Akan dibuka dalam tab baharu

RHB Premier Visa Infinite

Nikmati Gaya Hidup Mewah & Ganjaran Eksklusif

Kad kredit RHB Premier Visa Infinite
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM12500
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Mata Ganjaran, Akses Plaza Premium Lounge, Perlindungan Insurans, Pelan Kewangan Fleksibel

Kad kredit RHB Premier Visa Infinite adalah sebuah kad eksklusif yang ditawarkan khas kepada individu berpendapatan tinggi yang menghargai ganjaran premium dan pengalaman gaya hidup mewah. Kad ini menawarkan pelbagai manfaat menarik, daripada ganjaran perjalanan dan akses lounge eksklusif sehinggalah kepada keistimewaan golf dan pelan pembiayaan fleksibel. Teruskan membaca untuk mengetahui lebih lanjut tentang kad kredit yang boleh meningkatkan gaya hidup anda.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit RHB Premier Visa Infinite

  • Mata Ganjaran yang Lumayan: Dapatkan sehingga 8x Mata Ganjaran untuk setiap RM1 yang dibelanjakan di luar negara dan nikmati pelbagai ganjaran tambahan untuk perbelanjaan tempatan. Lebih banyak anda berbelanja,  lebih banyak mata ganjaran yang boleh ditukarkan untuk tiket penerbangan, baucar dan banyak lagi!
  • Akses Lounge Lapangan Terbang Tanpa Had: Nikmati akses tanpa had ke Plaza Premium Lounge dan Aerotel terpilih di Malaysia dan seluruh dunia. Tiada lagi kesesakan di balai berlepas dan nikmati keselesaan dan kemudahan selesa sebelum penerbangan anda.
  • Yuran Golf Percuma: Permainan golf secara percuma di beberapa kelab golf terkemuka di Selangor. Ini adalah peluang terbaik untuk mengasah bakat golf anda tanpa perlu keringkan poket.
  • Perlindungan Insurans Perjalanan yang Komprehensif: Dapatkan perlindungan insurans perjalanan sehingga RM2 juta untuk ketenangan fikiran semasa anda melancong, termasuk kesulitan perjalanan.
  • Pelan Pembiayaan Fleksibel: Tukar pembelian besar anda kepada ansuran bulanan yang mudah diurus dengan RHB Smart Instalment, atau pindahkan baki dengan RHB Smart Move Balance Transfer dan dapatkan wang kecemasan segera denga RHB CashXcess.
  • Perkhidmatan Concierge Perjalanan Premier RHB: Dapatkan bantuan ketika merancang perjalanan secara eksklusif melalui RHB Premier Travel Concierge.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Ahli Perbankan Premier RHB melalui jemputan sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM12500 sebulan atau RM150000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan Kad Pengenalan (MyKad) atau Pasport
  • Penyata gaji terkini 3 bulan
  • Borang BE terkini (jika berkenaan)
  • Dokumen sokongan lain yang mungkin diperlukan oleh RHB Bank

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak. Yang mana lebih tinggi
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Maklumat Tambahan

Kad Kredit RHB Premier Visa Infinite menawarkan pelbagai ciri tambahan seperti Visa payWave untuk pembayaran tanpa sentuh yang pantas dan mudah. Ia juga dilengkapi dengan program ganjaran Enrich Miles, di mana anda boleh menukar Mata Ganjaran anda kepada Enrich Miles untuk menikmati lebih banyak ganjaran perjalanan.

Pelan Pembiayaan

RHB Smart Move Balance Transfer
RHB Smart Move Balance Transfer

Pindahan baki dari serendah RM1,000 hingga 80% had kredit anda dengan bayaran sehingga 24 bulan. Tiada caj pengendalian dan caj penamatan awal yang dikenakan.

