Akan dibuka dalam tab baharu

Agrobank Melancarkan Kempen Imbas, Bayar & Menang – Peluang untuk Menang RM1,000 dengan DuitNow QR

calendar-check
Dikirim pada: 25/09/2024
alarm-clock
Agrobank - Kempen Imbas, Bayar dan Menang dengan AGRONet Mobile

Agrobank telah melancarkan Kempen ‘Imbas, Bayar & Menang’ dengan DuitNow QR. Kempen adalah antara usaha untuk menggalakkan penggunaan transaksi digital di samping memberi ganjaran kepada para pelanggan setia.

Bermula 1 September 2024 hingga 30 November 2024, kempen ini menawarkan peluang kepada para pengguna Agrobank untuk memenangi hadiah wang tunai menarik sehingga RM1,000!

Siapakah yang layak menyertai kempen ini?

Anda layak menyertai kempen menarik ini jika menepati kriteria berikut:

  • Pelanggan Agrobank: Terbuka kepada semua pelanggan Agrobank sama ada pengguna baharu atau sedia ada.
  • Umur 18 Tahun Ke Atas: Memastikan penyertaan adalah sah di sisi undang-undang.
  • Bukan Kakitangan: Kakitangan Agrobank tidak layak menyertai kempen ini. Namun, ahli keluarga terdekat seperti ibu bapa, pasangan, dan anak-anak dibenarkan untuk menyertai.

Bagaimana Caranya untuk Menyertai?

Sekiranya anda berminat untuk menyertai kempen Agrobank ini, ikuti langkah-langkah ringkas berikut:

  1. Daftar DuitNow QR Agrobank: Jika anda belum mempunyai DuitNow QR Agrobank, anda boleh mendaftar dengan mudah melalui aplikasi AgroNetMobile atau kunjungi mana-mana cawangan Agrobank yang berdekatan untuk bantuan lanjut.
  2. Buat Pembayaran dengan DuitNow QR: Gunakan DuitNow QR Agrobank untuk sebarang transaksi pembelian yang halal. Ini termasuklah pembayaran untuk makanan, minuman, barangan runcit, bil utiliti dan sebagainya.
  3. Kumpul Mata Penyertaan: Setiap perbelanjaan minimum RM20 dalam satu resit menggunakan DuitNow QR Agrobank akan melayakkan anda mendapat 1 Mata Penyertaan. Lebih banyak anda berbelanja, lebih tinggi peluang anda untuk menang.

Peluang Lebih Lumayan untuk Pelanggan Baharu dan Tidak Aktif

Ingin meningkatkan peluang anda untuk menang? Agrobank memberikan peluang tambahan kepada golongan pelanggan berikut:

  • Pelanggan Baharu: Dapatkan 3 Mata Penyertaan sekali gus untuk transaksi pertama anda bernilai minimum RM20 menggunakan DuitNow QR Agrobank.
  • Pelanggan Tidak Aktif: Pengguna yang tidak melakukan sebarang transaksi dengan Agrobank dalam tempoh 3 bulan juga berpeluang mendapat 3 Mata Penyertaan untuk transaksi pertama mereka bernilai minimum RM20 menggunakan DuitNow QR.

Apakah Ganjaran Menarik yang Menanti Anda?

Berpeluang memenangi hadiah wang tunai yang lumayan!

  • Hadiah Utama: 10 pemenang bertuah akan membawa pulang wang tunai RM1,000 setiap seorang!
  • Hadiah Sagu Hati: 20 pemenang akan memenangi hadiah sagu hati berupa wang tunai RM500 setiap seorang.

Terma & Syarat Penting

Pastikan anda mengambil maklum terma & syarat berikut:

  • Setiap pelanggan hanya layak untuk memenangi SATU (1) hadiah sahaja sepanjang tempoh kempen.
  • Bagi melayakkan diri untuk cabutan Hadiah Utama, anda perlu membuat sekurang-kurangnya 30 transaksi menggunakan DuitNow QR Agrobank dalam tempoh kempen.
  • Semua hadiah wang tunai akan dikreditkan ke dalam akaun CASA Tawarruq para pemenang.

Dapatkan Maklumat Lanjut!

Jangan lepaskan peluang keemasan ini.

Untuk maklumat lanjut mengenai Kempen ‘Imbas, Bayar & Menang’ dengan DuitNow QR Agrobank, hubungi Pusat Panggilan Agrobank di talian 1-300-88-2476, layari laman web rasmi Agrobank, atau kunjungi cawangan Agrobank yang berdekatan dengan anda untuk maklumat yang lebih terperinci.

share-nodes
Kongsi
Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Pasukan Editorial Pinjaman Peribadi Malaysia

Kami adalah pakar dalam menyaring maklumat kewangan peribadi yang kompleks seperti pinjaman, kad kredit, pelaburan ASB, dan pengurusan kewangan, dan menyajikannya dalam bentuk panduan yang tepat dan mudah difahami untuk setiap lapisan masyarakat. Fokus kami adalah penyediaan maklumat, bukan nasihat kewangan peribadi. Setiap artikel dihasilkan melalui penyelidikan yang teliti daripada sumber rasmi dan sentiasa dikemaskini untuk memberikan maklumat yang tepat dan terkini, selari dengan misi kami untuk membantu anda untuk membuat keputusan kewangan yang bijak.
Tinggalkan Komencomments

Penafian: Maklumat yang diberikan di laman ini adalah bertujuan sebagai maklumat umum dan bukan nasihat kewangan khusus. Pihak kami bukan institusi kewangan atau pemberi pinjaman dan tidak menyebelahi sebarang produk kewangan tertentu.

Tinggalkan soalan, mesej & komen

Ada sebarang soalan, mesej atau nak komen? Tanya atau tinggalkan mesej anda di bawah.

0 Comments
Terbaru
Terakhir