Akan dibuka dalam tab baharu

Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM800
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Mata Ganjaran, Premium

Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite adalah sebuah kad kredit daripada Standard Chartered yang menawarkan pelbagai ganjaran dan pulangan, terutama bagi mereka yang sering melancong dan ke luar negara.

Ciri utama yang buat kad kredit Standard Chartered ini menonjol ialah pulangan mata ganjaran 360° untuk setiap perbelanjaan yang dibelanjakan dengan kad ini. Anda akan dapat 5 mata 360° dengan setiap RM1 untuk perbelanjaan runcit di luar negara, dan 1 mata 360° untuk perbelanjaan dalam negara. Mata ganjaran ini boleh anda tebus dalam bentuk AirMiles untuk penerbangan percuma dari AsiaMiles, KrisFlyer, AirAsia BiG, dan Enrich, atau untuk baucar diskaun, tawaran perjalanan, dan pengalaman golf yang hebat.

Pemegang kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite juga akan menerima pas keutamaan melalui LoungeKey. Melalui ciri ini, anda akan memperolehi akses tanpa had kepada lebih 1,000 ruang legar di seluruh dunia.

Pemegang kad ini juga akan dilindungi oleh insurans perjalanan dan perubatan sehingga RM50,000. Anda hanya perlu buat transaksi luar negara dengan kad ini dan akan secara automatik layak menerima perlindungan ini. Pihak Standard Chartered juga menawarkan pulangan tunai sehingga RM80 untuk perjalanan limousin dari KLIA dan KLIA2.

Tidak lupa juga perkhidmatan 24/7 concierge Visa Infinite yang boleh digunakan untuk memudahkan anda merancang perjalanan. Dengan perkhidmatan ini anda boleh buat tempahan tiket kapal terbang, hotel, restoran, kereta sewa, dan sebagainya dengan mudah. Program Visa Luxury Hotel Collection pula menawarkan pelbagai keistimewaan yang boleh anda nikmati sepanjang perjalanan anda.

Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite didatangkan dengan pelan pemindahan baki Standard Chartered Balance Transfer Plus dan pelan ansuran mudah Standard Chartered FlexiPay Plus. Anda boleh buat pindahan baki dari kad lama anda dengan pelan Balance Transfer Plus, atau dapatkan barangan idaman dengan pelan FlexiPay Plus dan buat bayaran ansuran bulanan. Kedua- dua pelan kredit ini mengenakan caj kadar faedah yang tidak membebankan.

Anda tidak perlu risau tentang yuran tahunan kad kredit dengan kad ini kerana yuran adalah percuma untuk dua tahun pertama. Untuk tahun selanjutnya, anda boleh nikmati yuran tahunan percuma jika anda berbelanja tidak kurang daripada RM10,000 dengan kad Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite.

Dengan ciri-ciri terbaik dan keistimewaan hebat, kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite adalah antara pilihan utama jika anda ingin sebuah kad premium yang dipenuhi ganjaran. Baca lebih lanjut ciri lengkap kad ini termasuk syarat kelayakan dan bagaimana untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan 5x mata ganjaran Standard Chartered 360° dengan setiap transaksi RM1 yang anda belanjakan untuk di luar negara dan 1x mata ganjaran untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di dalam negara. Mata ganjaran boleh ditebus atau ditukar untuk akses golf, perjalanan, baucar diskaun, dan mata AirMiles dari AirAsia BIG, AsiaMiles, Enrich dan KrisFlyer.

Anda juga akan menerima mata ganjaran 360° daripada portfolio perbankan sedia ada seperti deposit tetap, akaun simpanan, dan pinjaman. Walau bagaimanapun, mata ganjaran daripada portfolio dihadkan kepada 4,000 mata.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
5 RM3 Perbelanjaan runcit di luar negara
1 RM3 Perbelanjaan runcit dalam negara

ganjaran perjalanan

Nikmati pelbagai ganjaran perjalanan dengan kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite.

  1. Keistimewaan pas keutamaan LoungeKey yang menawarkan akses tanpa had kepada lebih 1,000 ruang legar di seluruh dunia.
  2. Perlindungan insurans perjalanan dan perubatan sehingga RM50,000.
  3. Pulangan tunai sehingga RM80 untuk limousin KLIA dan KLIA2.

Ciri premium

Sebagai pemegang kad Visa Infinite, anda akan menikmati keistimewaan Visa Concierge 24/7 dan akses kepada program Visa Luxury Hotel Collection. Guna kelebihan ini untuk buat tempahan hotel, restoran, perjalanan, atau sebagainya supaya perjalanan anda lebih mudah dan lancar.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM800
2 tahun pertama adalah percuma. Tahun berikutnya yuran diketepikan untuk perbelanjaan tidak kurang daripada RM10,000
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM400
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM25 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Standard Chartered Balance Transfer PLUS
Standard Chartered Balance Transfer PLUS

Pelan pindahan baki serendah RM1,000 dengan kadar faedah tetap dan tempoh bayaran sehingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian dan tiada caj penamatan awal.

Maklumat Lanjut
Standard Chartered FlexiPay Plus (FOP Plus)
Standard Chartered FlexiPay Plus (FOP Plus)

Tukar sebarang pembelian (RM500 dan ke atas) anda kepada pelan FlexiPay Plus dari Standard Chartered dan nikmat tempoh bayaran sehingga 12 bulan dengan kadar faedah tetap.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Standard Chartered Bank Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Standard Chartered Bank Malaysia Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Standard Chartered Bank Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Standard Chartered Bank Malaysia Berhad

Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad, salah satu bank terawal di Malaysia sejak 1875, adalah sebahagian daripada kumpulan perbankan antarabangsa di 70 negara. Sebagai peneraju dalam memperkenalkan perbankan Islam di Malaysia (pada 1993, dan menerusi Standard Chartered Saadiq), bank ini menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional dan patuh Syariah yang komprehensif untuk memenuhi keperluan individu, perniagaan, dan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank World MasterCard

Kad kredit Maybank World MasterCard menawarkan kelebihan mata ganjaran Treats AirMiles yang boleh anda tebus…

Kad kredit UOB World

Kad kredit UOB World menawarkan pulangan mata ganjaran UNIRinggit, perlindungan perjalanan, akses percuma ke Plaza Premium Lounge dan…

Kad kredit RHB Limited Edition White Visa Rewards

Kad kredit RHB Limited Edition White Visa Rewards adalah kad edisi terhad RHB yang menawarkan…

Kad kredit AEON Classic Visa Card 

Kad kredit AEON Classic Visa menawarkan pulangan tunai dan mata ganjaran serta pelbagai tawaran eksklusif termasuk…