Maybank American Express Cash Back Gold

Maybank American Express Cash Back Gold
badge-percent
Kadar faedah
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
RM70
Tahun pertama adalah percuma
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM2500
stars
Ciri utama
Ganjaran Petrol, Pulangan Tunai
square-list
Pelan kad kredit
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Amex Contactless

Maybank American Express Cash Back Gold adalah kad kredit daripada Maybank. Seperti namanya, kad ini menawarkan ciri rebat tunai atau cash back. Anda akan mendapat rebat tunai untuk setiap transaksi menggunakan kad ini. Yang menariknya kelebihan rebat tunai yang ditawarkan ini tidak mempunyai jumlah belanja minimum, dan tiada had maksimum.

Dalam erti kata lain, anda akan dapat rebat tunai dengan setiap perbelanjaan kad kredit Maybank American Express Cash Back Gold ini – tidak kira berapa yang anda belanjakan. Jumlah rebat tunai yang ditawarkan ialah 1% untuk setiap transaksi dalam negara, dan 1.5% untuk transaksi luar negara.

Kad kredit Maybank ini juga didatangkan dengan pelan pindahan baki Maybankard Balance Transfer Program. Anda boleh buat pindahan baki dari kad lama dengan jumlah sehingga RM2,000 dan tempoh bayaran sehingga 36 bulan. Caj kadar faedah tahunan pula adalah serendah 4.95% p.a.

Bagi yang gemar berbelanja pula, gunakan pelan ansuran mudah Maybank. Pihak Maybank menawarkan dua pelan ansuran mudah iaitu Maybank EzyPay dan Maybank EzyPay Plus. Anda hanya perlu berbelanja serendah RM50 untuk melayakkan anda menggunakan pelan easy payment daripada Maybank. Pilih bayaran balik sehingga 36 bulan tanpa caj kadar faedah dan tiada caj pengendalian.

Kad kredit Maybank American Express Cash Back Gold juga menawarkan pelan ansuran tunai (cash advance) bagi mereka yang perlukan tunai segera. Pilih antara pelan Maybank EzyCash atau pelan Maybank Cash Treats. Anda boleh buat pinjaman tunai serendah RM1,000 dan buat bayaran balik sehingga 36 bulan. Caj kadar faedah yang ditawarkan untuk kedua-dua pelan ini adalah sangat berpatutan.

Sesiapa sahaja boleh mohon kad ini. Anda cuma berumur 21 tahun hingga 65 tahun dengan pendapatan bulanan tidak kurang daripada RM2,500 atau RM30,000 setahun. Yuran tahunan yang dikenakan ialah RM70 setahun dan tahun pertama adalah percuma. Caj kadar faedah pula adalah 15% p.a.

Berminat untuk mohon kad Maybank American Express Cash Back Gold? Baca lebih lanjut tentang kelebihan kad ini, syarat kelayakan lengkap untuk mohon, caj dan yuran yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon kad ini secara atas talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Maybank American Express Cash Back Gold

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan rebat tunai (cash back) setiap bulan tanpa had dan tanpa jumlah belanja minimum dengan kad kredit AMEX Cash Back Gold ini. Anda akan diberi rebat sebanyak 1% untuk setiap transaksi dalam negara. Untuk transaksi luar negara pula, ganjaran 1.5% rebat tunai akan diberikan.

Jenis Rebat Tunai Kadar Rebat Tunai Had Bulanan Perbelanjaan
Perbelanjaan dalam negara 1% Tiada Sebarang amaun
Perbelanjaan luar negara 1.5% Tiada Sebarang amaun

Ganjaran petrol

Dapatkan rebat tunai sebanyak 1% setiap kali anda mengisi minyak petrol di dalam negara, dan 1.5% untuk isian di luar negara.

