Akan dibuka dalam tab baharu

AmBank BonusLink Visa Signature

AmBank BonusLink Visa Signature
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM550
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM6667
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Ganjaran Petrol, Mata Ganjaran, Premium

Ambank BonusLInk Visa Signature adalah sebuah kad kredit Ambank yang menawarkan ciri premium penuh dengan ganjaran dan keistimewaan. Kad ini bukan sahaja berfungsi sebagai kad kredit, tetapi juga memudahkan anda mengumpul mata BonusLink.

Pulangan mata ganjaran dalam bentuk BonusLInk Points yang didatangkan dengan kad ini adalah sangat menarik. Anda akan menerima 30x mata dengan setiap RM20 untuk transaksi runcit, transaksi dalam talian, perbelanjaan di stesen minyak Shell, Parkson, hiburan, dan menjamu selera. Untuk transaksi lain pula, 6x mata ganjaran diberikan dengan setiap RM20 untuk transaksi dalam negara, dan 3x mata dengan setiap RM20 untuk transaksi luar negara.

Yang menariknya, mata BonusLink ini bukan sahaja boleh anda tebus untuk hadiah, baucar, dan barangan, tetapi juga boleh ditukar kepada tunai melalui BonusLink Cash Credit Redemption Programme. Anda boleh tukar 5,700 mata BonusLink kepada RM50 dan jumlah ini akan dikreditkan ke akaun kad kredit anda.

Mereka yang selalu melancong sama ada untuk urusan perniagaan atau peribadi wajib dapatkan kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature. Kad ini menawarkan 5x akses percuma ke Plaza Premium Lounge di lapangan terbang 50 negara. Jika anda membawa tetamu, nikmati diskaun sehingga 25% di dalam negara, dan diskaun 20% di luar negara.

Anda juga tidak perlu lagi berbelanja untuk insurans perjalanan kerana anda akan dilindungi dengan insurans perjalanan sehingga RM2 juta setiap kali anda tempah tiket penerbangan dengan kad kredit AmBank BonusLink anda. Perlindungan ini merangkumi terlepas dan kelewatan penerbangan, dan juga kelewatan dan kehilangan bagasi.

Nikmati juga keistimewaan eksklusif di Hotel Hilton untuk penginapan dan menjamu selera. Dapatkan diskaun 50% untuk menjamu selera, dan juga kek hari jadi dan hidangan bufet percuma, atau diskaun 20% sekiranya anda ingin membatalkan tempahan hotel. Keistimewaan ini dihadkan kepada pemegang kad dengan transaksi tidak kurang daripada RM30,000 setahun.

Apa guna melancong jika tidak membeli-belah. Kini anda boleh dapatkan barangan idaman anda dengan dua pelan bayaran ansuran mudah yang didatangkan dengan kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature. AmBank menawarkan pelan AmBank AmFlexi-Pay dan 0% Easy Payment Plan. Hanya buat pembelian minimum serendah RM500 dan pilih antara kedua-dua pelan EPP ini.

Kad ini mengenakan caj yuran tahunan sebanyak RM550 untuk kad utama, dan RM300 untuk kad tambahan. Walau bagaimanapun, yuran untuk kad utama adalah percuma untuk tahun pertama. Tahun berikutnya pula anda tidak perlu risau tentang yuran tahunan jika anda swipe kad BonusLInk Visa Signature sekurang-kurangnya 12 kali. Hanya bayar cukai perkhidmatan RM25 setiap tarikh ulang tahun kad.

Sesiapa sahaja boleh mohon kad ini asalkan anda berumur 21 tahun ke atas dan berpendapatan tahunan tidak kurang daripada RM80,000.

AmBank BonusLink Visa Signature adalah kad kredit yang menawarkan lebih daripada sekadar kemudahan transaksi. Dari ganjaran mata BonusLink sehinggalah kepada keistimewaan perjalanan, kad ini adalah pilihan yang tepat untuk menikmati gaya hidup dinamik dan penuh ganjaran.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit AmBank BonusLink Visa Signature

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan sehingga 30x mata ganjaran BonusLink dengan setiap transaksi kad AmBank BonusLink Visa Signature, di dalam dan luar negara.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
30 RM20 Perbelanjaan runcit, Shell, Parkson, makanan, transaksi atas talian, hiburan (tiket wayang, bowling, dan sebagainya)
6 RM20 Perbelanjaan runcit luar negara
3 RM20 Perbelanjaan runcit dalam negara

ganjaran perjalanan

Nikmati pelbagai ganjaran perjalanan yang ditawarkan oleh kad kredit AmBank ini.

  1. 5x akses percuma ke Plaza Premium Lounge di 50 negara setiap tahun, termasuk diskaun 25% di dalam negara, dan diskaun 20% di luar negara untuk tetamu.
  2. Perlindungan insurans perjalanan sehingga RM2 juta untuk tempahan tiket kapal terbang dengan kad AmBank BonusLink Visa Signature.
JENIS PERLINDUNGAN JUMLAH PERLINDUNGAN (RM)
Insurans Perjalanan Sehingga RM2,000,000
Penerbangan tertunda Sehingga RM1,000
Terlepas penerbangan Sehingga RM3,000
Kelewatan Bagasi Sehingga RM3,000
Kehilangan Bagasi Sehingga RM6,000

Ganjaran petrol

Buat pembelian petrol atau diesel serendah RM20 di stesen minyak Shell seluruh negara untuk mendapatkan 30x BonusLink Points.

Ciri premium

Dapatkan kelebihan istimewa yang didatangkan bersama kad ini.

  1. Diskaun sehingga 50% ketika anda menjamu selera di Hotel Hilton. Tidak lupa juga kek hari jadi dan hidangan bufet percuma. Diskaun 20% pula untuk pembatalan tempahan hotel.
  2. Tukar mata ganjaran BonusLink anda kepada tunai dengan Program BonusLink Cash Credit Redemption – 5,700 mata kepada RM50 yang akan dikreditkan ke dalam akaun.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM6667 sebulan atau RM80000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM550
2 tahun pertama percuma. Tahun berikutnya yuran diketepikan untuk lebih daripada 12 transaksi setahun.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM300
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

AmBank AmFlexi-Pay
AmBank AmFlexi-Pay

Pelan Easy Payment yang fleksibel dengan caj kadar faedah serendah 3% p.a. Pembelian minimum hanya RM500 dengan tempoh bayaran semula sehingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
AmBank Easy Payment Plan
AmBank Easy Payment Plan

Guna kad kredit AmBank anda untuk sertai pelan bayaran ansuran AmBank EPP. Pembelian serendah RM200 dengan tempoh bayaran ansuran maksimum sehingga 24 bulan. Tiada caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon AmBank BonusLink Visa Signature

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, AmBank (M) Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh AmBank (M) Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan AmBank (M) Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. AmBank (M) Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit AmBank BonusLink Visa Signature

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung AmBank BonusLink Visa Signature?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi AmBank (M) Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang AmBank (M) Berhad

Ambank (M) Berhad
AmBank (M) Berhad, sebahagian daripada AmBank Group, adalah kumpulan perbankan keenam terbesar di Malaysia dengan pengalaman 42 tahun. Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik melalui 175 cawangan, AmBank menyediakan penyelesaian kewangan yang komprehensif untuk individu dan korporat – termasuk akaun, kad, pelbagai pembiayaan, insurans, pelaburan, dan perbankan atas talian AmOnline dengan pembantu…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…