Akan dibuka dalam tab baharu

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Mata Ganjaran

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic adalah kad yang sesuai untuk mereka yang sedang mencari kad kredit pertama atau kad asas. Kad kredit Standard Chartered ini menawarkan pelbagai faedah dan ciri-ciri menarik khusus untuk mereka yang baru berjinak-jinak dengan penggunaan kad kredit.

Kelebihan utama yang ditawarkan oleh Standard Chartered Platinum MasterCard Basic adalah kad ini percuma seumur hidup. Tidak seperti kad kredit lain yang memerlukan anda bayar yuran setiap tahun, kad ini tidak mengenakan sebarang yuran tahunan. Kos yuran tahunan diketepikan untuk kad kredit utama dan juga kad kredit tambahan. Ini menjadikan kad ini jimat dan kos efektif.

Kad kredit Standard Chartered ini juga menawarkan pulangan dalam bentuk mata ganjaran tx 360°. Anda akan terima 1 mata tx 360° Rewards Point dengan setiap RM1 yang anda belanjakan dengan kad ini. Mata ganjaran ini boleh anda tebus dengan tunai, barangan, atau pelancongan. Pulangan ganjaran ini secara tidak langsung memberi lebih nilai untuk wang anda. Anda juga akan menerima tawaran eksklusif melalui Standard Chartered 360° Rewards Points Loyalty Program.

Selain pulangan mata ganjaran, pemegang kad ini juga akan menikmati keistimewaan eksklusif di lebih 4,000 pedagang yang mengambil bahagian, bukan hanya di Malaysia, tetapi di seluruh Asia. Hanya guna kad Standard Chartered Platinum MasterCard Basic anda ketika buat pembelian.

Pihak Standard Chartered menawarkan dua pelan kredit untuk kad ini, iaitu pelan bayaran ansuran mudah FlexiPay Plus dan pelan ansuran tunai Cash On Call Plus. Pelan Standard Chartered FlexiPay Plus membenarkan anda buat pembelian barangan dengan bayaran ansuran bulanan manakala pelan Standard Chartered Cash On Call Plus pula memudahkan anda buat pendahuluan tunai di saat anda memerlukan. Kedua-dua pelan ini menawarkan caj kadar faedah yang berpatutan.

Aplikasi Standard Chartered mobile yang didatangkan bersama kad Standard Chartered Platinum MasterCard Basic pula memudahkan anda menguruskan urusan kewangan hairan. Anda boleh semak semua akaun, buat pinjaman peribadi, dan pelaburan di mana sahaja.

Keistimewaan ini menjadikan kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sebagai pilihan yang tepat untuk mereka yang ingin kad kredit asas tetapi dilengkapi ciri penuh. Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri lengkap kad ini dan bagaimana untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan 1x mata ganjaran Standard Chartered 360° dengan setiap RM1 yang anda belanjakan dengan kad ini. Tebus mata 360° anda untuk hadiah atau barangan hebat yang ditawarkan oleh pihak Standard Chartered. Transaksi petrol dikecualikan untuk pulangan mata ganjaran.

JUMLAH MATA GANJARAN JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
1 RM1 Sebarang perbelanjaan (kecuali petrol)

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM25 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Standard Chartered FlexiPay Plus (FOP Plus)
Standard Chartered FlexiPay Plus (FOP Plus)

Tukar sebarang pembelian (RM500 dan ke atas) anda kepada pelan FlexiPay Plus dari Standard Chartered dan nikmat tempoh bayaran sehingga 12 bulan dengan kadar faedah tetap.

Maklumat Lanjut
Standard Chartered Cash On Call Plus
Standard Chartered Cash On Call Plus

Pinjaman dari serendah RM1,000 hingga 100% had kredit (credit limit) kad kredit Standard Chartered anda. Kadar faedah tetap dengan tempoh pinjaman sehingga 60 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Standard Chartered Bank Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Standard Chartered Bank Malaysia Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Standard Chartered Platinum MasterCard Basic?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

2 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Standard Chartered Bank Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Standard Chartered Bank Malaysia Berhad

Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad, salah satu bank terawal di Malaysia sejak 1875, adalah sebahagian daripada kumpulan perbankan antarabangsa di 70 negara. Sebagai peneraju dalam memperkenalkan perbankan Islam di Malaysia (pada 1993, dan menerusi Standard Chartered Saadiq), bank ini menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional dan patuh Syariah yang komprehensif untuk memenuhi keperluan individu, perniagaan, dan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite menawarkan mata ganjaran AirMiles, akses tanpa had…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…