Akan dibuka dalam tab baharu

UOB EVOL Card

UOB EVOL Card
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM90
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM3000
square-dollar
Pelan Kewangan
Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Pulangan Tunai

UOB EVOL Card adalah kad kredit yang didatangkan ciri pulangan tunai dan ganjaran perjalanan sesuai untuk gaya hidup moden. Kad ini sebelum ini dikenali sebagai kad UOB YOLO dan telah ditukar kepada UOB EVOL dengan kelebihan dan keistimewaan yang lebih menarik.

Kad kredit UOB ini menawarkan sehingga 8% pulangan tunai pada pembelian peniaga yang mengambil bahagian. Selain daripada perbelanjaan di peniaga-peniaga terpilih, anda juga akan menikmati 5% pulangan tunai untuk transaksi dalam talian, hiburan, transaksi E-Dompet (E-Wallet), dan parking kereta yang menggunakan kaedah bayaran tanpa sentuh (contactless payment).

Bagi yang gemar melancong, UOB EVOL Card menawarkan ganjaran perjalanan dalam bentuk tawaran eksklusif berkaitan pelancongan seperti diskaun untuk tempahan hotel dan spa, diskaun penerbangan, dan sebagainya. Anda boleh lihat tawaran terkini yang dikemaskini di laman promosi rasmi pihak UOB.

Kad kredit UOB EVOL Card juga menawarkan pelan kad kredit seperti pelan pemindahan baki dan pelan bayaran ansuran mudah untuk memudahkan anda mengurus kewangan dengan lebih berkesan. Bukan hanya satu, tetapi anda boleh pilih dari dua pelan pindahan baki iaitu pelan UOB Balance Transfer dan pelan UOB Fixed-Pay Balance Transfer. Kedua-dua pelan ini tidak mengenakan kadar faedah dan anda boleh buat bayaran balik sehingga 18 bulan.

Seperti juga pelan pindahan baki, kad UOB EVOL menawarkan dua pelan ansuran mudah, iaitu UOB Easi-Payment Plan dan UOB Instalment Payment Plan. Pelan Instalment Payment didatangkan dengan ciri zero-interest dan bayaran ansuran sehingga 36 bulan. Manakala pelan Easi-Payment pula mengenakan caj kadar faedah, tetapi menawarkan tempoh bayaran balik sehingga 60 bulan.

Yuran tahunan untuk kad ini ditetapkan pada RM90 setahun untuk kad utama, dan RM30 setahun untuk kad tambahan. Walau bagaimanapun, yuran tahunan dikecualikan untuk 3 tahun pertama sekiranya anda mohon kad UOB EVOL semasa kempen khas UOB. Yang menariknya, yuran tahun juga akan dikecualikan untuk tahun seterusnya jika anda buat satu perbelanjaan runcit setiap bulan.

Kad kredit UOB ini ditawarkan kepada sesiapa sahaja yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak kurang daripada RM3,000, atau pendapatan tahunan minimum RM36,000. Syarat kelayakan ini tidak membebankan berbanding ciri penjimatan melalui pulangan tunai yang ditawarkan oleh kad ini.

Kad kredit UOB EVOL Card adalah pilihan yang sesuai bagi mereka yang sering berbelanja dan ingin menikmati pulangan dari setiap perbelanjaan. Tidak lupa juga ciri pengecualian yuran tahunan yang memberi lebih penjimatan setiap tahun.

Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri lengkap yang ditawarkan, syarat kelayakan, caj yang dikenakan, dan bagaimana untuk mohon kad UOB EVOL Card.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit UOB EVOL Card

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan rebat tunai  sebanyak 8% setiap kali anda berbelanja di pedagang yang mengamalkan konsep “green initiatives” seperti Kiehls, Innisfee, The Body Shop, dan sebagainya. Untuk transaksi lain pula seperti transaksi dalam talian, hiburan, bayaran parking tanpa sentuh, dan transaksi E-Dompet, anda akan menerima pulangan tunai sebanyak 5%.

JENIS REBAT TUNAI KADAR REBAT TUNAI HAD BULANAN PERBELANJAAN
Pedagang yang mengamalkan green initiatives 8% RM30-RM50 Tidak kurang daripada RM1,000
Hiburan, transaksi dalam talian, parking tanpa sentuh 5% RM30-RM50 Tidak kurang daripada RM1,000
Transaksi E-Dompet 5% RM15 Tidak kurang daripada RM1,000

Mata ganjaran (reward points)

Nikmati diskaun dan tawaran hebat daripada syarikat-syarikat pelancongan yang bekerjasama dengan UOB. Dapatkan tawaran eksklusif untuk hotel, penerbangan, menjamu selera, spa, dan pelbagai lagi keistimewaan apabila anda menggunakan kad kredit UOB EVOL Card anda ketika melancong. Layari laman promosi UOB untuk mendapatkan tawaran eksklusif terkini.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM3000 sebulan atau RM36000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM90
Yuran dikecualikan untuk 3 tahun pertama. Tahun berikutnya yuran adalah percuma jika anda buat 1x transaksi runcit setiap bulan.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM30
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

UOB Balance Transfer
UOB Balance Transfer

Buat pindahan baki sehingga 80% daripada had kredit anda tanpa kadar faedah dan tempoh bayaran semula sehingga 18 bulan.

Maklumat Lanjut
UOB Fixed-Pay Balance Transfer
UOB Fixed-Pay Balance Transfer

Dapatkan kadar faedah yang rendah dengan bayaran ansuran selama 6 bulan dari pelan pindahan baki UOB Fixed-Pay Balance Transfer.

Maklumat Lanjut
UOB Easi-Payment Plan
UOB Easi-Payment Plan

Tukar pembelian serendah RM500 dari sebarang peniaga kepada pelan Easy Payment UOB ini dan nikmati bayaran ansuran sehingga 36 bulan tanpa caj faedah.

Maklumat Lanjut
UOB Instalment Payment Plan
UOB Instalment Payment Plan

Beli-belah melalui UOB InStore dengan penjimatan jimat dan bayaran ansuran yang fleksibel dari 12 hingga 36 bulan. Tiada caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon UOB EVOL Card

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit UOB EVOL Card

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit UOB EVOL Card untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit UOB EVOL Card

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung UOB EVOL Card?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang UOB – United Overseas Bank (Malaysia) Bhd

UOB United Overseas Bank Malaysia Bhd.
UOB (United Overseas Bank), ditubuhkan pada 1935 dan kini merupakan bank ketiga terbesar di Asia Tenggara dengan kehadiran di 19 negara. Dengan sejarah di Malaysia sejak 1951 dan 45 cawangan di seluruh negara, UOB Malaysia menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik yang komprehensif untuk memenuhi keperluan kewangan individu, korporat, dan pelanggan komersial, termasuk kemudahan…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad Kredit CIMB Platinum-i

Kad kredit CIMB Platinum-i jgua dikenali sebagai CIMB Islamic MasterCard Platinum adalah kad kredit Islamik…

Public Bank Quantum Visa

Kad kredit Public Bank Quantum Visa menawarkan pulangan rebat tunai dan juga ganjaran mata untuk…

Kad kredit CIMB Travel World 

CIMB Travel World Credit Card merupakan kad kredit premium untuk mereka yang sering melancong. Dapatkan perlindungan insurans…

Kad kredit Bank Islam Visa Infinite Business Credit Card-i

Kad kredit Bank Islam Visa Infinite Business Credit Card-i ditawarkan kepada peniaga yang ingin keselesaan…