkan modal besar dengan pelan Bank Islam GoFlexi.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Bank Islam Visa Infinite Business Credit Card-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Bank Islam Visa Infinite Business Credit Card-i

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Bank Islam Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Bank Islam Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Bank Islam Malaysia Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Bank Islam Visa Infinite Business Credit Card-i untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Bank Islam Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Bank Islam Visa Infinite Business Credit Card-i

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Bank Islam Visa Infinite Business Credit Card-i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Bank Islam Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Bank Islam Malaysia Berhad

Bank Islam Malaysia Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad, bank Islamik penuh pertama di Malaysia sejak 1983, menawarkan penyelesaian kewangan patuh Syariah yang komprehensif untuk individu dan perniagaan. Melalui 147 cawangan dan kemudahan atas talian, Bank Islam menyediakan pelbagai produk termasuk akaun, kad kredit Islamik, pembiayaan peribadi, pengurusan kekayaan, serta Ar-Rahnu yang terkenal.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…