Akan dibuka dalam tab baharu

ICBC Visa Gold

ICBC Visa Gold
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
13.5% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM150
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM4000
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
list
Ciri Menarik
Mata Ganjaran

ICBC Visa Gold adalah kad kredit yang ditawarkan oleh ICBC Malaysia, iaitu anak syarikat Industrial and Commercial Bank of China (ICBC). Kad ini dicipta khusus bagi mereka yang selalu berkunjung ke negara China kerana kad ini boleh digunakan untuk transaksi Ringgit Malaysia (MYR) dan juga Yuan Renminbi (CNY).

Ciri utama kad kredit ICBC ini ialah ganjaran dalam bentuk rewards points untuk setiap transaksi, tidak kira transaksi di dalam Ringgit Malaysia mahupun Yuan Renminbi. Anda akan mendapat satu mata ganjaran untuk transaksi RM1 atau RMB2.

Mata ganjaran ini tiada had dan tidak ada tempoh tamat. Jadi, anda boleh berbelanja dan kumpul mata ganjaran sebanyak mana yang anda ingin. Mata ganjaran ini kemudiannya boleh anda tebus melalui program ICBC Bonus Point Redemption programme.

Kad kredit ICBC Visa Gold ditawarkan kepada warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang dari RM48,000, atau RM4,000 sebulan. Caj kadar faedah tahunan yang dikenakan pula ialah 13.5% p.a.

Pihak ICBC mengenakan yuran tahunan sebanyak RM150 untuk kad utama, dan RM75 untuk kad tambahan. Walaubagaimanapun, yuran tahunan ini dibatalkan pada tahun pertama anda memiliki kad ini, dan tahun berikutnya juga adalah percuma sekiranya anda menggunakan kad ICBC Visa Gold lebih daripada 5 kali setahun.

Berminat untuk mohon kad ini? Baca lebih lanjut tentang syarat kelayakan lengkap yang diperlukan untuk mohon, caj dan yuran yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon kad ini secara atas-talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit ICBC Visa Gold

Pulangan tunai (cashbacks)

Dapatkan satu mata ganjaran tanpa had dan tanpa tempoh tamat dengan setiap perbelanjaan anda di Malaysia ataupun di China. Mata ganjaran ini boleh anda tebus melalui untuk baucar hadiah daripada Giant, Parkson, Isetan atau AEON melalui ICBC Bonus Point Redemption programme.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan
1 RM1 Perbelanjaan runcit dalam negara
1 RMB2 Perbelanjaan runcit di negara China

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM4000 sebulan atau RM48000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM150
Tahun pertama adalah percuma. Tahun berikutnya dibatalkan untuk penggunaan lebih dari 5 kali setahun
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM75
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM5 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM20 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Cara Mohon ICBC Visa Gold

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit ICBC Visa Gold

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit ICBC Visa Gold untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit ICBC Visa Gold

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung ICBC Visa Gold?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang ICBC Malaysia – Industrial and Commercial Bank of China (Malaysia) Berhad

ICBC Malaysia
ICBC Malaysia, anak syarikat Industrial and Commercial Bank of China Limited – bank terbesar di dunia – membawa kekuatan perbankan global ke Malaysia sejak 2010. Diiktiraf antara bank terbaik dunia, ICBC Malaysia menawarkan pelbagai perkhidmatan perbankan komprehensif untuk memenuhi keperluan kewangan individu dan korporat.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Maybank Shopee Visa Platinum

Kad kredit Maybank ini menawarkan keistimewaan mata ganjaran (reward points) dalam bentuk Shopee Coin dan…

Citi Simplicity

Rebat tunai sehingga 10%? Tidak ada masalah dengan kad kredit ini. Dapatkan rebat tunai sehingga…

Kad kredit AFFIN Islamic Platinum Mastercard-i 

Nikmati pulangan mata ganjaran dan tebus untuk penerbangan percuma, di samping perlindungan Takaful dan Khairat…

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards

Kad kredit AFFIN DUO MasterCard Rewards menawarkan sehingga 3x mata ganjaran, pelan kredit lengkap, dan…