Pelan Kad Kredit Maybank American Express Cash Back Gold

Pelan pemindahan baki (balance transfer)

Maybankard Balance Transfer Program
Buat pindahan baki ke kad kredit Maybank dengan pindahan serendah RM1,000 tanpa caj pengendalian dan kadar faedah yang rendah. Tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.
Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
6 1.88% Tiada RM1,000
9 Tiada 9% p.a RM1,000
12 3% Tiada RM1,000
24 Tiada 4.5% p.a RM2,000
36 Tiada 4.95% p.a RM2,000

Pelan bayaran ansuran (easy payment plan)

Maybankard EzyPay

Gunakan pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay untuk pembelian serendah RM50 dengan tempoh bayaran selama 36 bulan tanpa caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Tempoh Bayaran (Bulan)Caj Pengendalian (%)Kadar Faedah (% p.a)Pembelian Minimum (RM)
3TiadaTiadaRM50
6TiadaTiadaRM50
12TiadaTiadaRM50
18TiadaTiadaRM50
24TiadaTiadaRM50
36TiadaTiadaRM50
Maybankard EzyPay PLUS

Tukar sebarang pembelian anda yang bernilai RM500 ke atas kepada pelan bayaran ansuran Maybank EzyPay Plus. Tempoh bayaran fleksibel dari 6 bulan hingga 24 bulan.

Tempoh Bayaran (Bulan)Caj Pengendalian (%)Kadar Faedah (% p.a)Pembelian Minimum (RM)
6Tiada4.5% p.aRM500
12Tiada9% p.aRM500
18Tiada9% p.aRM3,000
24Tiada9% p.aRM5,000

Pelan ansuran tunai (cash instalment plan)

Maybankard CashTreats

Pinjaman tunai daripada Maybank serendah RM1,000 dengan tempoh pinjaman sehingga 36 bulan. Kadar faedah tetap dan proses permohonan yang ringkas.

Tempoh Pinjaman (Bulan)Kadar Faedah (% p.a)
68.88% p.a
128.88% p.a
188.88% p.a
248.88% p.a
308.88% p.a
368.88% p.a
Maybankard EzyCash EzyCash-i

Pelan ansuran tunai kad kredit tanpa caj faedah (zero interest) dengan pinjaman minimum serendah RM2,000 dan tempoh pinjaman selama 6 bulan.

Tempoh Pinjaman (Bulan)Kadar Faedah (% p.a)
60% p.a

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM2500 Sebulan atau RM30000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) RM70
Tahun pertama adalah percuma
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card) RM45
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum RM25 atau 5% dari amaun tertunggak.
Caj Lewat Bayar
Had Pendahuluan Tunai Harian Tiada
Caj Pendahuluan Tunai RM18 atau 5% dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi).
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Cara Mohon Maybank American Express Cash Back Gold

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Anda boleh mohon Maybank American Express Cash Back Gold dengan mengunjungi mana-mana cawangan Maybank (Malayan Banking Berhad) berdekatan anda.

Anda juga boleh mohon secara atas talian (online) melalui laman web Maybank (Malayan Banking Berhad).

Soalan Lazim

Pertanyaan

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Maybank American Express Cash Back Gold

Apakah kad Kredit Maybank American Express Cash Back Gold?

chevron-down

Kad kredit Maybank American Express Cash Back Gold adalah kad kredit yang ditawarkan oleh Maybank (Malayan Banking Berhad).

Apakah kelebihan kad Kredit ini berbanding kad kredit yang lain?

chevron-down

Kad kredit Maybank American Express Cash Back Gold menawarkan ciri-ciri menarik seperti Ganjaran Petrol, Pulangan Tunai dan Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Ciri-Ciri Kad Kredit di atas.

Siapakah yang boleh mohon kad kredit ini?

chevron-down

Kad ini boleh dimohon oleh Sesiapa sahaja yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan RM2500 ke atas atau pendapatan tahunan RM30000 ke atas. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya tidak pernah mempunyai sebarang kad kredit sebelum ini, bolehkah saya mohon Kad Kredit Maybank American Express Cash Back Gold?

chevron-down

Boleh, tiada masalah untuk anda mohon Kad Kredit ini sekiranya ini kali pertama anda ingin mohon Kad Kredit dan anda mencukupi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk mohon.

