Akan dibuka dalam tab baharu

Standard Chartered Liverpool FC Cashback

Notis Penting

Kad kredit Standard Chartered Liverpool FC Cashback tidak lagi ditawarkan oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad

Standard Chartered Liverpool FC Cashback
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM175
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Premium, Pulangan Tunai

Kad kredit Standard Chartered Liverpool FC Cashback menawarkan ciri pulangan rebat tunai hebat khusus untuk peminat pasukan bola sepak Liverpool FC. Dapatkan sehingga RM50 cashback setiap bulan tanpa perbelanjaan minimum.

Pemegang kad kredit Standard Chartered ini juga akan menerima perlindungan sehingga USD200 untuk setiap transaksi pembelian atas talian (online purchases) melalui pelan Mastercard E-Commerce Purchase Protection.

Anda juga boleh guna pelan pemindahan baki yang ditawarkan jika anda ingin nikmati kadar faedah yang lebih rendah dengan kad Standard Chartered Liverpool FC Cashback. Pelan Standard Chartered Balance Transfer PLUS menawarkan kadar faedah tahunan serendah 5.99% dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan. Anda boleh buat pemindahan serendah RM1,000 untuk menggunakan pelan ini.

Pelan bayaran ansuran mudah juga memudahkan anda mendapatkan barangan idaman anda. Buat pembelian serendah RM500 dan tukar kepada pelan Easy Payment Standard Chartered FlexiPay Plus dengan bayaran ansuran sehingga 18 bulan.

Kad Standard Chartered Liverpool FC Cashback juga menawarkan pelan pendahuluan tunai Standard Chartered Cheque On Call Plus. Anda boleh dapatkan tunai sehingga 100% had kredit (credit limit) anda dan buat bayaran balik sehingga 60 bulan. Pelan ini mengenakan caj kadar faedah tahunan serendah 9.88% p.a.

Kad kredit Standard Chartered ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM36,000. Yuran tahunan untuk tahun pertama adalah percuma, jadi anda boleh gunakan kad ini percuma selama setahun. Kad ini juga membenarkan anda buat bayaran bulanan minimum serendah RM50 sekiranya anda sukar untuk buat bayaran penuh.

Baca lebih lanjut tentang ciri lengkap Standard Chartered Liverpool FC Cashback dan bagaimana anda boleh mohon secara dalam talian (online application) dengan mudah.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Standard Chartered Liverpool FC Cashback

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan rebat tunai sebanyak 0.5% untuk setiap belian runcit (retail) tanpa perbelanjaan minimum. Jumlah cashback ini dihadkan kepada RM50 setiap bulan dan tidak termasuk transaksi petrol dan insurans.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Perbelanjaan runcit (retail) 0.5% RM50 Tiada had minimum

Ciri premium

Sebagai pemegang kad kredit Mastercard, anda akan dilindungi oleh program Mastercard E-Commerce Purchase Protection. Melalui program ini, setiap pembelian melalui transaksi dalam talian akan dilindungi sehingga USD200 sekiranya anda menggunakan kad ini untuk transaksi tersebut.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM175
Tahun pertama adalah PERCUMA
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM25 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Standard Chartered Balance Transfer PLUS
Standard Chartered Balance Transfer PLUS

Pelan pindahan baki serendah RM1,000 dengan kadar faedah tetap dan tempoh bayaran sehingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian dan tiada caj penamatan awal.

Maklumat Lanjut
Standard Chartered FlexiPay Plus (FOP Plus)
Standard Chartered FlexiPay Plus (FOP Plus)

Tukar sebarang pembelian (RM500 dan ke atas) anda kepada pelan FlexiPay Plus dari Standard Chartered dan nikmat tempoh bayaran sehingga 12 bulan dengan kadar faedah tetap.

Maklumat Lanjut
Standard Chartered Cash On Call Plus
Standard Chartered Cash On Call Plus

Pinjaman dari serendah RM1,000 hingga 100% had kredit (credit limit) kad kredit Standard Chartered anda. Kadar faedah tetap dengan tempoh pinjaman sehingga 60 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Standard Chartered Liverpool FC Cashback

    Kad kredit Standard Chartered Liverpool FC Cashback telah ditamatkan oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad. Anda masih boleh cari kad kredit yang sesuai dengan kelayakan dan keperluan anda menerusi laman Tapisan Kad Kredit yang kami sediakan. Klik untuk cari kad kredit terbaik.

    Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Standard Chartered Liverpool FC Cashback

    Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Standard Chartered Bank Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

    Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

    Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Standard Chartered Bank Malaysia Berhad.

    Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

    Ya, anda boleh guna kad kredit Standard Chartered Liverpool FC Cashback untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

    Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

    Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Standard Chartered Liverpool FC Cashback

    Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

    Ada soalan tambahan berhubung Standard Chartered Liverpool FC Cashback?

    Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

    Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

    0 Comments
    Terbaru
    Terakhir

    Penafian:

    Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Standard Chartered Bank Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

    Sumber Tambahan

    Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

    Ketahui Lebih Lanjut Tentang Standard Chartered Bank Malaysia Berhad

    Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
    Standard Chartered Bank Malaysia Berhad, salah satu bank terawal di Malaysia sejak 1875, adalah sebahagian daripada kumpulan perbankan antarabangsa di 70 negara. Sebagai peneraju dalam memperkenalkan perbankan Islam di Malaysia (pada 1993, dan menerusi Standard Chartered Saadiq), bank ini menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional dan patuh Syariah yang komprehensif untuk memenuhi keperluan individu, perniagaan, dan…
    Baca Selanjutnya

    Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

    Panduan Lengkap Kad Kredit

    Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
    Baca sekarang

    Cari Kad Kredit Terbaik

    Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
    Cari & bandingkan

    Glosari Kad Kredit

    Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
    Lihat Glosari

    Soalan Lazim Kad Kredit

    Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
    Dapatkan Jawapan

    Anda Juga Mungkin Berminat

    Maybank Shopee Visa Platinum

    Kad kredit Maybank ini menawarkan keistimewaan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Shopee Coin dan…

    Citi Simplicity

    Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…

    Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

    Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

    Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards

    Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards menawarkan sehingga 3x mata ganjaran, pelan kredit lengkap, dan…