BNM Melancarkan Syiling Peringatan Ulang Tahun UPSI ke-100

calendar-range
Dikirim 19/12/2023
(dikemaskini 21/12/2023)
Bank Negara Malaysia melancarkan syiling peringatan istimewa UPSI100

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan pelancaran duit syiling peringatan istimewa sempena sambutan ulang tahun ke-100 Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI100). Terdapat dua jenis syiling peringatan istimewa yang akan dikeluarkan iaitu duit syiling peringatan Perak Sterling Berwarna (pruf) dan duit syiling peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.).

Duit Syiling Peringatan Perak Sterling Berwarna (pruf): Ketulenan 92.5

Syiling peringatan perak sterling BNM UPSI100
Syiling peringatan perak sterling BNM UPSI100

Duit syiling Perak Sterling Berwarna (pruf) ini mempersembahkan keunikan sebagai duit syiling berbentuk segi empat sama yang pertama di Malaysia. Dihasilkan daripada perak sterling berkualiti tinggi dengan ketulenan 92.5, duit syiling ini memiliki berat sebanyak 43 gram.

Nilai muka setiap duit syiling ialah RM10, dan BNM menjualnya dengan harga RM440 sekeping. Hanya terdapat 1,000 keping duit syiling ini yang akan dikeluarkan, sekali gus memberi lebih eksklusiviti kepada koleksi ini.

Jenis LogamPerak Sterling Berwarna
Jenis AloiAg 92.5
Nilai MukaRM10
Diameter41.65 x 41.65
Berat 43 g
KemasanPruf
Kuantiti Tempaan1000 keping
Spesifikasi syiling perak sterling berwarna BNM UPSI100

Duit Syiling Peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.)

Sementara itu, duit syiling peringatan Emas Nordic Brilliant Uncirculated (B.U.) diperbuat daripada tembaga dan beberapa logam lain. Syiling seberat 8.5 gram ini didatangkan nilai muka sebanyak RM1, dan BNM menawarkannya pada harga RM16.50 sekeping.

Terdapat 5,000 keping duit syiling ini yang telah ditempa. Selain penjualan secara individu, duit syiling ini juga tersedia dalam bentuk set dua dalam satu dengan harga RM495.

Set 2 dalam 1 (Perak Sterling Berwarna (pruf) dan Emas Nordic (pruf))
Set 2 dalam 1 (Perak Sterling Berwarna (pruf) dan Emas Nordic (pruf))
Jenis LogamPerak Sterling Berwarna dan Emas Nordic
Jenis AloiAg 92.5 & Cu89 Zn5 A15 Sn1
Nilai MukaRM10 & RM1
Diameter41.65 x 41.65 & 30mm
Berat 43g & 8.5g
KemasanPruf
Kuantiti Tempaan1000 keping
Spesifikasi Set 2 dalam 1 (Perak Sterling Berwarna (pruf) dan Emas Nordic (pruf))

Peluang Membeli Yang Adil

BNM telah menetapkan beberapa peraturan penting untuk memastikan peluang yang adil kepada mereka yang berminat.

Setiap individu hanya dibenarkan membeli satu set dua dalam satu, termasuk satu keping duit syiling Perak Sterling Berwarna (pruf) dan tidak lebih daripada lima keping duit syiling Emas Nordic (B.U.).

Tempahan boleh dilakukan menerusi laman web duit.bnm.gov.my bermula dari pukul 11 pagi, 18 Disember 2023, hingga 1 Januari 2024, pada pukul 11 malam.

Cara Tempahan Syiling Peringatan UPSI100 BNM

Untuk memastikan kelancaran proses tempahan dan mengelakkan penipuan, BNM menasihatkan orang ramai untuk membuat tempahan secara dalam talian melalui sistem mereka di duit.bnm.gov.my.

Ini adalah langkah penting bagi memastikan bahawa tempahan diterima secara sah dan tidak terdapat sebarang isu yang mungkin timbul melalui pihak ketiga. Semua tempahan akan dipertimbangkan secara saksama, dan tiada keutamaan diberikan berdasarkan tarikh dan masa tempahan. Jika permintaan melebihi jumlah yang ditawarkan, cabutan akan diadakan untuk menentukan tempahan yang berjaya.

Keputusan Tempahan dan Penghantaran

BNM akan mengumumkan keputusan tempahan pada 9 Januari 2024 melalui laman web BNM dan kiriman e-mel kepada mereka yang buat tempahan.

Sekiranya tempahan tidak berjaya, BNM akan membuat pembayaran balik dalam masa 14 hari bekerja daripada tarikh pengumuman keputusan tempahan. Bagi mereka yang berjaya mendapatkan syiling peringatan UPSI100 pula, penghantaran syiling anda akan dilakukan secara berfasa dalam tempoh 25 hari bekerja.

Jangan Lepaskan Peluang

Dengan pelancaran duit syiling peringatan ini, BNM memberikan peluang kepada khalayak untuk memiliki sebahagian daripada sejarah UPSI dalam bentuk koleksi yang bernilai tinggi.

Keunikan dalam rekaan dan kualiti ketulenan logam membuat duit syiling ini menjadi sumber kebanggaan bagi setiap pemiliknya.

Bagi peminat koleksi dan pecinta sejarah, ini adalah peluang yang tidak boleh dilepaskan. Jangan lepaskan peluang untuk menjadi pemilik salah satu koleksi terhad ini yang menggambarkan kehebatan dan keindahan dalam peringatan ulang tahun ke-100 UPSI.

Layari laman https://duit.bnm.gov.my/ untuk buat tempahan segera.

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments