Akan dibuka dalam tab baharu

Standard Chartered Smart Credit Card

Standard Chartered Smart Credit Card
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM120
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Premium, Pulangan Tunai

Standard Chartered Smart Credit Card adalah kad kredit baru daripada Standard Chartered (SC) khusus kepada mereka yang gemar berbelanja dalam talian termasuk streamers, gamers, foodie, dan penggemar muzik.

Kad ini menawarkan pulangan rebat tunai yang menarik untuk penggunaan E-Dompet (E-Wallet), aplikasi dalam talian (online transaction) seperti Netflix, Spotify, Playstation, dan juga transaksi tanpa sentuh (contactless payment). Cash back yang diberikan oleh kad ini boleh menjangkau sehingga 30% – satu jumlah yang tinggi untuk pulangan rebat tunai.

Pihak SC juga menyediakan perlindungan sehingga USD200 untuk pembelian dalam talian menggunakan kad Standard Chartered Smart Kredit Card melalui program Visa E-Commerce Purchase Protection.

Kad kredit Standard Chartered ini juga didatangkan dengan pelan pemindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah, dan pelan pinjaman tunai kad kredit.

Anda boleh pindah baki serendah RM1,000 daripada kad lama kepada kad ini dengan skim Standard Chartered Balance Transfer PLUS. Pelan Flexipay Plus pula memudahkan anda memiliki barangan idaman dengan bayaran ansuran sehingga 18 bulan. Anda cuma perlu berbelanja serendah RM500 untuk menggunakan easy payment plan ini. Sekiranya ingin tunai segera, gunakan pelan Standard Chartered Cheque On Call Plus dan buat bayaran balik sehingga 60 bulan.

Kad kredit Standard Chartered Smart Credit Card ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM36,000.

Yuran tahunan kad kredit untuk tahun pertama adalah percuma dan tahun berikutnya yuran diketepikan (waived) untuk perbelanjaan lebih daripada RM12,000 untuk tahun tersebut. Ini bermaksud anda cuma perlu berbelanja RM1,000 setiap bulan untuk membatalkan yuran tahunan.

Sebagai kad kredit Visa, anda boleh menggunakan fungsi contactless payment Visa payWave untuk memudahkan transaksi bayaran. Tidak lupa juga pulangan cash back setiap kali anda menggunakan fungsi bayaran tanpa sentuh ini.

Baca lebih lanjut tentang Standard Chartered Smart Credit Card pada info di bawah. Ketahui ciri lengkap pulangan rebat tunai yang diberikan, pelan-pelan kad kredit, syarat kelayakan, yuran yang dikenakan dan bagaimana untuk mohon secara atas talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Standard Chartered Smart Credit Card

Pulangan tunai (cashbacks)

Pihak Standard Chartered sedang menjalankan promosi untuk kad ini. Dapatkan sehingga 30% rebat tunai untuk transaksi E-Dompet atau transaksi e-Dagang dengan kad kredit Standard Chartered ini. Anda cuma perlu berbelanja tidak kurang daripada RM1,000 untuk layak. Untuk perbelanjaan digital dan bayaran tanpa sentuh pula, cash back sebanyak 6% diberikan.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
GrabPay, Touch `n Go eWallet, Boost, FavePay, Lazada, Shopee, Taobao, Zalora 30% RM30 RM1,000 ke atas setiap bulan
Astro, Joox, Spotify, iQIYI, Netflix, Playstation, Steam 6% RM20 RM1,000 ke atas setiap bulan
Bayaran tanpa sentuhan (Contactless Payment) 6% RM20 RM1,000 ke atas setiap bulan

Ciri premium

Kad ini didatangkan dengan program Visa E-Commerce Purchase Protection yang menawarkan perlindungan sehingga USD200 untuk transaksi atau belian dalam talian (online purchases).

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM120
Tahun pertama percuma. Tahun berikutnya yuran diketepikan untuk perbelanjaan RM1,000 ke atas.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM25 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Standard Chartered Balance Transfer PLUS
Standard Chartered Balance Transfer PLUS

Pelan pindahan baki serendah RM1,000 dengan kadar faedah tetap dan tempoh bayaran sehingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian dan tiada caj penamatan awal.

Maklumat Lanjut
Standard Chartered FlexiPay Plus (FOP Plus)
Standard Chartered FlexiPay Plus (FOP Plus)

Tukar sebarang pembelian (RM500 dan ke atas) anda kepada pelan FlexiPay Plus dari Standard Chartered dan nikmat tempoh bayaran sehingga 12 bulan dengan kadar faedah tetap.

Maklumat Lanjut
Standard Chartered Cash On Call Plus
Standard Chartered Cash On Call Plus

Pinjaman dari serendah RM1,000 hingga 100% had kredit (credit limit) kad kredit Standard Chartered anda. Kadar faedah tetap dengan tempoh pinjaman sehingga 60 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Standard Chartered Smart Credit Card

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Standard Chartered Smart Credit Card

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Standard Chartered Bank Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Standard Chartered Bank Malaysia Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Standard Chartered Smart Credit Card untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Standard Chartered Smart Credit Card

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Standard Chartered Smart Credit Card?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

6 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Standard Chartered Bank Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Standard Chartered Bank Malaysia Berhad

Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad, salah satu bank terawal di Malaysia sejak 1875, adalah sebahagian daripada kumpulan perbankan antarabangsa di 70 negara. Sebagai peneraju dalam memperkenalkan perbankan Islam di Malaysia (pada 1993, dan menerusi Standard Chartered Saadiq), bank ini menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional dan patuh Syariah yang komprehensif untuk memenuhi keperluan individu, perniagaan, dan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

ICBC Visa Gold

Kad kredit ICBC Visa Gold menawarkan ganjaran dalam bentuk reward points tanpa had dan tanpa…

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum

Kad kredit Singapore Airlines KrisFlyer American Express Platinum dicipta untuk kaki travel yang inginkan pengalaman…

Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

Kad kredit Public Bank World MasterCard 

Kad kredit Public Bank World MasterCard menawarkan sehingga 3x ganjaran Air Miles bersama perlindungan insurans perjalanan…