Akan dibuka dalam tab baharu

AmBank Islamic Visa Platinum CARz Card-i

AmBank Islamic Visa Platinum CARz Card-i
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Petrol, Islamik, Mata Ganjaran

AmBank Islamic Visa Platinum CARz Card-i adalah kad kredit AmBank yang dilancarkan khusus untuk pengguna yang inginkan pulangan dengan setiap kali mengisi minyak petrol. Anda akan menerima pulangan dalam bentuk rebat tunai (cashback) dan mata ganjaran (reward point) setiap kali anda berbelanja.

Apa yang membuatkan kad kredit AmBank Islamic CARz ini berbeza daripada kad kredit petrol lain ialah rebat tunai yang diberikan tidak terhad kepada stesen minyak khusus, tetapi sah untuk sebarang stesen minyak. Ini bermaksud tidak kisah anda isi minyak di Petronas, Shell, Petron, BHPetrol atau sebarang stesen minyak petrol – anda akan menerima cash back dan reward point.

Ganjaran rebat tunai diberikan sehingga 5% untuk sebarang nilai isian petrol, dan dihadkan kepada RM80 setiap bulan. Anda juga akan menerima 1x mata ganjaran dengan setiap RM1 yang anda belanjakan. Mata ini adalah dalam bentuk AmBonus Point dan tiada had maksimum dan tidak tamat tempoh. Jika anda berbelanja di luar negara dengan kad AmBank Islamic Visa Platinum CARz Card-i, anda akan menerima 2x mata AmBonus.

Ciri lain yang didatangkan dengan kad ini ialah Excess Limit Service. Servis ini membenarkan anda menggunakan kad ini lebih daripada had kredit (credit limit) yang ditetapkan. Anda Cuma perlu menghubungi pihak AmBank untuk menggunakan servis ini.

Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan AutoBillPay. Anda tidak perlu lagi risau terlupa membayar bil bulanan kerana perkhidmatan bayaran bil AmBank ini akan mendebit akaun kad anda secara automatik. Anda boleh guna AmBank AutoBillPay untuk bil utiliti dan insurans.

Kad AmBank Islamic Visa Platinum CARz Card-i juga menawarkan pelan bayaran ansuran mudah dan pelan ansuran tunai bersama kad ini. Pelan AmBank Easy Payment Plan dan AmBank AmFlexi-Pay memudahkan anda mendapatkan barangan idaman dengan bayaran ansuran yang tidak membebankan. Anda hanya perlu buat belian serendah RM200 untuk layak menggunakan pelan ini.

Pelan AmBank QuickCash pula sangat sesuai sekiranya anda ingin tunai segera di saat kecemasan. Dengan pelan pinjaman tunai kad kredit ini, anda boleh buat pinjaman serendah RM1,000 dengan bayaran ansuran sehingga 36 bulan. Caj kadar faedah yang dikenakan adalah berpatutan dan tidak membebankan.

Untuk mohon kad ini, anda perlu berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM24,000. Permohonan juga dibuka kepada semua kerakyatan, bukan hanya warganegara Malaysia.

Berminat untuk mohon kad kredit AmBank Islamic CARz? Baca maklumat di bawah untuk ciri lengkap, syarat kelayakan dan bagaimana untuk mohon secara atas talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit AmBank Islamic Visa Platinum CARz Card-i

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan rebat tunai untuk setiap isian petrol, di sebarang stesen minyak. Ganjaran rebat tunai diberikan dengan dua tahap, iaitu 5% jika anda buat bayaran minimum bil kad kredit setiap bulan, dan 2% untuk bayaran bil penuh. Tiada perbelanjaan minimum untuk melayakkan anda menerima ganjaran ini.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Petrol (bayaran bulanan minimum/separa) 5% RM80 Sebarang amaun
Petrol (bayaran bulanan penuh) 2% RM20 Sebarang amaun

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan mata ganjaran dalam bentuk AmBonus Point dengan setiap perbelanjaan anda. RM1 akan menerima 1x mata. Perbelanjaan di luar negara pula akan menerima 2x mata AmBonus.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
1 RM1 Perbelanjaan dalam negara
2 RM1 Perbelanjaan luar negara

Ganjaran petrol

Ganjaran rebat tunai (cashback) sehingga 5% setiap kali anda mengisi minyak di mana-mana stesen minyak.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma
3 kad tambahan pertama adalah percuma. Kad seterusnya dikenakan yuran tahunan RM188.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM50 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

AmBank AmFlexi-Pay
AmBank AmFlexi-Pay

Pelan Easy Payment yang fleksibel dengan caj kadar faedah serendah 3% p.a. Pembelian minimum hanya RM500 dengan tempoh bayaran semula sehingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
AmBank Easy Payment Plan
AmBank Easy Payment Plan

Guna kad kredit AmBank anda untuk sertai pelan bayaran ansuran AmBank EPP. Pembelian serendah RM200 dengan tempoh bayaran ansuran maksimum sehingga 24 bulan. Tiada caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
AmBank QuickCash
AmBank QuickCash

Ansuran tunai dari serendah RM1,000 hingga had kredit maksimum kad kredit AmBank anda dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan. Caj kadar faedah tetap (fixed interest) untuk memudahkan anda mengurus kewangan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon AmBank Islamic Visa Platinum CARz Card-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit AmBank Islamic Visa Platinum CARz Card-i

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, AmBank (M) Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh AmBank (M) Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan AmBank (M) Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit AmBank Islamic Visa Platinum CARz Card-i untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. AmBank (M) Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit AmBank Islamic Visa Platinum CARz Card-i

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung AmBank Islamic Visa Platinum CARz Card-i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

12 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi AmBank (M) Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang AmBank (M) Berhad

Ambank (M) Berhad
AmBank (M) Berhad, sebahagian daripada AmBank Group, adalah kumpulan perbankan keenam terbesar di Malaysia dengan pengalaman 42 tahun. Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik melalui 175 cawangan, AmBank menyediakan penyelesaian kewangan yang komprehensif untuk individu dan korporat – termasuk akaun, kad, pelbagai pembiayaan, insurans, pelaburan, dan perbankan atas talian AmOnline dengan pembantu…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank Shopee Visa Platinum

Kad kredit Maybank ini menawarkan keistimewaan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Shopee Coin dan…

Citi Simplicity

Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…

Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards menawarkan sehingga 3x mata ganjaran, pelan kredit lengkap, dan…