Akan dibuka dalam tab baharu

RHB Limited Edition White Visa Rewards Credit Card/i

Kad kredit RHB Limited Edition White Visa Rewards
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM200
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
Islamik, Mata Ganjaran, Premium

Jika anda ingin kelainan ketika menggunakan kad kredit, Kad kredit RHB Limited Edition White Visa Rewards mungkin kad yang anda cari-cari selama ini. Kad edisi terhad daripada RHB ini menawarkan pelbagai manfaat dan ganjaran yang memberi lebih nilai bagi setiap perbelanjaan.

Kad ini juga ditawarkan dalam bentuk kad kredit Islamik melalui RHB Islamic Limited Edition White Visa Rewards Credit Card-i. Sekiranya anda memilih untuk mendapatkan kad ini, anda perlu tahu terlebih dahulu yang kad kredit Islamik RHB hanya boleh digunakan untuk transaksi yang halal dan patuh Syariah. Pihak RHB Islamic akan membatalkan transaksi yang tidak mematuhi syarat ini.

Mata Ganjaran Menarik

Sebagai sebuah kad kredit lifestyle, anda dihadiahkan dengan pulangan mata ganjaran RHB Loyalty Point setiap kali anda swipe kad kredit RHB anda. Dapatkan sehingga 10x mata Loyalty bagi setiap transaksi RM1 untuk sebarang transaksi tanpa had.

Reward points ini sah untuk transaksi tiket wayang, transaksi di luar negara, perbelanjaan dalam talian, transaksi urusan kesihatan, insurans dan Takaful, beli-belah, atau sebarang transaksi lain.

Mata ganjaran terkumpul ini boleh anda tebus dengan barangan, baucar, perkhidmatan, atau mata penerbangan pada bila-bila masa yang anda ingini. Mata ganjaran juga boleh diguna untuk mengetepikan caj yuran tahunan kad anda.

Yuran Hijau Golf Percuma

Bagi yang gemar bermain golf pula, terdapat berita gembira kerana kad kredit RHB Limited Edition White Visa Rewards menawarkan yuran hijau percuma di kelab golf yang menambil bahagian. Anda cuma perlu menghubungi pusat khidmat pelanggan RHB di talian 03-92068118 untuk tempahan atau jika anda ingin maklumat lanjut berhubung tawaran ini.

Pelan Kad Kredit Lengkap

Tidak semua institusi kewangan menawarkan pelan kredit yang lengkap dengan kad mereka. Walau bagaimanapun, kad kredit edisi terhad RHB ini menawarkan pelan pindahan baki, pelan bayaran ansuran mudah, dan juga pelan ansuran tunai melalui program RHB Smart Services..

Guna pelan pindahan baki RHB Smart Move Balance untuk memindahkan baki kad lama anda kepada kad ini. Kadar faedah bermula dari serendah 0% sehingga 6.88% dengan tempoh bayaran balik sehingga 36 bulan.

RHB Smart Instalment pula menawarkan pelan bayaran ansuran mudah tanpa kadar faedah. Anda boleh buat pembelian serendah RM500 untuk layak menggunakan pelan ini. Tempoh bayaran ansuran pula adalah fleksibel iaitu antara 6 hingga 36 bulan.

Sekiranya anda ingin mendapatkan wang tunai dari kad kredit, pelan RHB CashXcess boleh membantu. Anda boleh buat pinjaman sehingga 80% daripada had kredit. Caj kadar faedah pula bermula dari serendah 4.88%, lebih rendah daripada kebanyakan pelan pinjaman peribadi. Pilih untuk bayar semula antara 12 atau  24 bulan.

Anda juga akan mendapat akses kepada program RHB Smart Pay yang memudahkan anda buat bayaran bil bulanan Telekom, Maxis, Digi, Astro atau bil-bil lain secara automatik, terus melalui kad kredit.

Yuran Tahunan Berpatutan

Pihak RHB mengenakan caj yuran tahunan sebanyak RM200 untuk kad RHB Limited Edition White Visa Rewards. Walau bagaimanapun, yuran untuk tahun pertama adalah percuma. Caj ini juga akan diketepikan pada tahun berikutnya untuk perbelanjaan tidak kurang  daripada RM10,000.

