Akan dibuka dalam tab baharu

OCBC World MasterCard

Kad Kredit OCBC World MasterCard
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM388
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM8333
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Perjalanan, Premium, Pulangan Tunai

Inginkan kad kredit untuk gaya hidup mewah dan pulangan tanpa had? Kad kredit OCBC World MasterCard sangat sesuai untuk anda. Kad ini menawarkan kelebihan pulangan tunai tanpa had, ganjaran dan perlindungan perjalanan, dan pelan kad kredit yang lengkap untuk memudahkan urusan anda.

Ciri pulangan tunai (cashback) yang ditawarkan oleh kad kredit OCBC ini adalah tanpa had, jadi lebih banyak anda berbelanja, lebih tinggi nilai pulangan yang boleh dapatkan. Anda akan menerima rebat sebanyak 1% untuk setiap perbelanjaan di luar negara menggunakan mata wang asing, dan 0.5% untuk perbelanjaan di dalam negara dengan Ringgit Malaysia.

Mereka yang selalu melancong pula akan dilindungi oleh insurans perjalanan sehingga RM2 juta setiap kali anda tempah tiket penerbangan dengan kad OCBC World MasterCard. Tidak lupa juga akses ke Plaza Premium Lounge KLIA sebanyak 2 kali setahun untuk anda dan juga tetamu, jika ada.

Kad ini juga menawarkan perkhidmatan MasterCard concierge untuk memenuhi keperluan perjalanan anda. Guna perkhidmatan ini untuk menempah hotel, pengangkutan, atau menjamu selera di restoran pilihan.

Kad kredit premium OCBC ini didatangkan dengan pelan kad kredit yang lengkap. Anda boleh buat pemindahan baki dengan pelan OCBC Balance Transfer. Pelan ini membenarkan anda buat pindahan serendah RM1,000 dan pilih untuk bayaran ansuran antara 6 atau 12 bulan dengan kadar faedah yang berpatutan.

Pelan bayaran ansuran mudah (EPP) OCBC Easy Payment Plan pula memudahkan anda mendapatkan barangan idaman dengan mudah dengan pembelian bermula daripada RM1,000 dan buat bayaran balik selama 20 bulan. Kadar faedah yang dikenakan untuk pelan ini bermula daripada 4% setahun.

Sekiranya anda ingin keluarkan wang daripada kad kredit, pelan OCBC Call For Cash boleh membantu. Anda boleh pinjaman sehingga 80% daripada had kredit (credit limit) kad OCBC World MasterCard anda dan bayar balik sehingga 36 bulan. Walau bagaimanapun, kadar faedah yang dikenakan agak tinggi iaitu 7.99% p.a. Oleh itu, pastikan anda hanya guna pelan ini ketika benar-benar memerlukan.

Yuran tahunan untuk kad ini adalah percuma untuk tahun pertama sekiranya anda pelanggan baru OCBC, atau anda tidak mempunyai kad kredit OCBC dalam tempoh 12 bulan sebelum mohon. Tahun berikutnya anda perlu membayar yuran tahunan sebanyak RM388 untuk kad utama, dan RM188 untuk kad tambahan sekiranya ada.

Walaupun tiada pengecualian yuran tahunan, pihak OCBC tidak akan mengenakan caj faedah untuk perbelanjaan runcit selama 20 hari setiap bulan, bermula dari tarikh bil dikeluarkan. Ini merupakan penjimatan yang sangat membantu, dengan syarat anda bayar bil kad kredit anda tepat pada masanya.

Kad kredit OCBC ditawarkan kepada sesiapa sahaja sama ada anda warganegara Malaysia, ekspatriat, mahupun warga asing. Anda cuma perlu berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM100,000.

Sekiranya anda sering berurusan di luar negara dan inginkan keistimewaan sepanjang perjalanan berserta pulangan dengan setiap perbelanjaan, kad kredit OCBC World MasterCard adalah pilihan terbaik. Baca lebih lanjut maklumat di bawah untuk ciri lengkap dan bagaimana untuk mohon.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit OCBC World MasterCard

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan pulangan tunai tanpa had dengan setiap perbelanjaan di dalam dan luar negara.

JENIS REBAT TUNAI KADAR REBAT TUNAI HAD BULANAN PERBELANJAAN
Perbelanjaan runcit di luar negara dengan mata wang asing 1% Tanpa had Sebarang amaun
Perbelanjaan di dalam negara dengan Ringgit Malaysia (RM) 0.5% Tanpa had Sebarang amaun

ganjaran perjalanan

Nikmati perjalanan tanpa risau dengan perlindungan insurans perjalanan sehingga RM2 juga. Hanya tempah tiket kapal terbang dengan kad anda untuk layak mendapatkan perlindungan ini.

Dapatkan juga akses percuma ke Plaza Premium Lounge KLIA sehingga 2 kali setiap tahun untuk anda dan tetamu.

Ciri premium

Ingin pembantu yang sedia berkhidmat 24 jam sehari 7 hari seminggu? Program MasterCard Concierge boleh membantu. Buat tempahan tiket kapal terbang, hotel, limousin, restoran atau bantuan segera untuk sebarang urusan dengan perkhidmatan ini. Khas untuk pemegang kad premium MasterCard.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM8333 sebulan atau RM100000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM388
Percuma tahun pertama untuk pelanggan baru OCBC atau pelanggan tanpa kad kredit OCBC dalam tempoh 12 bulan dari tarikh mohon
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM188
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

OCBC Balance Transfer (BT)
OCBC Balance Transfer (BT)

Pelan pindahan baki kad kredit dengan caj faedah serendah 2% p.a dan pindahan minimum RM1,000. Pilih tempoh bayaran antara 6 bulan atau 12 bulan tanpa sebarang caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
OCBC Easy Payment Plan
OCBC Easy Payment Plan

Dapatkan barangan yang anda idamkan dengan pelan Easy Payment OCBC. Pembelian serendah RM1,000 untuk sebarang barangan dengan tempoh bayaran sehingga 20 bulan.

Maklumat Lanjut
OCBC Call For Cash (CFC)
OCBC Call For Cash (CFC)

Mohon dari RM1,000 hingga 80% had kredit kad anda dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan tiada caj penamatan awal.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon OCBC World MasterCard

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit OCBC World MasterCard

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, OCBC Bank (Malaysia) Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh OCBC Bank (Malaysia) Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan OCBC Bank (Malaysia) Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit OCBC World MasterCard untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. OCBC Bank (Malaysia) Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit OCBC World MasterCard

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung OCBC World MasterCard?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi OCBC Bank (Malaysia) Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang OCBC Bank (Malaysia) Berhad

OCBC Bank Malaysia Berhad
OCBC Bank, bank bertaraf dunia dengan sejarah sejak 1932, mempunyai kehadiran yang kukuh di Malaysia. Menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik (menerusi OCBC Al-Amin Bank Berhad) untuk individu dan perniagaan, OCBC menyediakan penyelesaian kewangan yang komprehensif, disokong oleh rangkaian globalnya dan pengiktirafan sebagai antara bank teraman di dunia.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…