Akan dibuka dalam tab baharu

AmBank BonusLink Visa Gold

Kad Kredit AmBank BonusLink Visa Gold
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM225
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Mata Ganjaran

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Gold adalah kad kredit yang ditawarkan oleh AmBank Berhad. Seperti namanya, kad ini adalah kad kredit unik yang menawarkan mata ganjaran dalam bentuk BonusLink.

Anda akan mendapat 30 mata BonusLink (BonusLink Points – BLP) dengan setiap perbelanjaan RM10 menggunakan kad kredit ini di pedagang-pedagang yang mengambil bahagian, seperti isian minyak di stesen minyak Shell, pasar raya Parkson, transaksi atas talian (online) dan banyak lagi.

Bagaimana pula jika anda menggunakan kad kredit AmBank BonusLink Visa Gold anda di pedagang-pedagang yang tidak mengambil bahagian? Tak perlu risau kerana AmBank akan memberikan anda 3 mata BonusLink dengan setiap perbelanjaan RM10.

AmBank juga akan memberikan mata BLP sekiranya anda menggunakan program AmBank Auto BillPay untuk urusan pembayaran bil-bil anda.

Selain mata BLP, kad kredit ini juga menawarkan faedah perlindungan insurans perjalanan. Anda akan mendapat perlindungan insurans untuk insurans perjalanan, penundaan penerbangan, terlepas penerbangan, kehilangan bagasi dan bagasi lewat.

Kad ini juga sesuai bagi mereka yang gemar membeli-belah. AmBank menawarkan dua pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan) untuk kad kredit ini. Pilih antara pelan AmBank AmFlexi-Pay atau pelan AmBank Easy Payment Plan.

Anda boleh guna pelan bayaran ansuran mudah untuk pembelian serendah RM200. Kedua-dua pelan ini membenarkan bayaran ansuran sehingga 24 bulan.

Baca lebih lanjut tentang ciri-ciri kad kredit AmBank BonusLink Visa Gold dan bagaimana anda boleh mohon kad kredit ini dengan mudah secara online.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit AmBank BonusLink Visa Gold

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan sehingga 3,000 mata BonusLink (BLPs) setiap bulan dengan kad kredit ini. Anda hanya perlu berbelanja serendah RM10 untuk mendapatkan dari 3 BLP hingga 30 BLP dengan setiap transaksi anda.

Jumlah Mata BonusLink (BLPs) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
30 RM10 Perbelanjaan di pedagang yang mengambil bahagian
3 RM10 Semua perbelanjaan dalam dan luar negara

ganjaran perjalanan

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Gold menawarkan perlindungan insurans perjalanan yang lengkap dengan perlindungan sehingga RM500,000.

Jenis Perlindungan Jumlah Perlindungan (RM)
Insurans Perjalanan Sehingga RM500,000
Penundaan Penerbangan Sehingga RM600
Terlepas Penerbangan Sehingga RM600
Kelewatan Bagasi Sehingga RM600
Kehilangan Bagasi Sehingga RM1,300

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM225
Percuma untuk 2 tahun pertama. Tahun berikutnya dibatalkan sekiranya anda swipe kad anda lebih daripada 12 kali setahun.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM125
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

AmBank AmFlexi-Pay
AmBank AmFlexi-Pay

Pelan Easy Payment yang fleksibel dengan caj kadar faedah serendah 3% p.a. Pembelian minimum hanya RM500 dengan tempoh bayaran semula sehingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
AmBank Easy Payment Plan
AmBank Easy Payment Plan

Guna kad kredit AmBank anda untuk sertai pelan bayaran ansuran AmBank EPP. Pembelian serendah RM200 dengan tempoh bayaran ansuran maksimum sehingga 24 bulan. Tiada caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon AmBank BonusLink Visa Gold

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit AmBank BonusLink Visa Gold

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, AmBank (M) Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh AmBank (M) Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan AmBank (M) Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit AmBank BonusLink Visa Gold untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. AmBank (M) Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit AmBank BonusLink Visa Gold

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung AmBank BonusLink Visa Gold?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

2 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi AmBank (M) Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang AmBank (M) Berhad

Ambank (M) Berhad
AmBank (M) Berhad, sebahagian daripada AmBank Group, adalah kumpulan perbankan keenam terbesar di Malaysia dengan pengalaman 42 tahun. Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik melalui 175 cawangan, AmBank menyediakan penyelesaian kewangan yang komprehensif untuk individu dan korporat – termasuk akaun, kad, pelbagai pembiayaan, insurans, pelaburan, dan perbankan atas talian AmOnline dengan pembantu…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

AmBank BonusLink Visa Signature

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad 2-dalam-1, kad kredit dan juga kad BonusLink.…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite

Kad kredit Standard Chartered Priority Banking Visa Infinite menawarkan mata ganjaran AirMiles, akses tanpa had…

Citi Simplicity Mastercard

Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…