eMADANI 2023 – Semak Kelayakan & Cara Tebus Kredit e-Wallet RM100

calendar-range
Dikirim 01/12/2023
(dikemaskini 21/12/2023)
eMadani 2023

Kerajaan baru-baru ini telah mengumumkan inisiatif eMADANI untuk memperkasakan ekonomi. Melalui program ini rakyat Malaysia yang layak akan menerima kredit e-dompet bernilai RM100. Menurut kerajaan, program ini dijangka memberi manfaat kepada lebih 10 juta rakyat Malaysia.

Apakah eMadani?

Program eMADANI diumumkan oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 melalui ucapan Belanjawan 2024. Inisiatif ini adalah bawah kerangka “Ekonomi MADANI: Memperkasa Rakyat” dan bertujuan untuk menggalakkan penggunaan transaksi tanpa tunai di kalangan rakyat Malaysia di samping mengurangkan beban kewangan.

Melalui program ini, rakyat Malaysia yang layak akan menerima kredit e-Dompet bernilai RM100. Kredit ini boleh ditebus menerusi empat aplikasi e-dompet yang mengambil bahagian iaitu MAE, Setel, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Kredit tersebut kemudiannya boleh dibelanjakan di mana-mana kedai runcit atau perniagaan yang menerima pembayaran menerusi e-Dompet.

Semak Kelayakan eMADANI

Bagaimana nak tahu anda layak atau tidak untuk menerima inisiatif eMADANI? Syarat Kelayakan untuk layak menerima kredit e-Dompet adalah ditetapkan seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun dan ke atas pada 1 Januari 2023.
  2. Penerima bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) pada 7 November 2023; ATAU berpendapatan tidak lebih daripada RM100,000 setahun mengikut rekod LHDN setakat 15 Julai 2023.

Tarikh Penebusan / Tuntutan Kredit

Anda boleh menebus kredit e-Dompet eMadani bermula dari 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024. Tarikh ini memberi cukup masa kepada mereka yang masih belum peka tentang bantuan ini.

Sekiranya anda berjaya menebus kredit anda, pastikan anda menggunakan kredit tersebut sebelum 29 Februari 2024.

Cara Tebus Kredit e-Dompet RM100 eMADANI

Langkah-langkah menebus kredit melalui aplikasi e-Dompet secara umum adalah seperti berikut:

  1. Muat turun salah satu aplikasi e-Dompet yang mengambil bahagian.
  2. Lakukan pengesahan identiti melalui proses eKYC
  3. Isi borang permohonan eMADANI di dalam aplikasi tersebut
  4. Tunggu keputusan sama ada berjaya atau tidak.

Jika berjaya, RM100 kredit eMadani akan dimasukkan ke dalam akaun e-Dompet anda dalam tempoh 24 jam hingga 5 hari bekerja.

Di bawah ialah cara tebus kredit yang lebih spesifik berdasarkan kepada aplikasi rakan e-Dompet eMADANI 2023.

Touch `n Go e-Wallet

TnG telah memaparkan “shortcut” untuk penebusan kredit eMADANI menerusi aplikasi e-Wallet mereka. Anda hanya perlu klik pada banner tersebut untuk ke laman penebusan kredit eMADANI menerusi aplikasi TnG e-Wallet.

Maybank MAE

Cara untuk tebus kredit eMADANI melalui aplikasi MAE adalah seperti berikut:

  1. Tap pada ikon ‘eMADANI’ di laman utama MAE.
  2. Lengkapkan maklumat anda dan tap ‘Submit’.
  3. Anda akan menerima notifikasi menerusi app MAE sekiranya permohonan anda berjaya.

SETEL

Untuk menebus kredit eMADANI dengan aplikasi SETEL, anda cuma perlu klik ikon eMADANI di laman utama aplikasi tersebut dan ikuti langkah pada laman seterusnya.

ShopeePay

Seperti juga aplikasi lain, untuk penebusan kredit RM100 eMadani melalui aplikasi Shopee, klik ikon “eMADANI RM100” di laman utama Shopee dan ikuti langkah seterusnya.

Bagaimana Menggunakan Kredit eMADANI?

Kredit eMADANI boleh dibelanjakan di mana-mana kedai runcit atau perniagaan fizikal yang menerima pembayaran melalui kod QR. Kredit ini tidak boleh digunakan untuk transaksi dalam talian, pengeluaran wang tunai, pemindahan wang antara pengguna (P2P) dan lain-lain.

Di samping itu, syarikat e-Wallet yang mengambil bahagian akan menawarkan inisiatif tambahan seperti diskaun, baucar, mata ganjaran dan pulangan tunai bagi menggalakkan penggunaan eMADANI.

