Akan dibuka dalam tab baharu

Standard Chartered Journey Credit Card

Kad kredit Standard Chartered Journey
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM600
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM7500
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Air Miles, Ganjaran Perjalanan, Mata Ganjaran, Premium

Anda selalu melancong dan inginkan keistimewaan dengan setiap perjalanan? Kad kredit Standard Chartered Journey dicipta khas untuk anda. Kad yang baru dilancarkan pada Jun 2023 ini dahulunya dikenali sebagai Standard Chartered WordMiles MasterCard. Kad ini menawarkan pelbagai kelebihan khusus buat mereka yang sering mengembara, keistimewaan mata ganjaran, dan pelan kredit yang lengkap untuk memudahkan urusan kewangan anda.

Mata Ganjaran Miles Point

Kad kredit Standard Chartered Journey menawarkan pulangan mata ganjaran dalam bentuk Miles Point. Anda berpeluang mengumpul mata ganjaran dengan setiap pembelian melalui kad ini.

1x mata ganjaran diberikan bagi setiap RM1 yang dibelanjakan untuk transaksi menjamu selera, urusan perjalanan seperti hotel, penerbangan, agensi pelancongan, dan sebarang transaksi di luar negara.

Untuk transaksi dalam negara kecuali urusan berkaitan kerajaan, pengeluaran tunai, bayaran utiliti, e-Dompet, anda akan menerima 1x mata Miles bagi setiap RM5.

Mata Standard Chartered Miles yang terkumpul boleh ditukar kepada Air Miles daripada program penerbangan kerap (frequent flyer programs) daripada syarikat penerbangan. Anda boleh menukar 2 mata Miles untuk 1 mata Air Miles. Walau bagaimanapun, anda perlu mengumpul sekurang-kurangnya 1,000 Miles Point untuk menggunakan kemudahan ini.

Keistimewaan Perjalanan Tanpa Batas

Sebagai kad kredit perjalanan, kad Standard Chartered Journey didatangkan dengan pelbagai keistimewaan berkaitan urusan perjalanan.

Anda akan menikmati akses tanpa had ke Plaza Premium Lounge di KLIA dan KLIA2 untuk penerbangan antarabangsa. Tidak banyak kad kredit yang menawarkan keistimewaan ini. Jika ada pun, terdapat had yang dikenakan.

Sebagai pemegang kad utama, anda boleh mendapatkan pulangan tunai (cashback) sehingga RM65 untuk perjalanan Grab di setiap lapangan terbang dalam negara, pergi atau balik. Untuk mendapatkan pulangan ini, anda perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM2,500 untuk urusan berkaitan pelancongan seperti hotel, penerbangan, atau agensi pelancongan.

Anda juga akan menerima perlindungan kesihatan sehingga USD100,000, termasuk perlindungan untuk Covid-19. Perlindungan ini meliputi kos perubatan seperti kos rawatan, kos ujian, dan sebagainya.

Perlindungan Transaksi e-Dagang

Kad kredit Standard Chartered Journey juga menawarkan perkhidmatan pembelian e-Dagang. Anda akan dilindungi sehingga USD200 bagi setiap transaksi. Jadi, jika terdapat masalah dengan pembelian dalam talian anda seperti barang tidak sampai, barang rosak, atau anda ditipu, anda boleh mendapatkan ganti rugi melalui ciri ini.

Apple Pay / Samsung Pay

Anda juga boleh mendaftarkan kad Standard Chartered Journey untuk Apple Pay atau Samsung Pay ke dalam telefon pintar anda. Ciri ini memudahkan anda buat transaksi pembayaran dengan lebih lancar. Anda tidak perlu lagi mengeluarkan kad untuk buat bayaran, menjadikan transaksi anda lebih selamat.

Pelan Kredit Lengkap

Kad ini menawarkan pelan kredit yang lengkap untuk memudahkan pengurusan kewangan.

Anda boleh memindahkan baki daripada kad kredit lain ke kad Standard Chartered dengan pelan Standard Chartered Balance Transfer PLUS. Pelan ini menawarkan kadar faedah yang berpatutan dengan tempoh bayaran balik sehingga 36 bulan.

Pelan bayaran ansuran mudah Standard Chartered FlexiPay PLUS pula membenarkan anda menukar pembelian tunai kepada bayaran ansuran dengan tempoh bayaran semula sehingga 60 bulan. Anda boleh buat transaksi serendah RM500 untuk menggunakan pelan ini. Tiada lagi alasan untuk mendapatkan barangan idaman anda dengan pelan ini.

Jika anda nak guna tunai dengan kadar segera, pelan Cash-On-Call PLUS (COC) pula boleh membantu. Mohon wang tunai dengan aplikasi Standard Chartered di telefon pintar atau guna laman perbankan internet SC untuk kelulusan segera. Yang menariknya, anda boleh mohon sehingga 100% daripada had kredit untuk pelan ini.

Selain itu, kad ini juga didatangkan dengan pelan Standard Chartered Flexi-On-Balance PLUS. Pelan ini unik di mana anda boleh menukar baki kad kredit anda kepada bayaran ansuran sehingga 60 bulan. Anda boleh guna pelan ini jika baki kad anda melebihi RM500.

