Standard Chartered FlexiPay Plus (FOP Plus)

Standard Chartered FlexiPay Plus atau FOP Plus adalah pelan bayaran ansuran kad kredit yang ditawarkan oleh Standard Chartered Bank. Pelan ini menawarkan bayaran ansuran sehingga 12 bulan dengan kadar faedah 7.88% p.a. Tiada caj pengendalian (upfront handling fee) yang dikenakan.

Anda cuma perlu buat pembelian serendah RM500 untuk menggunakan pelan bayaran ansuran dari Standard Chartered ini.

Standard Chartered tidak menawarkan pelan ini kepada setiap pembelian anda tanpa menghadkan kepada sesetengah peniaga sahaja. Buat pembelian lebih dari RM500 dengan kad kredit Standard Chartered anda dan login ke Standard Chartered Online Banking dan pilih transaksi kad kredit anda untuk menukar pembelian anda kepada pelan Standard Chartered Flexipay Plus.

Pelan ini tidak membenarkan bayaran bulanan minimum, oleh itu anda perlu buat bayaran ansuran penuh setiap bulan. Sekiranya anda gagal buat bayaran ansuran seperti yang telah dijanjikan, anda akan dikenakan caj kadar faedah sebanyak 18% p.a sehingga anda menyelesaikan bayaran yang tertunggak.

Anda tidak akan dikenakan sebarang caj sekiranya anda berhasrat untuk membayar baki ansuran anda lebih awal dari 12 bulan. Standard Chartered tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal (early settlement fee).

Standard Chartered FlexiPay Plus (FOP Plus)
Pembelian Minimum RM500
Tempoh bayaran 12 bulan hingga 12 bulan
Kadar faedah 7.88% p.a
Caj pengendalian Tiada caj upfront
Bayaran minimum (bulanan) Bayaran ansuran penuh
Caj penamatan awal Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual pelan Standard Chartered FlexiPay Plus (FOP Plus)

Tukar sebarang pembelian (RM500 dan ke atas) anda kepada pelan FlexiPay Plus dari Standard Chartered dan nikmat tempoh bayaran sehingga 12 bulan dengan kadar faedah tetap.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
12 Tiada 7.88% p.a RM500

Cara mohon Standard Chartered FlexiPay Plus (FOP Plus)

Anda boleh mohon pelan bayaran ansuran mudah Standard Chartered melalui sistem perbankan atas talian (online banking) Standard Chartered. Pilih transaksi kad yang anda ingin tukar pada sistem tersebut dan pilih Flexipay.

Kad kredit Standard Chartered FlexiPay Plus (FOP Plus)

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Standard Chartered FlexiPay Plus (FOP Plus). Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Standard Chartered Journey Credit Card

Kad kredit Standard Chartered Journey

Kad kredit Standard Chartered Journey adalah kad terbaik jika anda selalu melancong. Nikmati keistimewaan perjalanan tanpa batas dan mata ganjaran tanpa had.

Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite menawarkan mata ganjaran AirMiles, akses tanpa had ke lebih 1,000 lounge seluruh dunia, dan perkhidmatan Visa Infinite concierge untuk melancarkan perjalanan anda.

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad kredit. Kad asas ini ditawarkan dengan ciri lengkap seperti mata ganjaran, diskaun dan tawaran eksklusif, dan yang yuran tahunan percuma seumur hidup, untuk kad utama dan kad tambahan.

Standard Chartered WorldMiles World MasterCard

Standard Chartered WorldMiles World MasterCard

Kad kredit Standard Chartered WorldMiles World MasterCard menawarkan pulangan mata ganjaran yang boleh ditebus kepada AirMiles daripada syarikat penerbangan seluruh dunia. Kad ini sesuai kepada mereka yang sering melancong sama ada untuk urusan perniagaan dan lain-lain.

Standard Chartered Simply Cash Credit Card

Standard Chartered Simply Cash Credit Card 

Kad kredit Standard Chartered Simply Cash Credit Card menawarkan ganjaran pulangan tunai sehingga 15% setiap bulan. Kad ini juga didatangkan dengan ciri-ciri menarik bagi mereka yang sering melakukan transaksi dalam talian menerusi e-Dagang atau e-Dompet.

Standard Chartered Liverpool FC Cashback

Standard Chartered Liverpool FC Cashback

Kad kredit Standard Chartered Liverpool FC Cashback khusus untuk peminat pasukan Liverpool ini menawarkan pulangan rebat tunai (cashback) tanpa had belanja minimum setiap bulan. Dapatkan juga perlindungan untuk pembelian dalam talian (online purchases) sehingga USD200 dengan program khas Mastercard.

Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard

Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard

Kad kredit Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard menawarkan pulangan rebat tunai bertingkat (tiered cashback rate) sehingga 15% untuk perbelanjaan runcit, transaksi e-dagang dalam talian, dan transaksi atau tambah nilai e-dompet. Kad ini didatangkan dengan perlindungan Visa eCommerce Purchase Protection sehingga USD200.

Standard Chartered Smart Credit Card

Standard Chartered Smart Credit Card

Kad kredit Standard Chartered Smart Credit Card menawarkan pulangan rebat tunai menarik untuk transaksi E-Dompet (E-Wallet), pembelian atas talian (online purchases) dan juga untuk setiap transaksi tanpa sentuhan (contactless payment). Dapatkan juga perlindungan untuk setiap pembelian online anda dengan program Visa E-Commerce Purchase Protection.

Standard Chartered Visa Platinum

Kad Kredit Standard Chartered Visa Platinum

Kad Kredit Standard Chartered Visa Platinum menawarkan 5 kali ganda mata ganjaran untuk program 360 Rewards Points. Kad ini juga menawarkan pelan kad kredit kredit yang lengkap seperti pindahan baki, bayaran ansuran mudah dan pelan ansuran tunai.