ICBC UnionPay Dual Currency Classic adalah kad kredit yang ditawarkan oleh bank ICBC Malaysia. ICBC atau Industrial and Commercial Bank of China adalah bank terbesar di dunia yang beribu pejabat di China. ICBC Malaysia adalah cawangan ICBC dan telah beroperasi di Malaysia sejak tahun 2010 lagi.
Kad kredit ICBC UnionPay Dual Currency adalah koleksi kad kredit yang dicipta khusus untuk mereka yang sering mengunjungi dan berbelanja di negara China. Kad ini membenarkan anda melakukan transaksi di dalam dua mata wang, iaitu Ringgit Malaysia (MYR) dan juga Yuan Renminbi (CNY). Ini bermakna anda boleh lakukan transaksi CNY di China, dan transaksi MYR di Malaysia dan negara lain. Kelebihan ini buat transaksi di China lebih jimat kerana tiada caj transaksi luar yang akan dikenakan.
Kad kredit ICBC ini menawarkan ciri ganjaran dalam bentuk reward points. Anda akan menerima 1 mata ganjaran untuk setiap transaksi RM1 atau RMB2 yang anda belanjakan di dalam mahupun luar negara. Mata ganjaran bonus point ini adalah tanpa had dan tidak akan tamat tempoh. Anda juga boleh menggunakan kad ini di mesin ATM dan terminal POS di seluruh China.
Kad ICBC UnionPay Dual Currency Classic ini ditawarkan kepada warganegara Malaysia atau warganegara China yang menetap di Malaysia. Anda perlu berumur 21 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM24,000.
Caj yuran tahunan yang dikenakan adalah RM75 di atas kertas. Walau bagaimanapun, anda tidak perlu membayar yuran pada tahun pertama, dan tahun berikutnya juga adalah percuma sekiranya anda menggunakan kad kredit ini lebih daripada 5 kali setiap tahun. Caj kadar faedah tahunan yang dikenakan pula ialah 13.5% p.a. Pihak ICBC menetapkan had kredit (credit limit) sehingga RM3,000 untuk kad Unionpay Dual Currency Classic. Sekiranya anda ingin had kredit yang lebih tinggi, anda boleh mohon kad Unionpay Gold atau Platinum.
Berminat untuk mohon kad ini? Baca lebih lanjut tentang syarat kelayakan lengkap yang diperlukan untuk mohon, caj dan yuran yang dikenakan, dan bagaimana anda boleh mohon kad ini secara atas-talian (online).