Bank Negara Malaysia (BNM) Mengisytiharkan Tiada Keuntungan Terakru Bagi Pembiayaan R&R

calendar-range
Dikirim 28/10/2021
(dikemaskini 21/12/2023)
Bank Negara Malaysia (BNM) Mengisytiharkan Tiada Keuntungan Terakru Bagi Pembiayaan R&R

Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan mengumumkan Institusi Kewangan Islam (IKI) tidak lagi dibenarkan mengenakan caj keuntungan terakru (compounding profit) bagi peminjam yang memohon untuk penjadualan dan penstrukturan semula (R&R) pelan pembiayaan Islamik mereka.

Kenyataan ini di buat berdasarkan keputusan Majlis Penasihat Shariah (MPS) yang bermesyuarat pada 30 Jun yang lalu.

Pembiayaan penjadualan dan penstrukturan semula (R&R) memberi kemudahan kepada peminjam untuk menyusun semula pelan pembiayaan mereka mengikut kemampuan sempena krisis ekonomi yang melanda negara. Proses ini selalunya melibatkan pertambahan tempoh pembiayaan atau caj kadar keuntungan baru, sekali gus meningkatkan kos pembiayaan keseluruhan.

Oleh itu, jika Institusi Kewangan Islam masih mengenakan keuntungan terakru untuk pembiayaan R&R, ini akan membebankan peminjam kerana berlakunya keuntungan berganda.

Sebelum keputusan ini, IKIK akan memasukkan keuntungan terakru daripada pembiayaan terdahulu ke dalam jumlah amaun prinsipal baru. Perkara ini mengakibatkan jumlah keuntungan akan dikira berdasarkan amaun prinsipal tersebut. Keadaan ini seterusnya menghasilkan keuntungan berganda yang memberi kesan kepada keuntungan terkompaun.

Ilustrasi keuntungan terakru
Ilustrasi: Contoh kiraan Pembiayaan R&R

Oleh kerana keuntungan terakru dikira semasa pembiayaan terdahulu, adalah tidak sesuai caj ini dimasukkan ke dalam kadar keuntungan baru untuk pembiayaan R&R. Jika pihak pemberi pinjaman masih memasukkan caj kadar keuntungan terakru ke dalam pembiayaan baru, sudah pasti pihak pemberi pinjaman akan memperoleh keuntungan berganda tanpa menanggung risiko. Amalan ini adalah dilarang di dalam Sistem Perbankan Islam.

Walaupun sebelum ini BNM telah melarang Institusi Kewangan Islam untuk mengenakan keuntungan terakru bagi pelanggan mereka yang terjejas akibat pandemik Covid-19, pengumuman baru Bank Negara Malaysia ini akan melibatkan semua IKI selepas tempoh pandemik, iaitu semasa fasa endemik dan seterusnya.

Menurut Bank Negara Malaysia, keputusan ini di buat setelah mengambil kira kesusahan dan bebanan yang dihadapi oleh peminjam yang terjejas akibat pandemik yang melanda, dan untuk membantu golongan ini mengurus kewangan dengan lebih berhemah.

BNM juga menegaskan bahawa larangan mengenakan keuntungan terakru ini adalah untuk semua pelanggan/peminjam, sama ada yang tidak mengalami masalah kewangan (mu’sir), atau yang mengalami masalah kewangan (musir).

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

2 Comments
Inline Feedbacks
View all comments