Akan dibuka dalam tab baharu

HSBC Card Instalment Plan

HSBC Card Instalment Plan adalah pelan bayaran ansuran mudah kad kredit (Easy Payment Plan) yang ditawarkan oleh HSBC Bank Malaysia. Pelan ini menawarkan tempoh bayaran ansuran antara 6 bulan hingga 36 bulan. Anda cuma perlu buat pembelian minimum berjumlah RM500 untuk melayakkan anda menggunakan pelan bayaran ansuran mudah ini.

Pelan ini tidak mengenakan sebarang faedah (zero interest) mahupun caj pengendalian (upfront handling fee). Jadi anda tidak perlu risau anda perlu bayar lebih untuk setiap pembelian anda dengan pelan ini.

Pihak HSBC juga membenarkan anda buat bayaran bulanan minimum sekiranya anda sukar untuk buat bayaran ansuran penuh setiap bulan. Jumlah bayaran bulanan minimum yang dibenarkan ialah RM50 atau 5% daripada baki tunggakan – yang mana yang lebih tinggi. Walau bagaimanapun, HSBC akan mengenakan caj faedah terhadap baki yang tertunggak. Nilai kadar faedah akan ditentukan oleh pihak HSBC.

Anda tidak perlu membayar sebarang caj sekiranya anda berhasrat untuk membayar semua baki anda lebih awal daripada tempoh yang dipersetujui untuk pelan HSBC Card Instalment Plan ini. Pihak HSBC tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal (early settlement fee). Tetapi, anda harus memaklumkan kepada HSBC dalam bentuk notis bertulis 14 hari lebih awal.

HSBC Card Instalment Plan
money-bill-1-wave
Pembelian Minimum
RM500
calendar-range
Tempoh Bayaran
6 bulan hingga 36 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
Tiada kadar faedah (Zero Interest)
square-dollar
Caj Pengendalian
Tiada caj upfront
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
RM50 atau 5% daripada baki tunggakan
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual HSBC Card Instalment Plan

Dapatkan barangan idaman dengan kad kredit HSBC anda dan sertai pelan bayaran ansuran mudah ini dengan pembelian serendah RM500 dan tempoh bayaran ansuran sehingga 36 bulan. Tiada caj faedah dan tiada caj pengendalian.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
6 Tiada Tiada RM500
12 Tiada Tiada RM1,000
18 Tiada Tiada RM1,500
24 Tiada Tiada RM2,000
36 Tiada Tiada RM2,000

Cara mohon HSBC Card Instalment Plan

  1. Buat transaksi pembelian dengan kad kredit HSBC di pedagang yang mengambil bahagian.
  2. Pilih tempoh bayaran ansuran yang anda ingini.

Kad kredit HSBC Card Instalment Plan

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan HSBC Card Instalment Plan. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

HSBC Amanah MPower Platinum Credit Card-i

HSBC Amanah MPower Platinum Credit Card-i
Kad kredit HSBC Amanah MPower Platinum Credit Card-i menawarkan ganjaran rebat tunai (Cashback) sehingga 8% untuk setiap perbelanjaan anda, dalam dan luar negara. Juga nikmati ciri-ciri Premium dengan program VIP HSBC.
Info Lanjut

HSBC Visa Signature

HSBC Visa Signature
Kad kredit HSBC Visa Signature menawarkan sehingga 8x mata ganjaran untuk setiap RM1 bagi perbelanjaan dalam dan luar negara, offline dan online. Dapatkan juga keistimewaan premium yang didatangkan dengan kad Visa Signature ini.
Info Lanjut

HSBC Advance Visa Platinum

Kad Kredit HSBC Advance Visa Platinum
Kad kredit HSBC Advance Visa Platinum adalah kad yang didatangkan dengan ciri Premium VISA dan HSBC. Kad ini juga memberikan sehingga 3x mata ganjaran (rewards points) untuk setiap perbelanjaan anda.
Info Lanjut

HSBC Platinum

HSBC Platinum Credit Card
Kaki shopping? Kad kredit HSBC menawarkan mata ganjaran sehingga 8x dengan setiap transaksi pembelian barangan anda, dalam talian dan juga luar talian, di dalam dan luar negara. Nikmati juga diskaun dan tawaran hebat melalui program-program HSBC.
Info Lanjut

HSBC Premier World MasterCard

HSBC Premier World MasterCard Credit Card
Kad kredit HSBC Premier World MasterCard memberi pulangan sehingga 10x mata ganjaran dan didatangkan dengan ciri-ciri menarik khusus untuk pemegang akaun bank HSBC Premier.
Info Lanjut

HSBC Amanah Premier World MasterCard-i

HSBC Amanah Premier World Mastercard Credit Card-i
Kad kredit HSBC Amanah Premier World Mastercard Credit Card-i menawarkan keistimewaan premium dan pulangan tunai tanpa had, dan juga yuran tahunan percuma seumur hidup.
Info Lanjut

HSBC Premier Travel

Kad kredit HSBC Premier Travel
Kad kredit HSBC Premier Travel menawarkan keistimewaan eksklusif dengan ganjaran mata Air Miles dan ciri premium yang menarik. Kad ini ditawarkan kepada pemegang akaun HSBC Premier yang setia dengan HSBC.
Info Lanjut

HSBC Live+ Credit Card

Kad kredit HSBC Live+
Kad Kredit HSBC Live+ menawarkan cashback sehingga 8% untuk perbelanjaan menjamu selera, membeli-belah, dan hiburan, menjadikannya pilihan menarik bagi pengguna yang sering berbelanja dalam kategori ini.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.