Bajet 2022 – Maklumat Lengkap Belanjawan 2022

calendar-range
Dikirim 01/11/2021
(dikemaskini 21/12/2023)
Bajet 2022 - Maklumat Lengkap

Bajet 2022 telah dibentangkan oleh Menteri Kewangan Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz di Dewan Rakyat pada 29 hari bulan yang lalu. Boleh dikatakan pembentangan belanjawan 2022 ini adalah antara peristiwa yang ditunggu-tunggu oleh ramai rakyat Malaysia berikutan bantuan kewangan yang akan diterima dari kerajaan. 

Dengan tema ‘Keluarga Malaysia, Makmur Sejahtera’, jelas belanjawan kali ini bertumpu kepada memulihkan ekonomi yang terjejas teruk akibat pandemik Covid-19. Ini sangat sesuai dengan negara yang sedang melalui fasa pemulihan selepas krisis yang melanda. 

Pembentangan Bajet 2022 oleh Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz
Pembentangan Bajet 2022 oleh Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz

Fokus Utama Bajet 2022 

Dengan peruntukan sehingga RM332.1 bilion, iaitu bajet terbesar yang pernah diumumkan untuk belanjawan, fokus utama belanjawan 2022 kali ini ialah untuk merealisasikan konsep 3M, iaitu: 

  • Melindungi dan memulih kehidupan serta mata pencarian. 
  • Membina semula daya tahan negara. 
  • Memangkin pembaharuan. 

Menerusi tiga fokus utama ini kerajaan telah memperuntukkan jumlah yang tinggi untuk membantu rakyat yang terjejas dan memulihkan ekonomi negara.  

Intipati Belanjawan 2022 

Berikut ialah ringkasan pembentangan bajet 2022 dan senarai bantuan yang akan diberikan kepada rakyat dan sektor-sektor untuk membantu kelangsungan hidup dan meningkatkan kembali ekonomi negara. 

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan bersama belanjawan adalah lebih komprehensif dan disasarkan kepada lebih ramai penerima yang layak. 

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) 

Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) yang diumumkan bersama belanjawan adalah lebih komprehensif dan disasarkan kepada lebih ramai penerima yang layak. 

Penerima/Isi RumahBilangan AnakJumlah Bantuan (RM)
Pendapatan isi rumah RM2,500 ke bawah3+
2
Tiada
RM2,000
RM1,500
RM1,000
Ibu/Bapa tunggal pendapatan isi rumah RM5,000 ke bawahRM500
Warga EmasRM300
Jadual penerima Bantuan Keluara Malaysia (BKM) Belanjawan 2022

Pengecualian, Pelepasan dan Pengurangan Cukai 

  • Memperkenalkan pelepasan cukai terhadap kos pengambilan vaksin penggalak yang dibiayai sendiri. 
  • Tambahan pengecualian cukai terhadap kos pemeriksaan untuk kesihatan mental. 
  • Tambahan RM2,500 untuk pelepasan cukai khas bagi pembelian telefon bimbit, tablet dan komputer. 
  • Tambahan pengecualian cukai untuk kursus kemajuan diri atau peningkatan kemahiran daripada RM1,000 kepada RM2,000 sehingga 2023. 
  • Pelepasan cukai kepada pencarum KWSP (EPF) sehingga RM4,000 termasuk caruman sukarela. 
  • Pengecualian cukai untuk pencarum PERKESO dinaikkan kepada RM350 untuk menggalakan caruman dari pekerja swasta. 
  • Pelepasan cukai individu untuk bayaran yuran tadika dan taska sehingga RM3,000. 
  • Pengecualian cukai pendapatan terhadap wang hadiah kemenangan kejohanan e-suka (e-Sports). 
  • Potongan cukai dua kali untuk syarikat yang menawarkan biasiswa kepada pelajar IPT (semua bidang pengajian). 

