Akan dibuka dalam tab baharu

AmBank BonusLink Visa Platinum

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Platinum
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM450
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM4000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Ganjaran Petrol, Mata Ganjaran, Premium

Anda kaki shopping dan nak cari kad kredit yang menawarkan mata BonusLink? Kad kredit AmBank BonusLink Visa Platinum mungkin kad terbaik untuk anda. Kad ini menawarkan pulangan mata BonusLink sehingga 10 kali ganda berbanding kaedah biasa, dan juga keistimewaan dan kelebihan eksklusif.

Mata BonusLink Berganda

Anda bukan akan terima satu atau dua mata BonusLink, tetapi sehingga 30x mata dengan setiap transaksi RM20 di setiap stesen minyak Shell, pasaraya Parkson, barangan runcit, transaksi dalam talian, dan transaksi hiburan. Untuk perbelanjaan runcit di luar negara pula anda akan menerima 6x mata BonusLink, dan 3x mata untuk perbelanjaan runcit di dalam negara.

Bukan itu sahaja, jika anda berbelanja di rakan niaga BonusLink dengan kad kredit AmBank BonusLink Visa Platinum, anda akan menerima dua kali  ganda mata BonusLink. Satu daripada rakan niaga tersebut dan satu lagi daripada Ambank.

Anda boleh kumpul sehingga 3000 mata BonusLink setiap bulan dengan kad ini. Satu jumlah yang tinggi dan menguntungkan.

Program Cash Credit Redemption

Bukan itu sahaja, AmBank juga membenarkan anda menukar mata BonusLink yang terkumpul dengan tunai. Tukar 5700 mata BonusLink kepada RM50 tunai yang akan dikreditkan ke akaun kad anda. Tiada had dikenakan dan anda boleh tukar mata kepada tunai tanpa had.

Perkhidmatan AutoBillPay

Perkhidmatan AmBank AutoBillPay pula memudahkan anda buat bayaran bil setiap bulan. Anda boleh guna perkhidmatan ini untuk bil TNB, Astro, dan insurans Zurich, Allianz, dan MCIS. Hanya daftar melalui SMS dan tidak perlu lagi risau terlupa bayar bil setiap bulan.

Walaubagaimanapun, perkhidmatan ini hanya ditawarkan kepada pengguna telco DiGi, Maxis, Celcom, U Mobile, TuneTalk, dan XOX.

Perlindungan Insurans Perjalanan & Tawaran Hotel

Tempah tiket penerbangan anda dengan kad kredit AmBank BonusLink Visa Platinum dan nikmati ketenangan minda dengan perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1 juta. Perlindungan ini juga meliputi kelewatan dan terlepas penerbangan, dan juga kehilangan dan kelewatan bagasi.

Tidak lupa tawaran eksklusif dari rangkaian hotel Hilton termasuk diskaun sehingga 50% untuk menjamu selera dan kek hari jadi percuma. Anda juga akan menerima diskaun sehingga 20% untuk pembatalan tempahan hotel. Tawaran ini sah sekiranya anda melakukan transaksi tidak kurang daripada RM30,000 pada tahun tersebut.

Dua Pelan Bayaran Ansuran Mudah

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Platinum juga menawarkan bukan satu, tetapi dua pelan bayaran ansuran mudah untuk memudahkan anda mengurus kewangan.

Pelan AmBank AmFlexi-Pay membenarkan bayaran ansuran sehingga 24 bulan dengan kadar faedah serendah 3%. Pelan Ambank Easy Payment Plan didatangkan dengan zero interest dan membenarkan bayaran balik bulanan sehingga 36 bulan.

Pilih salah satu atau guna kedua-duanya untuk mendapatkan barangan idaman anda tanpa perlu risau tentang caj tersembunyi.

Tak Perlu Risau Tentang Had Kredit

Had kredit sangat membantu pengurusan kewangan, tetapi apabila terlibat dengan situasi seperti kecemasan kewangan, kita memerlukan had kredit tambahan. Perkhidmatan Excess Limit AmBank dicipta khas untuk membantu.

AmBank Excess Limit Service membenarkan anda melampaui credit limit kad AmBank BonusLink Visa Platinum anda dengan caj yang berpatutan. Walau bagaimanapun, tambahan had kredit melalui perkhidmatan ini adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak AmBank setelah menilai kelayakan anda.

Tiada Yuran Tahunan Dua Tahun Pertama

Anda tidak perlu risau tentang yuran tahunan untuk dua tahun pertama selepas anda mengaktifkan kad AmBank BonusLink Visa Platinum. Tahun berikutnya pula yuran tahunan ialah RM450 untuk kad utama dan RM250 untuk kad tambahan.