Yuran Tahunan Fleksibel

Kad kredit Standard Chartered Journey mengenakan caj yuran tahunan sebanyak RM600 untuk kad utama dan tiada yuran tahunan untuk kad tambahan. Walau bagaimanapun, untuk tahun pertama, yuran dikecualikan. Mulai dari tahun kedua dan seterusnya, anda boleh terus menikmati pengecualian yuran tahunan dengan berbelanja sekurang-kurangnya RM60,000 setahun.

Siapa Boleh Mohon

Pihak Standard Chartered menawarkan kad ini kepada sesiapa sahaja tanpa mengira status kerakyatan. Warganegara Malaysia, ekspatriat, atau warga asing boleh mohon kad kredit Standard Chartered Journey asalkan anda berumur antara 21 hingga 65 tahun dan berpendapatan tidak kurang daripada RM90,000 setahun.

Dengan kelebihan seperti pulangan mata ganjaran Miles, keistimewaan perjalanan tanpa had, perlindungan kesihatan, pemindahan baki yang menarik, dan banyak lagi, kad ini memberikan anda pengalaman kewangan yang luar biasa. Teruskan membaca maklumat di bawah untuk maklumat lanjut dan mohon sekarang.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Standard Chartered Journey Credit Card

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan 1 mata ganjaran Miles dengan setiap RM1 untuk transaksi menjamu selera, perjalanan, dan perbelanjaan di luar negara, atau dengan setiap RM5 untuk transaksi di dalam negara. Tebus mata Miles kepada Air Miles daripada syarikat penerbangan yang mengambil bahagian.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
1 RM1 Transaksi menjamu selera, urusan perjalanan (hotel, penerbangan, agensi pelancongan), transaksi luar negara
1 RM5 Transaksi dalam negara

Semua transaksi sah untuk mendapat mata Miles kecuali transaksi berkaitan urusan kerajaan, pengeluaran tunai, utiliti, dan transaksi e-Dompet.

ganjaran perjalanan

Nikmati perjalanan tanpa batas dengan kelebihan perjalanan yang ditawarkan oleh kad kredit Standard Chartered Journey.

  • Akses percuma tanpa had ke Plaza Premium Lounge di KLIA dan KLIA2 dengan pas penerbangan antarabangsa.
  • Cashback sehingga RM65 bagi setiap Grab Rides untuk perjalanan pergi dan balik dari mana-mana lapangan terbang dalam negara. Sah sekiranya anda berbelanja tidak kurang daripada RM2,500 untuk urusan perjalanan dan hanya sah untuk tempahan pertama setiap bulan.
  • Perlindungan kesihatan daripada MasterCard sehingga USD100,000 untuk perjalanan anda, termasuk kecelakaan berkaitan Covid-19. Anda boleh berdaftar untuk pelan ini di laman MasterCard. Daftar untuk pelan perlindungan kesihatan MasterCard.

Ciri premium

Dapatkan juga ciri-ciri premium yang ditawarkan oleh kad kredit Standard Chartered ini.

  • Perlindungan pembelian dalam talian (e-Dagang) sehingga USD200.
  • Kemudahan pembayaran Apple Pay dan Samsung Pay.
  • Tawaran dan diskaun hebat daripada 4,000 pedagang yang mengambil bahagian di Asia melalui program Standard Chartered Good Life privileges. Lihat senarai tawaran.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM7500 sebulan atau RM90000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM600
Tahun pertama yuran dikecualikan. Tahun kedua dan berikutnya yuran dibatalkan untuk perbelanjaan tidak kurang daripada RM60000 pada tahun tersebut.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM25 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Standard Chartered Balance Transfer PLUS
Standard Chartered Balance Transfer PLUS

Pelan pindahan baki serendah RM1,000 dengan kadar faedah tetap dan tempoh bayaran sehingga 36 bulan. Tiada caj pengendalian dan tiada caj penamatan awal.

Maklumat Lanjut
Standard Chartered FlexiPay Plus (FOP Plus)
Standard Chartered FlexiPay Plus (FOP Plus)

Tukar sebarang pembelian (RM500 dan ke atas) anda kepada pelan FlexiPay Plus dari Standard Chartered dan nikmat tempoh bayaran sehingga 12 bulan dengan kadar faedah tetap.

Maklumat Lanjut
Standard Chartered Cash On Call Plus
Standard Chartered Cash On Call Plus

Pinjaman dari serendah RM1,000 hingga 100% had kredit (credit limit) kad kredit Standard Chartered anda. Kadar faedah tetap dengan tempoh pinjaman sehingga 60 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Standard Chartered Journey Credit Card

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Standard Chartered Journey Credit Card

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Standard Chartered Bank Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Standard Chartered Bank Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Standard Chartered Bank Malaysia Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Standard Chartered Journey Credit Card untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Standard Chartered Bank Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Standard Chartered Journey Credit Card

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Standard Chartered Journey Credit Card?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Standard Chartered Bank Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Standard Chartered Bank Malaysia Berhad

Standard Chartered Bank Malaysia Berhad
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad, salah satu bank terawal di Malaysia sejak 1875, adalah sebahagian daripada kumpulan perbankan antarabangsa di 70 negara. Sebagai peneraju dalam memperkenalkan perbankan Islam di Malaysia (pada 1993, dan menerusi Standard Chartered Saadiq), bank ini menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional dan patuh Syariah yang komprehensif untuk memenuhi keperluan individu, perniagaan, dan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…