Akan dibuka dalam tab baharu

HSBC Balance Transfer Instalment (BTI)

HSBC Balance Transfer Instalment (BTI) adalah pelan pindahan baki kad kredit yang ditawarkan oleh HSBC Bank Malaysia Berhad. Pelan pemindahan baki ini menawarkan tempoh bayaran dari 3 bulan hingga 12 bulan apabila anda memindahkan baki kad kredit yang sedia ada kepada kad kredit HSBC.

Anda boleh buat pindahan baki serendah RM1,000. Jumlah maksimum pula akan ditetapkan berdasarkan had kredit (credit limit) kad kredit HSBC anda.

Pelan pindahan baki HSBC adalah pelan zero-interest. Anda tidak akan dikenakan sebarang caj kadar faedah. Hanya caj pengendalian (upfront handling fee) dikenakan untuk pelan ini. Caj pengendalian ini dikenakan sekali sahaja, dan bergantung kepada pelan/tempoh bayaran yang anda pilih. Caj bermula daripada 0% sehingga 3.88%.

Pihak HSBC tidak membenarkan bayaran bulanan minimum. Oleh itu anda perlu buat bayaran penuh setiap bulan untuk mengelakkan caj kadar faedah yang tinggi, dan caj penalti lewat bayar.

Walaubagaimanapun, HSBC tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal (early settlement fee) untuk pelan HSBC Balance Transfer Instalment sekiranya anda berhasrat untuk melangsaikan semua baki tertunggak anda lebih awal dari perjanjian.

HSBC Balance Transfer Plan
calendar-range
Tempoh Bayaran
3 bulan hingga 12 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
Tiada kadar faedah (0% p.a)
square-dollar
Caj Pengendalian
Tiada caj upfront
money-bill-1-wave
Jumlah Pindahan
RM1000 hingga Bergantung kepada had kredit (credit limit)
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
Bayaran penuh
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual HSBC Balance Transfer Instalment (BTI)

Pelan pindahan baki kad kredit dengan jumlah pindahan minimum RM1,000 dan tempoh bayaran semula sehingga 12 bulan. Tiada caj penamatan awal.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Jumlah Pindahan Minimum (RM)
3 Tiada Tiada RM1,000
6 1.88% Tiada RM1,000
12 3.88% Tiada RM1,000

Cara mohon HSBC Balance Transfer Instalment (BTI)

Anda boleh mohon pelan pindahan baki kad kredit HSBC dengan mengunjungi cawangan HSBC terdekat atau hubungi HSBC di talian 03-8321 5400 dan nyatakan anda ingin mohon pelan HSBC Balance Transfer Instalment (BTI).

Kad kredit HSBC Balance Transfer Instalment (BTI)

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan HSBC Balance Transfer Instalment (BTI). Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

HSBC Platinum

HSBC Platinum Credit Card
Kaki shopping? Kad kredit HSBC menawarkan mata ganjaran sehingga 8x dengan setiap transaksi pembelian barangan anda, dalam talian dan juga luar talian, di dalam dan luar negara. Nikmati juga diskaun dan tawaran hebat melalui program-program HSBC.
Info Lanjut

HSBC Visa Signature

HSBC Visa Signature
Kad kredit HSBC Visa Signature menawarkan sehingga 8x mata ganjaran untuk setiap RM1 bagi perbelanjaan dalam dan luar negara, offline dan online. Dapatkan juga keistimewaan premium yang didatangkan dengan kad Visa Signature ini.
Info Lanjut

HSBC Advance Visa Platinum

Kad Kredit HSBC Advance Visa Platinum
Kad kredit HSBC Advance Visa Platinum adalah kad yang didatangkan dengan ciri Premium VISA dan HSBC. Kad ini juga memberikan sehingga 3x mata ganjaran (rewards points) untuk setiap perbelanjaan anda.
Info Lanjut

HSBC Amanah MPower Platinum Credit Card-i

HSBC Amanah MPower Platinum Credit Card-i
Kad kredit HSBC Amanah MPower Platinum Credit Card-i menawarkan ganjaran rebat tunai (Cashback) sehingga 8% untuk setiap perbelanjaan anda, dalam dan luar negara. Juga nikmati ciri-ciri Premium dengan program VIP HSBC.
Info Lanjut

HSBC Premier World MasterCard

HSBC Premier World MasterCard Credit Card
Kad kredit HSBC Premier World MasterCard memberi pulangan sehingga 10x mata ganjaran dan didatangkan dengan ciri-ciri menarik khusus untuk pemegang akaun bank HSBC Premier.
Info Lanjut

HSBC Amanah Premier World MasterCard-i

HSBC Amanah Premier World Mastercard Credit Card-i
Kad kredit HSBC Amanah Premier World Mastercard Credit Card-i menawarkan keistimewaan premium dan pulangan tunai tanpa had, dan juga yuran tahunan percuma seumur hidup.
Info Lanjut

HSBC Premier Travel

Kad kredit HSBC Premier Travel
Kad kredit HSBC Premier Travel menawarkan keistimewaan eksklusif dengan ganjaran mata Air Miles dan ciri premium yang menarik. Kad ini ditawarkan kepada pemegang akaun HSBC Premier yang setia dengan HSBC.
Info Lanjut

HSBC Live+ Credit Card

Kad kredit HSBC Live+
Kad Kredit HSBC Live+ menawarkan cashback sehingga 8% untuk perbelanjaan menjamu selera, membeli-belah, dan hiburan, menjadikannya pilihan menarik bagi pengguna yang sering berbelanja dalam kategori ini.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan  untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.