Alliance Bank You:nique Rewards

Alliance Bank You:nique Rewards
Alliance bank malaysia berhad
Kad kredit daripada
share-nodes
Kongsi
badge-percent
Kadar faedah
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran tahunan
RM148
Tahun pertama adalah percuma. Tahun seterusnya yuran diketepikan sekiranya anda berbelanja RM5,000 atau lebih, atau menggunakan kad anda lebih dari 12 kali dalam tempoh setahun.
wallet
Kelayakan Pendapatan
RM2000
stars
Ciri utama
Ganjaran (Rewards)
square-list
Pelan kad kredit
Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass

Alliance Bank You:nique Rewards adalah kad kredit unik yang ditawarkan oleh Alliance Bank Berhad. Kad ini adalah antara kad kredit yang memberikan mata ganjaran terbanyak berbanding kad kredit yang lain. Mata ganjaran yang terkumpul juga akan kekal tanpa sebarang tempoh tamat melalui program Alliance Timeless Bonus Points.

Ini buat kad kredit ini sangat sesuai untuk mereka yang gemar mengumpul mata ganjaran.

Alliance juga menawarkan program Alliance OneBank Rewards untuk kad ini. Ini adalah program yang menambah mata ganjaran anda jika anda menggunakan sebarang produk atau perkhidmatan dari Alliance Bank.

Ciri  menarik lain yang buat kad ini popular adalah pelan bayaran ansuran tanpa sebarang kadar faedah.

Anda juga boleh buat kad kredit ini lebih menarik dengan meletak gambar pilihan anda pada kad ini.

Baca lebih lanjut untuk mengetahui dengan lebih terperinci ciri-ciri yang ditawarkan oleh Alliance Bank melalui Kad Kredit You:nique Rewards, dan bagaimana anda boleh mohon kad ini dengan mudah secara online.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Alliance Bank You:nique Rewards

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan 2x mata ganjaran dengan setiap perbelanjaan anda. Ini adalah mata ganjaran tertinggi yang ditawarkan oleh mana-mana kad kredit. Anda hanya perlu berbelanja RM1 untuk 2x mata ganjaran. Mata ganjaran ini juga tidak ada tarikh tamat tempoh dengan pelan “Timeless Bonus Points”  Alliance Bank.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
2 RM1 Semua transaksi perbelanjaan dalam dan luar negara

Pelan Kad Kredit Alliance Bank You:nique Rewards

Pelan pemindahan baki (balance transfer)

Alliance Bank Balance Transfer Plan
Pelan pindahan baki kad kredit dengan pindahan serendah RM1,000 dengan tempoh bayaran semula sehingga 24 bulan tanpa sebarang caj pengendalian.
Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
6 Tiada Tiada* RM3,000
12  Tiada 9.88% p.a RM1,000
18  Tiada 9.88% p.a RM1,000
24  Tiada 9.88% p.a RM1,000

* Promosi terhad sah sehingga 31 Disember 2019

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon Sesiapa sahaja
Kelayakan Gaji Gaji kasar RM2000 Sebulan atau RM24000 Setahun
Kelayakan Umur 21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal).
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary).

Tak layak?

Sekiranya anda tak cukup syarat untuk mohon kad kredit ini, anda boleh cari kad yang sesuai dengan kelayakan anda melalui Sistem Cari Kad Kredit yang kami sediakan.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Cardholder) RM148
Tahun pertama adalah percuma. Tahun seterusnya yuran diketepikan sekiranya anda berbelanja RM5,000 atau lebih, atau menggunakan kad anda lebih dari 12 kali dalam tempoh setahun.
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card) RM30
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan).
Bayaran Bulanan Minimum RM50 atau 5% dari amaun tertunggak.
Caj Lewat Bayar RM10 atau 1% dari amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian 80% dari jumlah keseluruhan.
Caj Pendahuluan Tunai RM15 atau 5% dari amaun pengeluaran (yang lebih tinggi).
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai 18%

Cara Mohon Alliance Bank You:nique Rewards

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Harap maaf. Kad kredit Alliance Bank You:nique Rewards telah diberhentikan sementara oleh pihak Alliance Bank Malaysia Berhad. Anda masih boleh cari kad kredit yang sesuai dengan kelayakan anda menerusi Sistem Cari Kad Kredit yang kami sediakan.

