Akan dibuka dalam tab baharu

AmBank Islamic Visa Infinite Card-i

Pengalaman perbankan Islamik terbaik dengan keistimewaan perjalanan premium

Kad kredit AmBank Islamic Visa Infinite Card-i
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM10000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Mata AmBonus, perlindungan Takaful perjalanan, pelan ansuran tunai zero-interest

AmBank Islamic Visa Infinite Card-i adalah kad kredit premium yang direka khas untuk mereka yang gemar melancong dan inginkan pengalaman perbankan Islam yang mewah. Kad yang mematuhi prinsip Syariah ini menawarkan pelbagai faedah dan ciri, termasuk mata ganjaran, perlindungan takaful perjalanan, dan akses eksklusif ke lounge premium di lapangan terbang, dalam masa yang sama mematuhi sepenuhnya prinsip Islam.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit AmBank Islamic Visa Infinite Card-i

  • Mata ganjaran AmBonus – Dapatkan mata AmBonus dengan setiap perbelanjaan runcit di dalam dan luar negara. Tebus mata terkumpul untuk pelbagai ganjaran termasuk baucar, produk, mata air miles, atau program AmBonus On-the Spot Redemption.
  • Perlindungan Takaful perjalanan – Nikmati perjalanan yang lancar dengan perlindungan Takaful sehingga RM2 juga untuk kemalangan, kecemasan perubatan, dan pembatalan penerbangan.
  • Akses percuma ke Plaza Premium Lounge – Dapatkan akses percuma ke Plaza Premium Lounge di lapangan terbang terpilih seluruh dunia.
  • Pengalaman menjamu selera eksklusif – Dapatkan diskaun istimewa ketika menjamu selera di restoran terpilih dengan kad AmBank Islamic Visa Infinite Card-i.
  • Layanan VIP 24/7 – Nikmati layanan istimewa dengan program Visa Concierge untuk gaya hidup eksklusif.
  • Tanpa yuran tahunan – Tidak perlu risau tentang yuran tahunan kerana kad ini adalah percuma seumur hidup. Anda juga layak untuk mendapatkan tiga kad tambahan percuma.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM10000 sebulan atau RM120000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan pengenalan diri (MyKad/Pasport).
  • Dokumen bukti pendapatan (slip gaji/penyata komisen/resit bayaran cukai).
  • Dokumen berkaitan.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM188
RM3 kad tambahan pertama adalah percuma.
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak. Yang mana lebih tinggi
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM50 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Maklumat Tambahan

  • Kad kredit AmBank Islamic Visa Infinite Card-i adalah100% patuh Syariah.

Pelan Pembiayaan

AmBank AmFlexi-Pay
AmBank AmFlexi-Pay

Pelan Easy Payment yang fleksibel dengan caj kadar faedah serendah 3% p.a. Pembelian minimum hanya RM500 dengan tempoh bayaran semula sehingga 24 bulan.

Maklumat Lanjut
AmBank Easy Payment Plan
AmBank Easy Payment Plan

Guna kad kredit AmBank anda untuk sertai pelan bayaran ansuran AmBank EPP. Pembelian serendah RM200 dengan tempoh bayaran ansuran maksimum sehingga 24 bulan. Tiada caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
AmBank QuickCash
AmBank QuickCash

Ansuran tunai dari serendah RM1,000 hingga had kredit maksimum kad kredit AmBank anda dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan. Caj kadar faedah tetap (fixed interest) untuk memudahkan anda mengurus kewangan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon AmBank Islamic Visa Infinite Card-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Terdapat dua kaedah untuk anda mohon kad kredit AmBank Islamic Visa Infinite Card-i:

Mohon dalam talian:

  1. Layari laman sesawang AmBank Islamic.
  2. Klik butang “Apply Now.”
  3. Lengkapkan borang permohonan yang disediakan.
  4. Klik “Submit” dan tunggu maklum balas daripada pihak AmBank Islamic.

Klik untuk ke laman web AmBank Islamic

Kunjungi Cawangan:

  1. Kunjungi mana-mana cawangan AmBank berdekatan (lihat senarai cawangan AmBank).
  2. Dapatkan borang permohonan kad kredit dan lengkapkan.
  3. Hantar borang berserta dokumen yang diperlukan.

Khidmat Pelanggan

Sekiranya anda mempunyai pertanyaan tambahan berhubung kad kredit AmBank Islamic Visa Infinite Card-i, anda boleh menggunakan saluran berikut:

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit AmBank Islamic Visa Infinite Card-i

Anda boleh mendapatkan sehingga 5x mata AmBonus bagi setiap RM1 untuk perbelanjaan runcit di luar negara (kecuali transaksi dalam talian), dan 1x mata AmBonus bagi setiap RM1 untuk perbelanjaan runcit dalam negara.

Anda boleh menebus mata AmBonus untuk pelbagai ganjaran, barangan dan juga mata air miles melalui program ‘frequent flyer’ dengan mengisi borang penebusan mata (https://www.ambank.com.my/ambank/Documents/AmBonusRedemptionFormA4.pdf). Anda juga boleh menebus mata AmBonus terkumpul serta merta melalui program AmBonus On-the Spot Redemption di pedagang yang mengambil bahagian. Lihat senarai pedagang (https://ambankspot.com/deals/paywpoints/).

Kad kredit AmBank ini menawarkan 6x akses percuma setiap tahun ke Plaza Premium Lounge di lapangan terbang terpilih di 50 negara seluruh dunia – lihat senarai lapangan terbang (https://www.ambank.com.my/ambank/Documents/PlazaPremiumLoungeListofAirport.pdf).  Walau bagaimanapun, anda perlu melakukan transaksi tidak kurang daripada RM1,00 dalam tempoh 30 hari daripada akses sebelumnya.

Ya, kad kredit AmBank Islamic Visa Infinite Card-i menawarkan perlindungan Takaful perjalanan untuk pemegang kad dan ahli keluarga sehingga RM2 juta. Perlindungan ini meliputi kemalangan peribadi, kelewatan dan terlepas penerbangan, dan kehilangan dan kelewatang bagasi. 

Kad kredit AmBank Islamic Visa Infinite Card-i adalah kad kredit Islamik, oleh itu kadar keuntungan dikenakan berbanding kadar faedah. 

Ya. Kad kredit AmBank Islamic Visa Infinite menawarkan dua bayaran pelan ansuran mudah, iaitu AmBank Easy Payment Plan dan AmBank AmFlexi-Pay. Kad ini juga menawarkan pelan ansuran tunai  AmBank QuickCash.

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, AmBank (M) Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh AmBank (M) Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan AmBank (M) Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit AmBank Islamic Visa Infinite Card-i untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. AmBank (M) Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit AmBank Islamic Visa Infinite Card-i

Ada soalan tambahan berhubung AmBank Islamic Visa Infinite Card-i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi AmBank (M) Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang AmBank (M) Berhad

Ambank (M) Berhad
AmBank (M) Berhad, sebahagian daripada AmBank Group, adalah kumpulan perbankan keenam terbesar di Malaysia dengan pengalaman 42 tahun. Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik melalui 175 cawangan, AmBank menyediakan penyelesaian kewangan yang komprehensif untuk individu dan korporat – termasuk akaun, kad, pelbagai pembiayaan, insurans, pelaburan, dan perbankan atas talian AmOnline dengan pembantu…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

BSN 1 TeachersCard MasterCard

Nikmati ganjaran istimewa, kadar faedah terendah, dan perlindungan insurans perjalanan percuma dengan BSN 1 TeachersCard…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…