Akan dibuka dalam tab baharu

BSN G-Card Visa

BSN G-Card Visa
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
8.88% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Islamik, Kadar Faedah Rendah, Mata Ganjaran, Tanpa Yuran Tahunan

Kad kredit BSN G-Card Visa daripada Bank Simpanan Nasional ditawarkan khusus kepada kakitangan kerajaan. Kad ini menawarkan pelbagai faedah dan ganjaran, dan juga boleh didapati dalam bentuk kad kredit Islamik sebagai BSN G-Card Credit Card-i.

Ciri utama kad kredit kakitangan kerajaan BSN ini ialah pulangan mata ganjaran dalam bentuk BSN Happy Points. Reward points BSN ini menawarkan pulangan 2x mata ganjaran untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di luar negara, dan 1x mata ganjaran setiap RM1 untuk transaksi dalam negara. Malah, anda juga akan dihadiahkan 2,000 mata Happy Points percuma apabila anda menggunakan kad ini sekurang-kurangnya tiga kali dalam tempoh 30 hari dari tarikh kad lulus.

Mata ganjaran ini boleh anda tebus untuk baucar beli belah, hadiah eksklusif, Mata Enrich dan BIG poin, diskaun menjamu selera, bercuti, membeli-belah, dan pelbagai lagi tawaran hebat yang sentiasa dikemaskini oleh pihak BSN.

Bagi yang gemar melancong, anda akan dilindungi oleh insurans perjalanan sehingga RM100,000 daripada Zurich Takaful, termasuk kelewatan atau terlepas penerbangan, dan bagasi hilang atau lewat. Perlindungan ini akan sah secara automatik sebaik sahaja anda menempah tiket penerbangan dengan kad BSN G-Card Visa anda.

Kad ini juga didatangkan dengan perlindungan kewangan tambahan melalui pelan “Don’t Worry Credit Shield” dan “Don’t Worry Bereavement”. Pelan “Don’t Worry Credit Shield”  BSN ini membayar baki kad kredit utama sehingga RM100,000 sekiranya berlaku kematian atau Hilang Upaya Menyeluruh & Kekal (HUMK). Pelan “Don’t Worry Bereavement” pula memudahkan urusan pengebumian dengan manfaat sehingga RM3,000.

Kad kredit BSN G-Card Visa juga menawarkan kadar faedah atau caj kewangan terendah. Kadar 8.88% setahun ini hanya sah sekiranya anda membuat bayaran bil bulanan atau bayaran minimum tepat pada masanya selama 12 bulan. Tidak lupa juga yuran tahunan percuma untuk kad utama dan kad tambahan. Anda cuma perlu bayar cukai jualan dan perkhidmatan sebanyak RM25.

Seperti kebanyakan kad kredit BSN, kad ini didatangkan dengan pelan kad kredit yang lengkap. Pelan pindahan baki BSN Balance Transfer Programme membenarkan anda buat pemindahan baki dari kad kredit lain ke kad kredit BSN anda dengan kadar faedah yang rendah. Pelan pinjaman tunai BSN EasyCash pula memudahkan anda buat pengeluaran tunai tanpa kadar faedah (zero interest).

Pihak BSN juga menawarkan dua pelan bayaran ansuran mudah iaitu BSN EasyPay dan BSN Instalment-Pay. Pilih antara dua pelan EPP ini atau guna kedua-duanya untuk mendapatkan barangan idaman anda.

Kad kredit BSN G-Card Visa ditawarkan kepada kakitangan sektor awam yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM24,000. Untuk mohon anda cuma perlu mengemukakan salinan kad pengenalan atau salinan kad kuasa untuk Polis dan Tentera, dan salinan penyata gaji 1 bulan terkini.

Dengan pelbagai faedah, pulangan, dan ciri-ciri yang ditawarkan, kad kredit BSN Ini bukan sahaja memudahkan urusan kewangan anda, tetap juga memberi lebih nilai terhadap wang yang dibelanjakan. Baca lebih lanjut untuk ciri lengkap kad ini dan bagaimana untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit BSN G-Card Visa

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan pulangan mata ganjaran BSN Happy Points dengan setiap transaksi dan tebus dengan barangan, baucar, dan diskaun hebat daripada program BSN Happy Rewards. Tidak lupa juga 2,000 mata Happy Points sebagai bonus untuk tiga transaksi dalam tempoh 30 hari dari tarikh kad aktif.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
2 RM1 Sebarang perbelanjaan luar negara
1 RM1 Sebarang perbelanjaan dalam negara

ganjaran perjalanan

Nikmati perlindungan insurans dan Takaful percuma setiap kali anda menempah tiket kapal terbang dengan kad kredit BSN G-Card Visa atau BSN G-Card Credit Card-i anda.

JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Insurans Perjalanan Sehingga RM1,000,000
Penerbangan tertunda Sehingga RM600
Terlepas penerbangan Sehingga RM600
Kelewatan Bagasi Sehingga RM1,600
Kehilangan Bagasi Sehingga RM1,600

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Kakitangan Kerajaan
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
75% daripada jumlah keseluruhan
Caj Pendahuluan Tunai
RM10 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

BSN Balance Transfer Programme
BSN Balance Transfer Programme

Buat pindahan baki kad kredit anda ke BSN Balance Transfer Programme. Pindahan dari serendah RM500 dengan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
BSN EasyPay
BSN EasyPay

Inginkan pelan bayaran ansuran mudah (EPP) tanpa caj faedah dan tiada caj upfront? Dapatkan pelan ini. Pembelian serendah RM500 dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
BSN Instalment-Pay
BSN Instalment-Pay

Buat sebarang pembelian serendah RM500 dengan kad kredit BSN anda untuk melayakkan anda menggunakan pelan Easy Payment dari BSN ini. Bayar semula sehingga 24 bulan tanpa caj faedah.

Maklumat Lanjut
BSN EasyCash
BSN EasyCash

Pinjam dari RM500 hingga 80% had kredit (credit limit) kad kredit BSN anda tanpa faedah (zero interest). Pilih tempoh bayaran dari 6 bulan hingga 48 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon BSN G-Card Visa

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit BSN G-Card Visa

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Bank Simpanan Nasional (BSN) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit BSN G-Card Visa untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Bank Simpanan Nasional (BSN) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit BSN G-Card Visa

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung BSN G-Card Visa?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Bank Simpanan Nasional (BSN)

Bank Simpanan Nasional
Bank Simpanan Nasional (BSN), ditubuhkan pada 1974 dengan misi menggalakkan simpanan rakyat, kini melayani lebih 7 juta pelanggan melalui 382 cawangan di seluruh negara. BSN menawarkan pelbagai produk perbankan konvensional dan Islamik, termasuk akaun, kad, pembiayaan peribadi, serta pembiayaan Mikro untuk usahawan. BSN juga mempelopori penggunaan Virtual Teller Machine (VTM) di Malaysia.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i

Kad kredit Maybank Islamic Ikhwan Visa Infinite Card-i menawarkan mata ganjaran TreatPoints, perlindungan perjalanan sehingga…

HSBC Amanah Premier World Mastercard Credit Card-i

Kad kredit HSBC Amanah Premier World Mastercard Credit Card-i menawarkan keistimewaan premium dan pulangan tunai…

Bank Islam Gold Visa/MasterCard Credit Card-i

Kad kredit Bank Islam Gold Visa/MasterCard Credit Card-i adalah kad kredit asas dengan pulangan mata…

Citibank Citi Rewards Mastercard

Kad Kredit Citi Rewards Mastercard dari Citibank ini menawarkan sehingga 5 mata ganjaran untuk setiap…