Akan dibuka dalam tab baharu

RHB Shell Visa Credit Card

RHB Shell Visa Credit Card
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
195
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Ganjaran Petrol, Premium, Pulangan Tunai

RHB menawarkan banyak kad kredit rebat tunai untuk pelanggan mereka. RHB Shell Visa Credit Card adalah kad cashback terbaru yang dilancarkan pada awal tahun ini kepada individu yang inginkan pulangan rebat tunai dengan setiap penggunaan kad kredit mereka. 

Kad ini adalah kerjasama antara pihak RHB Banking Group, Shell Malaysia Trading, dan Visa. Menurut pengarah urusan RHB Group, Datuk Khairussaleh Ramli, kad kredit RHB Shell Visa Credit Card/i akan memudahkan pengguna yang ingin petrol cashback credit card bukan hanya apabila berbelanja di stesen minyak, tetapi untuk semua kegunaan. Pengguna tidak lagi perlu menggunakan kad yang berbeza untuk mendapat ganjaran bagi transaksi petrol (petrol transaction), atau perbelanjaan runcit dalam talian dan atas talian (online), tetapi hanya hanya perlu kad kredit tunggal (single credit card).

Ciri pulangan tunai yang ditawarkan oleh RHB Shell Visa Credit Card meliputi semua perbelanjaan, sama ada transaksi di stesen minyak Shell, runcit, utiliti, tambah nilai E-Wallet (E-Wallet top up) dan perbelanjaan lain. Untuk perbelanjaan di Shell, anda akan menerima cashback sehingga 12% bergantung kepada jumlah yang anda belanjakan. Belanja runcit, atas-talian dan tambah nilai E-Wallet akan menerima cashback sehingga 5% dan 0.2% untuk perbelanjaan lain.

Kad kredit RBH Shell Visa juga memberikan activation reward dalam bentuk cash rebate bernilai RM25 apabila anda mengaktifkan kad ini (card activation). Yuran tahunan adalah percuma untuk tahun pertama. Yuran untuk tahun berikutnya juga dibatalkan (waived) sekiranya anda menggunakan kad ini lebih daripada 24 kali.

Selain ciri rebat tunai, pihak RHB juga menawarkan pelan kad kredit seperti pelan pindahan baki (balance transfer plan), pelan ansuran mudah (easy payment plan), pelan ansuran tunai (cash advance/loan), dan RHB Smart Services seperti RHB Smart Pay dan RHB Smart Move.

Pelan balance transfer ditawarkan dalam bentuk RHB Smart Move Balance Transfer. Anda boleh buat pindahan baki daripada kad kredit lama dengan bayaran ansuran sehingga 24 bulan dan caj kadar faedah tahunan berpatutan. 

Bagi mereka yang gemar berbelanja pula, pelan RHB Smart Instalment menawarkan pembelian mudah bayaran bulanan sehingga 24 bulan tanpa caj pengendalian (upfront handling fee) dan caj kadar faedah (zero interest). Anda hanya perlu buat pembelian serendah RM1,000 untuk menggunakan pelan ansuran mudah ini.

Pelan pinjaman tunai RHB CashXcess pula membenarkan anda buat pendahuluan atau pinjaman tunai dari serendah RM1,000  dengan bayaran balik sehingga 24 bulan. Caj kadar faedah tahunan dikenakan adalah berpatutan dan tidak membebankan.

Untuk mohon, anda hanya perlu berpendapatan tahunan tidak kurang daripada RM24,000. Syarat kelayakan yang longgar ini menjadikan kad ini mampu milik kepada sesiapa sahaja.

Baca lebih lanjut tentang ciri rebat tunai, syarat kelayakan lengkap, caj yang dikenakan dan bagaimana anda boleh mohon RHB Shell Visa Credit Card secara atas talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit RHB Shell Visa Credit Card

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan ganjaran pulangan rebat tunai dengan semua perbelanjaan anda, sama ada dalam talian di kedai atau atas talian dengan kad kredit ini. Walaupun kad ini dikhususkan kepada transaksi di Stesen Minyak Shell seluruh Malaysia, ganjaran cashback tetapi diberikan kepada transaksi lain seperti belanja runcit, bil utiliti (utility bill), transaksi atas talian (online transaction) dan juga tambah nilai E-Wallet (E-Wallet reload).

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Isian petrol di stesen minyak Shell 12% RM50 RM2,500 ke atas
Isian petrol di stesen minyak Shell 8% RM50 RM1,500 – RM2,499
Isian petrol di stesen minyak Shell 5% RM50 RM800 – RM1,499
Belanja runcit, utiliti, atas talian, dan tambah nilai E-Wallet 5% RM50 RM2,500 ke atas
Belanja runcit, utiliti, atas talian, dan tambah nilai E-Wallet 2% RM50 RM1,500 – RM2,499
Belanja runcit, utiliti, atas talian, dan tambah nilai E-Wallet 1% RM50 RM800 – RM1,499
Perbelanjaan lain 0.2% Tanpa had RM2,500 ke atas
Perbelanjaan lain 0.2% Tanpa had RM1,500 – RM2,499
Perbelanjaan lain 0.2% Tanpa had RM800 – RM1,499

Ganjaran petrol

Nikmati cashback dari 5% hingga 12% setiap kali anda mengisi minyak di stesen minyak Shell seluruh negara. Jumlah cashback untuk isian petrol dihadkan kepada RM50 setiap bulan.

Ciri premium

Pemegang kad RHB Shell Visa Credit Card/i akan menerima perlindungan VISA Ecommerce Purchase Protection Programme untuk setiap pembelian atas talian (online purchase) seluruh dunia.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
195
Tahun pertama percuma. Tahun berikutnya dibatalkan jika anda swipe lebih daripada 24 kali.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

RHB Smart Move Balance Transfer
RHB Smart Move Balance Transfer

Pindahan baki dari serendah RM1,000 hingga 80% had kredit anda dengan bayaran sehingga 24 bulan. Tiada caj pengendalian dan caj penamatan awal yang dikenakan.

Maklumat Lanjut
RHB Smart Instalment
RHB Smart Instalment

Tukar pembelian anda kepada pelan Easy Payment RHB Smart Instalment dan nikmati tempoh bayaran sehingga 24 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
RHB CashXcess
RHB CashXcess

Pinjaman tunai dari RM1,000 hingga 80% had kredit (credit limit) kad RHB anda dengan kadar faedah yang berpatutan dan tempoh pinjaman sehingga 24 bulan

Maklumat Lanjut

Cara Mohon RHB Shell Visa Credit Card

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit RHB Shell Visa Credit Card

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, RHB Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh RHB Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan RHB Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit RHB Shell Visa Credit Card untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. RHB Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit RHB Shell Visa Credit Card

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung RHB Shell Visa Credit Card?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

2 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi RHB Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang RHB Bank Berhad

RHB Bank Berhad
RHB Bank Berhad, yang terbentuk melalui penggabungan dan kini merupakan kumpulan perbankan keempat terbesar di Malaysia. Dengan 194 cawangan di seluruh negara serta kehadiran antarabangsa, RHB (menerusi RHB Islamic Bank) mengamalkan konsep Universal Banking. Ia menawarkan rangkaian komprehensif perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan, termasuk penyelesaian khusus untuk…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

HSBC Platinum Credit Card

Kaki shopping? Kad kredit HSBC menawarkan mata ganjaran sehingga 8x dengan setiap transaksi pembelian barangan…

Kad Kredit OCBC World MasterCard

Kad kredit OCBC World MasterCard menawarkan keistimewaan premium dengan pulangan tunai tanpa had dan perlindungan…

UOB EVOL Card

Kad kredit UOB EVOL Card menawarkan ganjaran pulangan tunai sehingga 8% setiap bulan dan juga…

Kad kredit RHB Rewards Visa/MasterCard 

Kad kredit RHB Rewards Visa/MasterCard menawarkan sehingga 10x Mata Ganjaran dengan transaksi pembelian terpilih