Namun begitu, yuran akan dikecualikan sekiranya anda menggunakan kad anda sekurang-kurangnya 12 kali pada tahun tersebut.

Semua Boleh Mohon

Kad kredit AmBank ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja tanpa mengira status kerakyatan dan jenis pekerjaan. Anda hanya perlu berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM48,000, atau gaji bulanan RM4,000 sebulan.

Kad kredit AmBank BonusLink Visa Platinum menawarkan pelbagai kelebihan dan keistimewaan, bukan sekadar pulangan mata BonusLink. Dengan tambahan perlindungan insurans perjalanan, tawaran eksklusif dari rangkaian hotel Hilton, dan pelan bayaran ansuran mudah yang fleksibel, kad ini merupakan pilihan yang gemar membeli-belah dan ingin pulangan penuh terhadap penggunaan kad kredit mereka. Baca lebih lanjut di bawah termasuk cara bagaimana untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit AmBank BonusLink Visa Platinum

Mata ganjaran (reward points)

Kumpul mata BonusLink berganda dengan kad ini. Dapatkan 30x mata BonusLink dengan setiap transaksi RM20 di stesen minyak Shell, pasaraya Parkson, barangan runcit, transaksi dalam talian, dan transaksi hiburan. 6x mata untuk perbelanjaan runcit di luar negara, 3x mata untuk perbelanjaan runcit dalam negara. Dapatkan juga dua kali ganda mata BonusLink untuk setiap perbelanjaan di rakan niaga Bonuslink. Jumlah BonusLink Points dihadkan kepada 3000 mata setiap bulan.

JUMLAH MATA BONUSLINK JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
30 RM20 Transaksi petrol Shell, Parkson, menjamu selera, runcit, transaksi atas talian, hiburan
6 RM20 Perbelanjaan runcit di luar negara
3 RM20 Perbelanjaan runcit dalam negara

ganjaran perjalanan

Nikmati ketenangan setiap kali anda melancong dengan perlindungan insurans perjalanan sehingga RM1 Juta. Hanya tempah tiket kapal terbang dengan kad kredit AmBank BonusLink Visa Platinum untuk layak menerima perlindungan ini.

JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Insurans Perjalanan Sehingga RM1,000,000
Penerbangan Tertunda Sehingga RM800
Terlepas Penerbangan Sehingga RM800
Kehilangan Bagasi Sehingga RM1,600
Kelewatan Bagasi Sehingga RM800

Ganjaran petrol

Isi minyak di sebarang stesen Shell seluruh Malaysia dan dapatkan pulangan 30 BonusLink Points untuk setiap RM20 yang anda belanjakan.

Ciri premium

Guna kelebihan premium yang didatangkan bersama kad ini.

  • Perkhidmatan AutoBillPay untuk memudahkan urusan pembayaran bil bulanan anda.
  • Program Cash Credit Redemption membenarkan anda tukar 5700 mata BonusLink kepada RM50 tanpa had.
  • Perkhidmatan Excess Limit memudahkan anda melakukan transaksi melebihi had kredit dengan caj yang berpatutan.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM4000 sebulan atau RM48000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM450
Tanpa yuran tahunan 2 tahun pertama. Tahun berikutnya yuran dikecualikan untuk penggunaan lebih daripada 12 kali
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM250
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

AmBank AmFlexi-Pay
AmBank AmFlexi-Pay

Pelan Easy Payment yang fleksibel dengan caj kadar faedah serendah 3% p.a. Pembelian minimum hanya RM500 dengan tempoh bayaran semula sehingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
AmBank Easy Payment Plan
AmBank Easy Payment Plan

Guna kad kredit AmBank anda untuk sertai pelan bayaran ansuran AmBank EPP. Pembelian serendah RM200 dengan tempoh bayaran ansuran maksimum sehingga 24 bulan. Tiada caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon AmBank BonusLink Visa Platinum

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit AmBank BonusLink Visa Platinum

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, AmBank (M) Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh AmBank (M) Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan AmBank (M) Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit AmBank BonusLink Visa Platinum untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. AmBank (M) Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit AmBank BonusLink Visa Platinum

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung AmBank BonusLink Visa Platinum?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi AmBank (M) Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang AmBank (M) Berhad

Ambank (M) Berhad
AmBank (M) Berhad, sebahagian daripada AmBank Group, adalah kumpulan perbankan keenam terbesar di Malaysia dengan pengalaman 42 tahun. Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik melalui 175 cawangan, AmBank menyediakan penyelesaian kewangan yang komprehensif untuk individu dan korporat – termasuk akaun, kad, pelbagai pembiayaan, insurans, pelaburan, dan perbankan atas talian AmOnline dengan pembantu…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…