Soalan Lazim Kad Kredit Alliance Bank You:nique Rewards

Berikut adalah jawapan untuk soalan-soalan yang sering ditanyakan berkaitan kad kredit Alliance Bank You:nique Rewards
Apakah kad Kredit Alliance Bank You:nique Rewards?
chevron-down

Kad kredit Alliance Bank You:nique Rewards adalah kad kredit yang ditawarkan oleh Alliance Bank Malaysia Berhad.

Apakah kelebihan kad Kredit ini berbanding kad kredit yang lain?
chevron-down

Kad kredit Alliance Bank You:nique Rewards menawarkan ciri-ciri menarik seperti Ganjaran (Rewards) dan Pindahan Baki. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Ciri-Ciri Kad Kredit di atas.

Siapakah yang boleh mohon kad kredit ini?
chevron-down

Kad ini boleh dimohon oleh Sesiapa sahaja yang berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan bulanan RM2000 ke atas atau pendapatan tahunan RM24000 ke atas. Untuk maklumat lanjut sila rujuk bahagian Syarat Kelayakan di atas.

Saya tidak pernah mempunyai sebarang kad kredit sebelum ini, bolehkah saya mohon Kad Kredit Alliance Bank You:nique Rewards?
chevron-down

Boleh, tiada masalah untuk anda mohon Kad Kredit ini sekiranya ini kali pertama anda ingin mohon Kad Kredit dan anda mencukupi syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan untuk mohon.

Saya adalah pemegang kad kredit Alliance Bank Malaysia Berhad yang sedang aktif, bolehkah saya mohon kad kredit ini?
chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Saya adalah pemegang kad kredit dari bank lain, bolehkah saya mohon kad kredit Alliance Bank You:nique Rewards?
chevron-down

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Berapakah kadar faedah (interest rate) yang dikenakan untuk kad kredit ini?
chevron-down

Alliance Bank Malaysia Berhad mengenakan kadar faedah tahunan sebanyak 15% p.a.

Berapakah had kredit (credit limit) yang dibenarkan?
chevron-down

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh pihak bank berdasarkan sejarah kredit dan pendapatan bulanan anda.

Apakah caj atau fi yang dikenakan untuk kad kredit ini?
chevron-down

Sila rujuk pada bahagian Caj dan Yuran yang Dikenakan di atas.

Bolehkah saya keluarkan wang tunai melalui mesin ATM dengan kad ini?
chevron-down

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini semata-mata untuk pindahan baki (balance transfer)?
chevron-down

Boleh. Tetapi pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya ada rekod senarai hitam (blacklist) di laporan CTOS saya?
chevron-down

Soalan ini adalah sangat subjektif apabila memohon kad kredit. Faktor yang memainkan peranan utama ialah skor kredit, bukannya jumlah senarai hitam anda. Dalam erti kata lain, lulus atau tidak adalah bergantung sepenuhnya kepada pihak bank. Anda boleh rujuk dengan pihak Alliance Bank Malaysia Berhad sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CTOS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya rekod kredit saya tidak cantik di laporan CCRIS saya?
chevron-down

Seperti juga jawapan untuk soalan tentang senarai hitam di laporan CTOS. Keputusan permohonan adalah bergantung kepada skor kredit anda, dan faktor-faktor lain seperti pendapatan, risiko, rekod kredit, dan sebagainya. Anda boleh rujuk dengan pihak Alliance Bank Malaysia Berhad sekiranya anda layak atau tidak untuk mohon dengan mengemukakan laporan CCRIS anda.

Bolehkah saya mohon kad kredit ini sekiranya saya di bawah selaan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK)?
chevron-down

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Bagaimana saya nak mohon kad kredit Alliance Bank You:nique Rewards?
chevron-down

Sila rujuk bahagian Cara Memohon di atas.

newspaper

Ada soalan tambahan?

Tinggalkan soalan anda pada ruangan Soalan & Pertanyaan di bawah. 

Ada Soalan Tentang Alliance Bank You:nique Rewards?

Atau sekadar ingin berkongsi pengalaman? Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.
Subscribe
Notify of

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments