Akan dibuka dalam tab baharu

Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard

Notis Penting

Kad kredit Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard tidak lagi ditawarkan oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad

Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM250
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Petrol, Premium, Pulangan Tunai

Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard paling sesuai untuk individu yang berbelanja RM2,500 ke atas setiap bulan. Kad kredit Standard Chartered ini menawarkan pulangan rebat tunai (cashback) untuk perbelanjaan runcit, e-dagang dalam talian, dan tambah nilai atau transaksi e-dompet (e-wallet).

Pulangan cashback yang ditawarkan boleh mencecah sehingga 15% untuk kategori perbelanjaan yang dibenarkan. Pihak Standard Chartered (SC) menggunakan konsep pulangan bertahap (tiered cashback rate). Dengan kaedah ini, lebih banyak anda berbelanja, lebih banyak pulangan cashback yang diterima.

Sebagai contoh, jika anda buat transaksi tidak melebihi RM999 setiap bulan, rebat tunai yang diberikan adalah 0.2%. Tetapi, jika anda melakukan transaksi Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard credit card lebih daripada RM2,500 setiap bulan, anda akan diberikan rebat tunai sehingga 15%.

Dalam erti kata lain, lebih banyak anda swipe kad ini, lebih tinggi cashback yang anda terima.

Rujuk bahagian Rebat Tunai di bawah untuk jadual lengkap nilai cashback.

Seperti kebanyakan kad kredit Standard Chartered, kad ini juga menawarkan perlindungan Visa eCommerce Purchase Protection. Setiap pembelian dalam talian (online e-commerce) akan dilindungi sehingga USD200.

Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard credit card juga didatangkan dengan pelan pemindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah, dan juga pelan pinjaman/pendahuluan tunai.

Buat pindahan baki dengan pelan Standard Chartered Balance Transfer PLUS atau dapatkan barangan idaman anda dengan pelan easy payment Standard Chartered FlexiPay Plus. Sekiranya ingin tunai segera tetapi malas nak buat pinjaman peribadi, guna pelan pinjaman tunai Standard Chartered Cheque on Call Plus untuk kemudahan pantas.

Kad kredit Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang berumur 21 hingga 65 tahun. Syarat kelayakan gaji yang diperlukan ialah RM36,000 setahun, atau tidak kurang daripada RM3,000 sebulan.

Baca lebih lanjut tentang ciri lengkap kad ini, syarat kelayakan permohonan, caj dikenakan, dan bagaimana cara mohon secara atas talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard

Pulangan tunai (cashbacks)

Konsep tiered cashback rate yang ditawarkan oleh kad ini memberikan pulangan rebat tunai dari serendah 0.2% sehingga 15%. Pulangan ini sah untuk perbelanjaan runcit, transaksi belian dalam talian (online purchases), dan reload atau transaksi e-wallet.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Runcit, e-dagang dalam talian, e-dompet 15% RM60 RM2,500 ke atas
Runcit, e-dagang dalam talian, e-dompet 5% RM20 RM1,500 – RM2,499
Runcit, e-dagang dalam talian, e-dompet 1% RM10 RM1,000 – RM1,499
Runcit, e-dagang dalam talian, e-dompet 0.2% RM2 RM999 ke bawah

Ganjaran petrol

Dapatkan rebat tunai dengan setiap isian petrol anda di sebarang stesen minyak seluruh negara. Rujuk jadual cashback di atas untuk maklumat lanjut.

Ciri premium

Kad ini didatangkan dengan program Visa E-Commerce Purchase Protection yang menawarkan perlindungan sehingga USD200 untuk transaksi atau belian dalam talian (online purchases). Anda juga akan mendapat diskaun untuk tiket wayang di Golden Screen Cinema (GSC) untuk belian melalui aplikasi GSC atau laman sesawang (web).

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM250
Tahun pertama percuma untuk pelanggan baru Standard Chartered
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM25 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Standard Chartered Balance Transfer PLUS
Standard Chartered Balance Transfer PLUS

Pelan pindahan baki serendah RM1,000 dengan kadar faedah tetap dan tempoh bayaran sehingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian dan tiada caj penamatan awal.

Maklumat Lanjut
Standard Chartered FlexiPay Plus (FOP Plus)
Standard Chartered FlexiPay Plus (FOP Plus)

Tukar sebarang pembelian (RM500 dan ke atas) anda kepada pelan FlexiPay Plus dari Standard Chartered dan nikmat tempoh bayaran sehingga 12 bulan dengan kadar faedah tetap.

Maklumat Lanjut
Standard Chartered Cash On Call Plus
Standard Chartered Cash On Call Plus

Pinjaman dari serendah RM1,000 hingga 100% had kredit (credit limit) kad kredit Standard Chartered anda. Kadar faedah tetap dengan tempoh pinjaman sehingga 60 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard

    Kad kredit Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard telah ditamatkan oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad. Anda masih boleh cari kad kredit yang sesuai dengan kelayakan dan keperluan anda menerusi laman Tapisan Kad Kredit yang kami sediakan. Klik untuk cari kad kredit terbaik.

    Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard

    Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Standard Chartered Bank Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

    Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

    Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Standard Chartered Bank Malaysia Berhad.

    Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

    Ya, anda boleh guna kad kredit Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

    Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

    Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard

    Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

    Ada soalan tambahan berhubung Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard?

    Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

    Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

    0 Comments
    Terbaru
    Terakhir

    Penafian:

    Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Standard Chartered Bank Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

    Sumber Tambahan

    Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

    Ketahui Lebih Lanjut Tentang Standard Chartered Bank Malaysia Berhad

    Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
    Standard Chartered Bank Malaysia Berhad, salah satu bank terawal di Malaysia sejak 1875, adalah sebahagian daripada kumpulan perbankan antarabangsa di 70 negara. Sebagai peneraju dalam memperkenalkan perbankan Islam di Malaysia (pada 1993, dan menerusi Standard Chartered Saadiq), bank ini menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional dan patuh Syariah yang komprehensif untuk memenuhi keperluan individu, perniagaan, dan…
    Baca Selanjutnya

    Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

    Panduan Lengkap Kad Kredit

    Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
    Baca sekarang

    Cari Kad Kredit Terbaik

    Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
    Cari & bandingkan

    Glosari Kad Kredit

    Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
    Lihat Glosari

    Soalan Lazim Kad Kredit

    Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
    Dapatkan Jawapan

    Anda Juga Mungkin Berminat

    AmBank BonusLink Visa Signature

    Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

    Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

    Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

    Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

    Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite menawarkan mata ganjaran AirMiles, akses tanpa had…

    Citi PremierMiles Mastercard

    Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…