Pendidikan

  • Peruntukan sebanyak RM1 bilion untuk kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan sekolah. 
  • Peruntukan RM120 juta kepada Sekolah Jenis Kebangsaan Cina dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil. 
  • Peruntukan RM746 juta untuk projek naik taraf sekolah-sekolah daif.  
  • Peruntukan RM6.6 bilion untuk memperkasa bidang Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional. 
  • Program Inisiatif Peranti Siswa akan membekalkan sebuah tablet untuk setiap pelajar golongan B40. Kerajaan telah memperuntukkan RM450 juta untuk inisiatif ini. 
  • Bantuan awal persekolahan dinaikkan daripada RM100 kepada RM150. 
  • Diskaun bayaran balik PTPTN sehingga 15% bermula dari 1 November hingga 30 April 2022. 
  • Guru sekolah di bawah Kementerian Pendidikan akan menerima bantuan sekali bayar sebanyak RM100 di bawah Insentif Khas Alat Bantuan Mengajar. 

Pekerjaan 

  • Peruntukan sebanyak RM4.8 juta bagi menyediakan 600,000 peluang pekerjaan di bawah inisiatif Jamin Kerja Keluarga Malaysia (JaminKerja). 
  • Majikan yang menyediakan peluang pekerjaan kepada Orang Kurang Upaya (OKU) akan menerima insentif antara 30 hingga 40 peratus daripada gaji bulanan RM1,200. 
  • Majikan yang mengambil Keluarga Malaysia yang tidak aktif bekerja akan menerima insentif antara 20 hingga 30 peratus daripada gaji bulanan. 
  • Inisiatif Malaysia Short-term Employment Programme (MySTEP) akan menawarkan 80,000 peluang pekerjaan secara kontrak kepada sektor awam dan swasta. 
  • Program latihan dan peningkatan kemahiran menerima peruntukan sehingga RM1.1 bilion dengan sasaran 220,000 pelatih. 
  • Perluasan kategori pencarum PERKESO termasuk artis di bawah Inisiatif perlindungan sosial negara. Nilai caruman juga ditingkatkan sehingga 80 peratus. 
  • Sambungan perlantikan secara kontrak kepada lebih 10,000 pegawai perubatan, pergigian, dan farmasi sehingga empat tahun selepas tamat tempoh khidmat wajib dua tahun. 
  • Peruntukan RM100 juga untuk penajaan program kepakaran kepada pegawai kontrak perubatan dan pergigian. 
  • Lanjutan tempoh pengurangan kadar caruman minimum KWSP daripada 11 kepada 9 peratus sehingga Jun 2022. 
  • Peruntukan RM700 juga untuk Bantuan Khas Kewangan kepada 1.3 juta penjawat awam Gred 56 dan ke bawah. 
  • Penjawat awam dibenarkan tebus awal GCR sehingga 50 peratus atau dalam tempoh 80 hari. 
  • Gantian cuti rehat dinaikkan daripada 150 hari kepada 160 hari. 
  • Pembantu Pembangunan Masyarakat Gred S19 dan Pembantu Perawatan Kebajikan Gred U11 dan U14 yang menjaga atau merawat warga emas, OKU, dan pesakit mental akan menerima bayaran insentif RM200. 
  • Kenaikan elaun Penugasan Sukarelawan Simpanan Polis daripada RM8 sejam kepada RM9.80. 
  • Elaun khas sekali bayar sebanyak RM500 kepada jawatankuasa masjid (imam, bilal, siak, noja, marbut), guru takmir, dan guru Kafa. 

Pengangkutan

  • Pengecualian SST terhadap pembelian kenderaan baru. 
  • 100 peratus pengecualian cukai sepenuhnya terhadap duti import, duti eksais, cukai jualan, dan cukai jalan untuk kenderaan elektrik (EV). 
  • Pengenalan Data Bantuan Sementara Bas Henti-henti sebanyak 80 juta. 
  • Pas perjalanan bas dan rel tanpa had dengan harga RM50 sebulan – hanya untuk pengguna di Lembah Kelang. 
  • Subsidi RM209 juta diteruskan untuk perkhidmatan pengangkutan udara di Sabah dan Sarawak. 

