Akan dibuka dalam tab baharu

Standard Chartered Simply Cash Credit Card

Standard Chartered Simply Cash Credit Card 
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM250
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Petrol, Pulangan Tunai

Kad kredit Standard Chartered Simply Cash diperkenalkan oleh untuk menggantikan kad kredit Standard Chartered JustOne Platinum MasterCard bermula 1 Disember 2022. Standard Chartered Simply Cash Credit Card melakukan beberapa perubahan terhadap ciri pulangan tunai yang ditawarkan oleh kad JustOne Platinum MasterCard sebelum ini.

Jika sebelum ini pemegang kad kredit JustOne Platinum MasterCard akan menerima rebat tunai untuk perbelanjaan dalam kategori petrol, transaksi dalam talian, dan barangan runcit, Simply Cash Credit Card pula menawarkan rebat tunai untuk kategori petrol, e-Dompet, runcit, dan makan.

Jumlah ganjaran rebat tunai yang ditawarkan pula adalah antara 0.5% hingga 15%, bergantung kepada nilai yang anda belanjakan dengan kad kredit Standard Chartered ini.

Selain daripada kelebihan pulangan tunai, kad ini juga didatangkan dengan Good Life Privileges yang menawarkan diskaun dan tawaran istimewa daripada lebih 4,000 pedagang di Malaysia dan seluruh Asia.

Anda juga akan dilindungi sehingga USD200 sekiranya berlaku penipuan atau kerosakan barangan yang dipesan secara atas talian menerusi pembelian e-Dagang (e-Commerce). Sekiranya anda pengguna telefon pintar berjenama Samsung, anda boleh memasukkan kad Simply Cash anda ke dalam aplikasi Mobil Wallet Samsung Pay untuk memudahkan anda buat bayaran.

Pihak Standard Chartered juga menawarkan pelan pemindahan baki dalam bentuk Standard Chartered Balance Transfer Plus. Buat pindahan baki serendah RM1,000 dan bayaran balik sehingga 36 bulan dengan caj kadar faedah tetap yang berpatutan.

Bagi kaki shopping pula, pilih antara dua pelan bayaran ansuran mudah (easy payment plan) iaitu Standard Chartered FlexiPay Plus atau Standard Chartered 0% Easy-Payment-Scheme. Jumlah transaksi minimum bermula daripada RM500 dengan tempoh bayaran bulanan selama 12 bulan.

Kad kredit Standard Chartered Simply Cash juga memudahkan anda mendapatkan tunai segera dengan pelan pinjaman tunai kad kredit Standard Chartered Cash-On-Call Plus. Anda boleh buat pinjaman tunai daripada RM1,000 hingga 100% daripada had kredit (credit limit) kad.

Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri lengkap kad kredit Standard Chartered ini, termasuk syarat kelayakan mohon, caj yang dikenakan, dan bagaimana untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Standard Chartered Simply Cash Credit Card

Pulangan tunai (cashbacks)

Nikmati ganjaran pulangan tunai 0.5% untuk perbelanjaan di bawah RM2,500 dan rebat tunai 15% untuk perbelanjaan RM2,500 dan ke atas dengan kad Standard Chartered Simply Cash Credit Card. Kategori yang dibenarkan ialah perbelanjaan runcit, petrol, e-Dompet, dan makan.

Pedagang e-Dompet yang mengambil bahagian ialah Boost, Lazada Wallet, ShopeePay, dan Touch’n Go e-Wallet.

JENIS REBAT TUNAI KADAR REBAT TUNAI HAD BULANAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan runcit, e-Dompet, petrol, dan makan 0.5% RM12.5 RM2,500 ke bawah
Perbelanjaan runcit, e-Dompet, petrol, dan makan 15% RM60 RM2,500 dan ke atas

Ganjaran petrol

Anda akan menerima rebat tunai sebanyak 0.5% untuk isian minyak petrol di bawah RM2,500 setiap bulan, dan rebat tunai 15% untuk isian petrol RM2,500 ke atas. Pulangan rebat tunai dihadkan kepada RM15 dan RM60 setiap bulan.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM250
Tahun pertama adalah percuma
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM25 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Standard Chartered Balance Transfer PLUS
Standard Chartered Balance Transfer PLUS

Pelan pindahan baki serendah RM1,000 dengan kadar faedah tetap dan tempoh bayaran sehingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian dan tiada caj penamatan awal.

Maklumat Lanjut
Standard Chartered FlexiPay Plus (FOP Plus)
Standard Chartered FlexiPay Plus (FOP Plus)

Tukar sebarang pembelian (RM500 dan ke atas) anda kepada pelan FlexiPay Plus dari Standard Chartered dan nikmat tempoh bayaran sehingga 12 bulan dengan kadar faedah tetap.

Maklumat Lanjut
Standard Chartered Cash On Call Plus
Standard Chartered Cash On Call Plus

Pinjaman dari serendah RM1,000 hingga 100% had kredit (credit limit) kad kredit Standard Chartered anda. Kadar faedah tetap dengan tempoh pinjaman sehingga 60 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Standard Chartered Simply Cash Credit Card

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Standard Chartered Simply Cash Credit Card

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Standard Chartered Bank Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Standard Chartered Bank Malaysia Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Standard Chartered Simply Cash Credit Card untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Standard Chartered Simply Cash Credit Card

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Standard Chartered Simply Cash Credit Card?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Standard Chartered Bank Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Standard Chartered Bank Malaysia Berhad

Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad, salah satu bank terawal di Malaysia sejak 1875, adalah sebahagian daripada kumpulan perbankan antarabangsa di 70 negara. Sebagai peneraju dalam memperkenalkan perbankan Islam di Malaysia (pada 1993, dan menerusi Standard Chartered Saadiq), bank ini menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional dan patuh Syariah yang komprehensif untuk memenuhi keperluan individu, perniagaan, dan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite menawarkan mata ganjaran AirMiles, akses tanpa had…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…