Akan dibuka dalam tab baharu

AmBank Cash Rebate Visa Platinum

AmBank Cash Rebate Visa Platinum
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Pulangan Tunai, Tanpa Yuran Tahunan

AmBank Cash Rebate Visa Platinum adalah sebuah kad kredit mampu milik yang ditawarkan oleh AmBank. Seperti namanya, kad kredit AmBank ini menawarkan ciri pulangan tunai (cashbacks) dan juga ganjaran perjalanan, sesuai bagi mereka yang selalu melancong sama ada untuk urusan peribadi mahupun perniagaan.

Ciri pulangan tunai yang didatangkan bersama kad kredit AmBank Cash Rebate Visa Platinum adalah sangat menarik. Kad ini menawarkan sehingga 8% pulangan tunai untuk perbelanjaan barangan harian, farmasi, dan transaksi dalam talian. Perbelanjaan lain pula seperti belanja runcit akan dihadiahkan dengan 0.1% rebat tunai. Walau bagaimanapun, anda tidak akan mendapat sebarang pulangan untuk isian petrol, transaksi melibatkan badan kerajaan, dan sedekah.

Untuk ganjaran perjalanan pula, kad kredit AmBank memberikan perlindungan insurans perjalanan sehingga RM500,000 setiap tahun. Anda hanya perlu menempah tiket penerbangan dengan kad AmBank Cash Rebate Visa Platinum anda dan layak secara automatik untuk menerima perlindungan ini.

Selain ciri pulangan tunai dan ganjaran perjalanan, kad kredit AmBank ini menawarkan dua pilihan pelan bayaran ansuran mudah untuk memudahkan perbelanjaan. Anda boleh pilih antara pelan AmBank AmFlexi-Pay atau pelan AmBank Easy Payment Plan. Pelan AmFlexi-Pay menawarkan kadar faedah berpatutan manakala pelan Easy Payment Plan pula tidak mengenakan sebarang caj kadar faedah. Anda boleh pilih untuk buat bayaran balik sehingga 36 bulan dengan pelan ansuran mudah AmBank ini.

Satu lagi ciri istimewa kad kredit AmBank Cash Rebate Visa Platinum ialah kad ini percuma seumur hidup. Dalam erti kata lain, anda tidak perlu membayar sebarang yuran tahunan, untuk kad utama ataupun kad tambahan.

Kad kredit AmBank ini boleh dimohon oleh sesiapa sahaja, tidak terhad kepada warganegara Malaysia. Pemohon cuma perlu berumur 21 tahun ke atas untuk permohonan kad utama, dan 18 tahun ke atas untuk layak mendapatkan kad tambahan. Syarat pendapatan bulanan pula ialah gaji kasar tahunan tidak kurang daripada RM24,000.

Kad kredit AmBank Cash Rebate Visa Platinum adalah pilihan yang bijak jika anda sering menggunakan kad kredit untuk belanja harian dan ingin sebuah kad yang mampu milik dan tidak membebankan. Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri lengkap kad ini dan bagaimana untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit AmBank Cash Rebate Visa Platinum

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan rebat tunai sebanyak 8% untuk perbelanjaan hairan, transaksi di farmasi, dan transaksi dalam talian bermula dari perbelanjaan melebihi RM1,500. Untuk perbelanjaan di bawah RM1,500 pula, anda akan menerima 1% rebat tunai untuk kategori yang sama. Perbelanjaan runcit kecuali transaksi badan kerajaan, petrol, dan amal jariah pulan akan  menerima 0.1% rebat tunai.

JENIS REBAT TUNAI KADAR REBAT TUNAI HAD BULANAN PERBELANJAAN
Belanja harian, farmasi, transaksi atas talian 8% RM15 RM1,500 ke atas
Belanja harian, farmasi, transaksi atas talian 1% RM5 RM500 hingga RM1,499
Runcit (kecuali petrol, transaksi badan kerajaan, sedekah) 0.1% Tiada had RM1 hingga RM499

ganjaran perjalanan

Tempah tiket kapal terbang dengan kad kredit AmBank Cash Rebate Visa Platinum dan anda akan dilindungi oleh insurans perjalanan sehingga RM500,000. Perlindungan ini adalah sepanjang tahun dengan syarat anda guna kad anda untuk pembelian tiket.

JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Insurans perjalanan Sehingga RM500,000
Terlepas penerbangan Sehingga RM600
Kelewatan penerbangan Sehingga RM600
Kehilangan bagasi Sehingga RM1,300
Kelewatan bagasi Sehingga RM600

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM50 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

AmBank AmFlexi-Pay
AmBank AmFlexi-Pay

Pelan Easy Payment yang fleksibel dengan caj kadar faedah serendah 3% p.a. Pembelian minimum hanya RM500 dengan tempoh bayaran semula sehingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
AmBank Easy Payment Plan
AmBank Easy Payment Plan

Guna kad kredit AmBank anda untuk sertai pelan bayaran ansuran AmBank EPP. Pembelian serendah RM200 dengan tempoh bayaran ansuran maksimum sehingga 24 bulan. Tiada caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon AmBank Cash Rebate Visa Platinum

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit AmBank Cash Rebate Visa Platinum

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, AmBank (M) Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh AmBank (M) Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan AmBank (M) Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit AmBank Cash Rebate Visa Platinum untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. AmBank (M) Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit AmBank Cash Rebate Visa Platinum

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung AmBank Cash Rebate Visa Platinum?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi AmBank (M) Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang AmBank (M) Berhad

Ambank (M) Berhad
AmBank (M) Berhad, sebahagian daripada AmBank Group, adalah kumpulan perbankan keenam terbesar di Malaysia dengan pengalaman 42 tahun. Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik melalui 175 cawangan, AmBank menyediakan penyelesaian kewangan yang komprehensif untuk individu dan korporat – termasuk akaun, kad, pelbagai pembiayaan, insurans, pelaburan, dan perbankan atas talian AmOnline dengan pembantu…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad kredit CIMB Travel Platinum

Kad Kredit CIMB Travel Platinum menawarkan ganjaran perjalanan yang lumayan, akses ke Premium Plaza lounge,…

Petronas Maybank Visa Gold

Peminat tegar jenama Petronas? Kad kredit Petronas Maybank Visa Gold adalah untuk anda. Dapatkan ganjaran…

Alliance Bank Visa Platinum

Alliance Bank Visa Platinum menawarkan mata ganjaran dalam bentuk Timeless Bonus Points (TBP) tanpa had…

Citi Business Signature Card 

Kad kredit Citi Business Signature Card sesuai untuk perniagaan yang ingin mengawal perbelanjaan pekerja mereka dan dalam…