Maklumat Lanjut
RHB Smart Instalment
RHB Smart Instalment

Tukar pembelian anda kepada pelan Easy Payment RHB Smart Instalment dan nikmati tempoh bayaran sehingga 24 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
RHB CashXcess
RHB CashXcess

Pinjaman tunai dari RM1,000 hingga 80% had kredit (credit limit) kad RHB anda dengan kadar faedah yang berpatutan dan tempoh pinjaman sehingga 24 bulan

Maklumat Lanjut

Cara Mohon RHB Premier Visa Infinite

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Mohon online:

  1. Layari laman web RHB.
  2. Klik butang “Instant Apply”.
  3. Pilih “Credit Cards”.
  4. Cari RHB Visa MyEG Credit Card dan klik “Apply Now”.
  5. Lengkapkan borang permohonan dalam talian.
  6. Hantar permohonan.

Klik untuk ke laman web RHB Bank Berhad.

Mohon melalui cawangan:

  1. Kunjungi cawangan RHB terdekat.
  2. Lengkapkan borang permohonan kad kredit.
  3. Hantar permohonan bersama dokumen yang diperlukan.

Lihat senarai cawangan RHB Bank berdekatan anda.

Khidmat Pelanggan

Anda boleh menghubungi pihak RHB melalui saluran berikut:

Kesimpulan & Perspektif

Kad Kredit RHB Premier Visa Infinite menawarkan pelbagai manfaat premium, sesuai untuk individu yang berpendapatan tinggi dan gemar melancong. Ganjaran perbelanjaan yang lumayan, akses ke Plaza Premium Lounge tanpa had, dan keistimewaan golf percuma adalah antara kelebihan utama kad ini.

Walau bagaimanapun, pendapatan minimum yang diperlukan agak tinggi dan kad ini hanya boleh dimiliki melalui jemputan. Anda perlu mempertimbangkan keperluan dan gaya hidup anda sebelum membuat keputusan untuk memohon kad ini. Adakah manfaat yang ditawarkan berbaloi dengan yuran dan caj yang dikenakan? Adakah kad ini sesuai dengan corak perbelanjaan anda? Fikirkan dengan teliti dan buatlah pilihan yang bijak.

Untuk maklumat lanjut atau pilihan kad kredit lain yang tersedia, rujuk sumber tambahan di bawah untuk membantu anda buat pilihan yang bijak.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit RHB Premier Visa Infinite

Anda perlu menjadi Ahli Perbankan Premier RHB dan menerima jemputan untuk memohon kad ini.

Kad ini menawarkan perlindungan insurans perjalanan yang komprehensif sehingga RM2 juta, termasuk perlindungan untuk kelewatan penerbangan, kehilangan bagasi, dan kecemasan perubatan.

Anda boleh menebus Mata Ganjaran anda untuk pelbagai ganjaran seperti tiket penerbangan, baucar, dan barangan.

Tidak, tiada yuran tahunan dikenakan untuk kad tambahan.

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, RHB Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh RHB Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan RHB Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit RHB Premier Visa Infinite untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. RHB Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit RHB Premier Visa Infinite

Ada soalan tambahan berhubung RHB Premier Visa Infinite?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi RHB Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang RHB Bank Berhad

RHB Bank Berhad
RHB Bank Berhad, yang terbentuk melalui penggabungan dan kini merupakan kumpulan perbankan keempat terbesar di Malaysia. Dengan 194 cawangan di seluruh negara serta kehadiran antarabangsa, RHB (menerusi RHB Islamic Bank) mengamalkan konsep Universal Banking. Ia menawarkan rangkaian komprehensif perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan, termasuk penyelesaian khusus untuk…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Citi Business Signature Card 

Kad kredit Citi Business Signature Card sesuai untuk perniagaan yang ingin mengawal perbelanjaan pekerja mereka dan dalam…

Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i

Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i menawarkan pulangan rebat tunai tanpa had setiap bulan.…

Maybank Manchester United Visa Infinite

Kad kredit Maybank Manchester United Visa Infinite ditawarkan khusus kepada peminat tegar pasukan bola sepak…

Kad Kredit CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard

Kad kredit CIMB Cash Rebate Platinum MasterCard menawarkan ganjaran rebat tunai yang sangat menarik untuk…