Bank Negara Malaysia Mengekalkan OPR Pada 1.75%

calendar-pen
Dikemaskini pada: 21/12/2023
alarm-clock
Bank Negara Malaysia mengekalkan OPR

Bank Negara telah mengumumkan bahawa Kadar Dasar Semalaman (Overnight Policy Rate, OPR) akan dikekalkan pada 1.75% selepas mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (Monetary Policy Committee, MPC). Ini adalah kali ke lapan Jawatankuasa Dasar Monetari membuat keputusan untuk mengekalkan OPC pada kadar terendah ini sejak Julai 2020.

Pihak BNM menegaskan keputusan tersebut di buat setelah mengambil kira risiko terhadap pertumbuhan ekonomi Malaysia, terutama di fasa pandemik dan endemik. Risiko yang dimaksudkan keadaan pemulihan ekonomi dunia yang lebih lembah daripada jangkaan, rantaian bekalan yang semakin sukar, dan risiko kemunculan varian baru Covid-19 termasuk langkah pencegahan yang mungkin perlu diambil.

Menurut BNM lagi, “Hal ini disebabkan terutamanya oleh ketidakpastian berhubung dengan munculnya varian (COVID-19) yang membimbangkan, risiko gangguan rantaian bekalan global yang berlanjutan dan potensi risiko volatiliti pasaran kewangan yang ketara berikutan pelarasan dasar monetari ekonomi utama.”

Walaupun perlaksanaan langkah-langkah pembendungan seperti lockdown untuk membendung penularan COVID-19 pada suku ketiga telah menyebabkan kegiatan ekonomi menjadi lemah, kegiatan ekonomi telah kembali pulih daripada paras terendah sekitar Julai 2020. Oleh itu, BNM menganggarkan momentum pertumbuhan dijangka semakin baik selari dengan penyambungan semula kegiatan ekonomi dan sokongan dasar yang berterusan.

Antara kesan positif terhadap OPR yang rendah adalah mengurangkan komitmen bulanan rakyat dan meningkatkan pendapatan boleh guna. Pengurangan jumlah bayaran balik pinjaman seperti pinjaman peribadi dan kenderaan juga akan membantu rakyat dalam meneruskan kelangsungan hidup di zaman yang mencabar ini.

Pihak Bank Negara menjangkakan pertumbuhan ekonomi akan kembali pulih menjelang 2022. Ini disokong dengan peningkatan perbelanjaan dan kenaikan permintaan global selari dengan sokongan dasar yang berterusan dan penyambungan semula kegiatan ekonomi.

Pihak Bank Negara juga menjangkakan kadar inflasi negara akan kekal sederhana menjelang tahun 2022. Apabila aktiviti ekonomi kembali normal, kadar inflasi teras dijangka meningkat tetapi masih di tahap rendah kerana lebihan kapasiti berterusan di dalam ekonomi dan pasaran pekerja.

Pada tahun 2020, BNM telah mengurangkan kadar OPR sebanyak empat kali, bermula dengan pengurangan dari 3.0% kepada 2.75% pada bulan Januari, pengurangan ke 2.5% pada bulan Mac, dan 2.0% pada bulan Mei. Pengurangan terendah adalah pada Julai 2020 di mana kadar OPR diturunkan kepada 1.75% dan kekal sehingga sekarang.

(Sumber: Bank Negara Malaysia)

share-nodes
Kongsi
Team Pinjaman Peribadi Malaysia

Team Pinjaman Peribadi Malaysia

Team Pinjaman Peribadi Malaysia komited untuk memberikan maklumat tepat dan terkini berkaitan kewangan peribadi, seperti pinjaman, kad kredit, dan pengurusan kewangan di Malaysia. Kami ingin memperkasakan anda dengan ilmu untuk buat keputusan dengan bijak supaya memenuhi keperluan kewangan anda. Dapatkan panduan, artikel, dan alatan yang boleh membantu anda dalam dunia kewangan peribadi di Malaysia melalui laman web ini.
Tinggalkan Komencomments

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Langgan
Maklumkan

0 Comments
Terbaru
Terakhir
Inline Feedbacks
View all comments