Hiburan dan Beli-Belah

  • Bantuan sehingga RM2,000 untuk usahawan industri kecil dan sederhana bagi aktiviti penerapan e-dagang, latihan dalam pemasaran, dan pembayaran digital. 
  • Pengenalan semula kempen Shop Malaysia Online, Program Jualan Malaysia, dan Kempen Beli Barangan Buatan Malaysia. 

Pesara

  • Skim Keilatan PERKESO menerima kenaikan pencen minimum daripada RM475 kepada RM550. 
  • Peruntukan RM30 juga untuk ahli i-Saraan yang berumur 55 hingga 60 tahun. 
  • Bantuan Khas Kewangan berjumlah RM350 kepada pesara kerajaan. 

Sukan

  • Peruntukan RM159 juta untuk menaik taraf dan menyelenggara kemudahan sukan seluruh negara. 
  • Peruntukan sebanyak RM10 juta kepada Majlis Sukan Negara untuk memperkasa Sukan OKU. 
  • Peruntukan RM20 juta untuk meningkatkan penglibatan e-sukan (e-sport). 
  • Dana BSN sehingga 50 juta tanpa kadar faedah untuk pengusaha fasiliti sukan. 
  • Peruntukan RM5 juga untuk mewujudkan Pusat Kecemerlangan Sukan Dron. 

Lain-lain 

  • Skim MySalam diperluaskan untuk semua penerima BKM. Anak penerima juga akan menerima manfaat tuntutan kos peranti perubatan. 
  • Sejumlah RM150 akan dikreditkan ke akaun e-dompet (e-wallet) kepada belia berumur 18 hingga 20 tahun menerusi program e-Start. 
  • Skim Jaminan Kredit Perumahan menyediakan sebanyak 2 bilion untuk pelan pembiayaan kepada pekerja gig, pengusaha kecil dan petani. 
  • Peruntukan sebanyak RM20 juta di setiap negeri untuk memberi fokus kepada projek jaminan makanan, pelancongan, dan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. 
  • Peruntukan RM140 juga untuk Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). 
  • Peruntukan RM30 juta diperluaskan kepada individu berumur 55 hingga 60 tahun di bawah Inisiatif i-Saraan. 
  • Peruntukan MR365 juta untuk menyelenggara kuarters dan bangunan guna sama di bawah Bahagian Pengurusan Hartanah. 
  • Penyediaan 100 kiosk di UTC untuk urusan JPJ di luar waktu pejabat. 
  • Perkhidmatan klinik bergerak diperluaskan. 
  • Penyediaan 20 kaunter bergerak JPJ untuk kemudahan penduduk di kawasan pendalaman. 
  • Transformasi 600 Pusat Ekonomi Digital di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia kepada Pusat Sehenti untuk membimbing usahawan mikro menggunakan teknologi digital. 
  • 20 bank bergerak akan ditambah untuk operasi 250 kawasan di luar mukim. 
  • Peruntukan sebanyak RM40 bilion di bawah Program Semarak Niaga Keluarga Malaysia (SemarakNiaga). Program ini merangkumi pinjaman langsung, jaminan pembiayaan dan suntikan ekuiti.  
  • Peruntukan RM423 juta untuk mempergiat aktiviti R&D di bawah MOSTI dan KPT. 
  • Kementerian Pertahanan menerima peruntukan RM16 bilion dan Kementerian Dalam Negeri RM17 bilion untuk pemberian Kit Makanan kepada mangsa banjir. 

Teks Ucapan Penuh Pembentangan Belanjawan 2022 

Disini saya sertakan juga pautan kepada teks ucapan penuh pembentangan bajet 2022 oleh Datuk Seri Zaful. 

share-nodes
Kongsi
Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Admin Pinjaman Peribadi Malaysia

Pengasas laman web Pinjaman Peribadi Malaysia yang ditubuhkan untuk berkongsi maklumat berkaitan pinjaman peribadi, pinjaman ASB, dan kad kredit dari institusi kewangan di Malaysia.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments