Akan dibuka dalam tab baharu

RHB Rewards Credit Card

Nikmati sehingga 10x Mata Ganjaran transaksi pembelian terpilih melalui kad kredit RHB Rewards

Kad kredit RHB Rewards Visa/MasterCard 
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM200
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave, MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
10x mata ganjaran, kelebihan golf istimewa, pelan kredit yang lengkap.

Kad kredit RHB Rewards dicipta khusus kepada individu yang ingin mendapatkan ganjaran maksimum dengan setiap perbelanjaan. Dengan program ganjaran yang istimewa, kelebihan eksklusif untuk kaki golf, pelan kewangan yang lengkap, kad kredit RHB ini menawarkan lebih nilai untuk setiap perbelanjaan anda.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit RHB Rewards Credit Card

  • 10x mata ganjaran untuk pembelian tiket wayang.
  • 4x mata ganjaran untuk transaksi di luar negara.
  • 3x mata ganjaran untuk transaksi dalam talian.
  • 2x mata ganjaran untuk insurans dan kesihatan.
  • 1x mata ganjaran untuk perbelanjaan runcit.
  • Nikmati yuran hijau percuma di kelab golf yang mengambil bahagian.
  • Pindahkan baki dari kad kredit lain ke kad RHB Rewards MasterCard dengan pelan RHB Smart Move Balance Transfer.
  • Tukar pembelian tunai anda kepada ansuran bulanan dengan pelan RHB Smart Instalment.
  • Dapatkan tunai segera di saat kecemasan dengan kadar faedah yang rendah melalui pelan RHB CashXcess.
  • Bayar bil utiliti secara automatik dengan RHB Smart Pay.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Dokumen Yang Diperlukan

Bekerja makan gaji:

  • Salinan MyKad depan dan belakang.
  • Slip gaji 3 bulan terkini, atau penyata akaun bank 3 bulan terkini.
  • Penyata KWSP 12 bulan terkini.
  • Surat pelantikan jawatan (jika tempoh berkhidmat kurang daripada 6 bulan).

Bekerja sendiri:

  • Salinan MyKad depan dan belakang.
  • Penyata bank 6 bulan terkini.
  • Borang B/BE atau resit bayaran cukai.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM200
Tahun pertama adalah percuma. Tahun berikutnya yuran dikecualikan dengan transaksi RM10,000 ke atas
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak. Yang mana lebih tinggi
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Maklumat Tambahan

  • Kad kredit RHB Rewards ditawarkan dengan rangkaian Visa atau MasterCard.
  • Kelab Golf yang mengambil bahagian ialah Sungai Long Golf & Country Club dan Kota Permai Golf & Country Club.

Pelan Pembiayaan

RHB Smart Move Balance Transfer
RHB Smart Move Balance Transfer

Pindahan baki dari serendah RM1,000 hingga 80% had kredit anda dengan bayaran sehingga 24 bulan. Tiada caj pengendalian dan caj penamatan awal yang dikenakan.

Maklumat Lanjut
RHB Smart Instalment
RHB Smart Instalment

Tukar pembelian anda kepada pelan Easy Payment RHB Smart Instalment dan nikmati tempoh bayaran sehingga 24 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
RHB CashXcess
RHB CashXcess

Pinjaman tunai dari RM1,000 hingga 80% had kredit (credit limit) kad RHB anda dengan kadar faedah yang berpatutan dan tempoh pinjaman sehingga 24 bulan

Maklumat Lanjut

Cara Mohon RHB Rewards Credit Card

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Anda boleh mohon kad kredit RHB Rewards melalui kaedah berikut:

  1. Mohon secara dalam talian melalui laman sesawang RHB. Layari laman tersebut dan klik butang “Apply Now”. Klik untuk ke laman aplikasi kad kredit.
  2. Kunjungi mana-mana cawangan RHB Bank berdekatan anda. Lihat senarai cawangan RHB Bank Berhad.

Ekspatriat dan Pemastautin Tetap (PR) hanya boleh mohon melalui cawangan RHB Bank.

Khidmat Pelanggan

Anda boleh menggunakan saluran berikut untuk menghubungi pihak RHB sekiranya anda mempunyai pertanyaan lanjut:

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit RHB Rewards Credit Card

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, RHB Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh RHB Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan RHB Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit RHB Rewards Credit Card untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard, Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. RHB Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit RHB Rewards Credit Card

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung RHB Rewards Credit Card?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi RHB Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang RHB Bank Berhad

RHB Bank Berhad
RHB Bank Berhad, yang terbentuk melalui penggabungan dan kini merupakan kumpulan perbankan keempat terbesar di Malaysia. Dengan 194 cawangan di seluruh negara serta kehadiran antarabangsa, RHB (menerusi RHB Islamic Bank) mengamalkan konsep Universal Banking. Ia menawarkan rangkaian komprehensif perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan, termasuk penyelesaian khusus untuk…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank Visa Signature

Kad kredit Maybank Visa Signature menawarkan ciri premium dengan kelebihan pulangan tunai, mata ganjaran, ganjaran…

Kad kredit Hong Leong Visa Infinite Doctor's Edition 

Kad kredit Hong Leong Visa Infinite Doctor’s Edition ditawarkan khusus kepada doktor dan doktor gigi. Dengan yuran tahunan percuma…

Kad kredit BSN Al-Aiman Emas

Kad Kredit BSN Al-Aiman Emas menawarkan kebebasan daripada fi tahunan seumur hidup, perlindungan takaful percuma,…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…