Caj-caj lain pula adalah seperti SST sebanyak RM25 ketika anda mengaktifkan kad, dan setiap tarikh ulang tahun. Terdapat juga caj penalti lewat bayar berjumlah RM10 atau 1% daripada baki tertunggak. Caj lewat bayar ini hanya akan dikenakan sekiranya anda gagal buat bayaran minimum RM50 atau 5% daripada baki.

Anda juga boleh mengeluarkan tunai dari ATM dengan kad ini. RHB akan mengenakan caj pengeluaran tunai sebanyak RM15 atau 5%, yang mana lebih tinggi.

Syarat Kelayakan Yang Tidak Membebankan

Walaupun kad kredit RHB ini menawarkan pelbagai ganjaran, syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon tidak begitu ketat. Sesiapa sahaja boleh mohon kad ini dengan syarat anda berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan tidak kurang daripada RM2,000.

Kad kredit RHB Limited Edition White Visa Rewards Credit Card bukan sahaja menawarkan mata ganjaran yang menarik, tetapi juga sangat sesuai buat kaki golf dan pelan kredit yang lengkap sangat membantu mereka yang ingin menguruskan kewangan dengan bijak.

Nikmati keistimewaan dengan kad ini – baca ciri lengkap dan cara memohon pada maklumat lanjut di bawah.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit RHB Limited Edition White Visa Rewards Credit Card/i

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan pulangan mata ganjaran RHB Loyalty Point untuk setiap perbelanjaan anda dengan kad edisi terhad ini. Rujuk jadual di bawah untuk ciri mata ganjaran lengkap.

JUMLAH MATA GANJARAN (POINT) JUMLAH PERBELANJAAN (RM) JENIS PERBELANJAAN
10 RM1 Tiket wayang
4 RM1 Transaksi luar negara
3 RM1 Transaksi dalam talian
2 RM1 Kesihatan
2 RM1 Insurans/Takaful
2 RM1 Runcit
1 RM1 Lain-lain

Ciri premium

Nikmati caj yuran hijau percuma di padang golf yang mengambil bahagian di seluruh negara. Hanya buat tempahan dengan menghubungi pusat khidmat pelanggan RHB di talian 03-92068118.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM200
Tahun pertama tiada yuran tahunan. Tahun berikutnya yuran diketepikan untuk perbelanjaan tidak kurang daripada RM10,000.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

RHB Smart Move Balance Transfer
RHB Smart Move Balance Transfer

Pindahan baki dari serendah RM1,000 hingga 80% had kredit anda dengan bayaran sehingga 24 bulan. Tiada caj pengendalian dan caj penamatan awal yang dikenakan.

Maklumat Lanjut
RHB Smart Instalment
RHB Smart Instalment

Tukar pembelian anda kepada pelan Easy Payment RHB Smart Instalment dan nikmati tempoh bayaran sehingga 24 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
RHB CashXcess
RHB CashXcess

Pinjaman tunai dari RM1,000 hingga 80% had kredit (credit limit) kad RHB anda dengan kadar faedah yang berpatutan dan tempoh pinjaman sehingga 24 bulan

Maklumat Lanjut

Cara Mohon RHB Limited Edition White Visa Rewards Credit Card/i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit RHB Limited Edition White Visa Rewards Credit Card/i

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, RHB Bank Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh RHB Bank Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan RHB Bank Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit RHB Limited Edition White Visa Rewards Credit Card/i untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. RHB Bank Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit RHB Limited Edition White Visa Rewards Credit Card/i

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung RHB Limited Edition White Visa Rewards Credit Card/i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi RHB Bank Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang RHB Bank Berhad

RHB Bank Berhad
RHB Bank Berhad, yang terbentuk melalui penggabungan dan kini merupakan kumpulan perbankan keempat terbesar di Malaysia. Dengan 194 cawangan di seluruh negara serta kehadiran antarabangsa, RHB (menerusi RHB Islamic Bank) mengamalkan konsep Universal Banking. Ia menawarkan rangkaian komprehensif perkhidmatan perbankan konvensional dan Islamik untuk memenuhi pelbagai keperluan kewangan individu dan perniagaan, termasuk penyelesaian khusus untuk…
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…