Saya adalah pemegang kad kredit Maybank (Malayan Banking Berhad) yang sedang aktif, bolehkah saya mohon kad kredit ini?

chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Saya adalah pemegang kad kredit dari bank lain, bolehkah saya mohon kad kredit Maybank American Express Cash Back Gold?

chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Berapakah kadar faedah (interest rate) yang dikenakan untuk kad kredit ini?

chevron-down

Maybank (Malayan Banking Berhad) mengenakan kadar faedah tahunan sebanyak 15% p.a.

Berapakah had kredit (credit limit) yang dibenarkan?

chevron-down

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh pihak bank berdasarkan sejarah kredit dan pendapatan bulanan anda.

Apakah caj atau fi yang dikenakan untuk kad kredit ini?

chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj dan Yuran yang Dikenakan di atas.

Bolehkah saya keluarkan wang tunai melalui mesin ATM dengan kad ini?

chevron-down

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini semata-mata untuk pindahan baki (balance transfer)?

chevron-down

Boleh. Tetapi pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya ada rekod senarai hitam (blacklist) di laporan CTOS saya?

chevron-down

Soalan ini adalah sangat subjektif apabila memohon kad kredit. Faktor yang memainkan peranan utama ialah skor kredit, bukannya jumlah senarai hitam anda. Dalam erti kata lain, lulus atau tidak adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak bank. Anda boleh rujuk dengan pihak Maybank (Malayan Banking Berhad) sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CTOS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya rekod kredit saya tidak cantik di laporan CCRIS saya?

chevron-down

Seperti juga jawapan untuk soalan tentang senarai hitam di laporan CTOS. Keputusan permohonan adalah bergantung kepada skor kredit anda, dan faktor-faktor lain seperti pendapatan, risiko, rekod kredit, dan sebagainya. Anda boleh rujuk dengan pihak Maybank (Malayan Banking Berhad) sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CCRIS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)?

chevron-down

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Bagaimana saya nak mohon kad kredit Maybank American Express Cash Back Gold?

chevron-down

Sila rujuk bahagian Cara Memohon di atas.

Ada soalan tambahan berhubung Maybank American Express Cash Back Gold?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk menanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Langgan
Maklumkan

6 Comments
Terbaru
Terakhir
Inline Feedbacks
View all comments

Penafian:

Maklumat berhubung Maybank American Express Cash Back Gold adalah terkini pada tarikh 17/06/2024. Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi Maybank (Malayan Banking Berhad) atau menghubungi khidmat pelanggan Maybank (Malayan Banking Berhad) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Maybank (Malayan Banking Berhad)

Maybank Malayan Banking Berhad

Maybank (Malayan Banking Berhad)

Maybank (Malayan Banking Berhad) ditubuhkan pada tahun 1960 oleh Khoo Teck Puat dan beberapa rakan kongsi di Kuala Lumpur. Sejak penubuhannya, Malayan Banking Berhad telah berkembang dengan pesat dan telah …

Baca selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Alliance Bank You:nique Rewards

Dapatkan mata ganjaran tanpa had hanya dengan setiap perbelanjaan RM1 menggunakan kad kredit ini. Timeless…

Public Bank Gold Visa

Ingin ganjaran pulangan rebat tunai tanpa had setiap bulan? Kad kredit Public Bank Gold Visa…

Kad Kredit OCBC World MasterCard

Kad kredit OCBC World MasterCard menawarkan keistimewaan premium dengan pulangan tunai tanpa had dan perlindungan…

Kad kredit HSBC Premier Travel

Kad kredit HSBC Premier Travel menawarkan keistimewaan eksklusif dengan ganjaran mata Air Miles dan ciri…