Kesimpulannya, eMADANI merupakan satu lagi usaha Kerajaan untuk merancakkan ekonomi negara dengan menggalakkan transaksi tanpa tunai. Inisiatif ini diharap dapat mengurangkan penggunaan transaksi wang tunai di samping membantu mengurangkan kos sara hidup.

Dilarang Cash-Out eMADANI

Tujuan utama Program eMADANI adalah untuk memupuk budaya tanpa tunai dan menggalakkan pembangunan ekonomi digital. Oleh sebab ini, kredit eMADANI hanya boleh digunakan untuk pembelian fizikal melalui QR DuitNow atau e-Wallet yang mengambil bahagian.

Sekiranya terdapat sebarang laporan mengenai pemindahan kredit eMadani secara “peer-to-peer” atau pengeluaran tunai, pihak Kerajaan telah mengumumkan bahawa mereka boleh menyekat akaun yang terlibat dan membatalkan kredit pengguna tersebut.

Oleh itu, anda sebagai penerima kredit eMADANI dinasihatkan untuk berwaspada terhadap taktik penipuan oleh scammer eMADANI yang akan menawarkan wang tunai untuk kredit atau tawaran lain yang menggoda.

Kementerian Kewangan juga memaklumkan bahawa mereka tidak akan bertanggungjawab terhadap sebarang kerugian kredit akibat pemindahan “peer-to-peer” atau penebusan tunai.

Soalan Lazim Berkaitan Program eMadani

Berikut adalah antara soalan-soalan lazim berkaitan inisiatif eMadani 2023.

Apakah itu eMADANI?

 eMADANI ialah singkatan kepada “e-dompet Merancak Akses Digital Anak Bangsa”. Ia merupakan satu inisiatif kerajaan di bawah Ekonomi MADANI bertujuan menggalakkan transaksi tanpa tunai dengan memberi kredit e-dompet RM100 kepada rakyat Malaysia yang layak.

Berapakah jumlah penerima manfaat eMADANI?

Lebih 10 juta rakyat Malaysia dijangka menerima manfaat daripada program eMADANI ini.

Bilakah tarikh mula dan tamat program eMADANI?

Tempoh penebusan adalah dari 4 Disember 2023 hingga 20 Februari 2024. Manakala tempoh perbelanjaan sehingga 29 Februari 2024.

Adakah saya layak memohon eMADANI jika baru mencapai umur 21 tahun pada penghujung 2023?

Ya, anda layak memohon jika merupakan warganegara Malaysia yang mencapai umur 21 tahun dalam tahun 2023, dengan syarat memenuhi kriteria pendapatan tahunan tidak melebihi RM100,000.

Bolehkah saya menebus eMADANI walaupun pernah menerima eBeliaRahmah sebelum ini?

Tidak, penerima eBeliaRahmah adalah tidak layak untuk menebus eMADANI. Ini bagi memastikan pengagihan yang adil kepada kumpulan sasar yang berbeza.

Berapa lamakah proses kelulusan eMADANI selepas permohonan dibuat?

Proses kelulusan mengambil masa antara 24 jam hingga 5 hari bekerja bergantung kepada ketepatan maklumat yang diberikan.

Adakah terdapat apa-apa had nilai pembelian menggunakan eMADANI?

Tiada had nilai pembelian tetap. Seluruh nilai RM100 boleh dibelanjakan secara fleksibel mengikut keperluan anda di kedai-kedai runcit yang menyertai.

Bagaimanakah cara menggunakan baki eMADANI sekiranya kedai runcit tidak memaparkan kod QR e-dompet?

Anda masih boleh membuat pembayaran menggunakan kod QR DuitNow yang diterima pakai oleh kesemua penyedia e-dompet eMADANI.

Adakah terdapat sebarang risiko penipuan berkaitan eMADANI?

Ya, sentiasa berwaspada dengan taktik penipuan seperti tawaran penebusan wang tunai oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sebarang aktiviti menyalahi undang-undang hendaklah dilaporkan kepada pihak berkuasa.

Bolehkah saya memindahkan kredit eMADANI kepada pengguna lain?

Tidak. Anda tidak boleh memindahkan kredit eMADANI kepada pengguna lain secara “peer-to-peer”.

Bagaimana cara untuk cash out kredit eMADANI kepada tunai?

Anda tidak boleh menebus atau cash out kredit eMADANI kepada tunai. Kredit ini hanya boleh digunakan untuk pembelian melalui e-Wallet atau QR DuitNow.

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments