Akan dibuka dalam tab baharu

AEON Classic Visa Card

Nikmati ganjaran dan tawaran hebat dengan kad kredit AEON Classic Visa

Kad kredit AEON Classic Visa Card 
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
15% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM30
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
Visa PayWave
list
Ciri Menarik
5% Pulangan tunai, 2x mata ganjaran AEON, Pelan Bayaran Ansuran yang fleksibel

Kad kredit AEON Classic Visa Card adalah sebuah kad serba guna untuk perbelanjaan harian. Kad ini menawarkan pelbagai ganjaran, tawaran eksklusif, dan pelan pembayaran yang fleksibel, menjadikannya pilihan yang menarik untuk individu yang sedang mencari kad ganjaran yang mampu milik.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit AEON Classic Visa Card

  • Dapatkan Mata Ganjaran Dengan Setiap Perbelanjaan – Nikmati 2x mata AEON (AEON Points) dengan setiap RM1 yang dibelanjakan di pasaraya AEON dan AEON BiG, dan 1 mata AEON dengan setiap RM2 untuk perbelanjaan runcit.
  • Pulangan Tunai di Pasaraya AEON dan AEON BiG Thank You Day – Dapatkan 5% pulangan tunai dengan setiap pembelian di pasaraya AEON dan AEON BiG pada 20hb dan 28hb setiap bulan, di hadkan kepada RM100.
  • Pelan Bayaran Ansuran yang Fleksibel – Gunakan pelan pemindahan baki tanpa faedah selama 12 bulan, atau pelan bayaran ansuran juga tanpa faedah selama 36 bulan.
  • Tempoh Tanpa Faedah – Nikmati tempoh bertenang tanpa faedah selama 20 hari untuk setiap pembelian.
  • Tawaran Eksklusif – Dapatkan tawaran-tawaran eksklusif termasuk diskaun dan promosi di pasaraya AEON seluruh Malaysia.
  • Tanpa Yuran Tahunan – Yuran tahunan diketepikan sekiranya anda menggunakan kad kredit AEON Classic Visa Card hanya 12 kali pada tahun tersebut.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Warganegara Malaysia
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan MyKad.
  • Slip gaji 3 bulan terkini / Borang BE (dengan resit bayaran cukai) / Slip gaji 6 bulan terkini untuk penerima komisen / Borang pendaftaran syarikat dan penyata akaun bank syarikat bersama resit bayaran cukai untuk bekerja sendiri.

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM30
Yuran tahun dikecualikan untuk penggunaan tidak kurang daripada 12 kali pada tahun tersebut
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM20
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak. Yang mana lebih tinggi
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak. Dihadkan kepada RM100
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM15 atau 5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Maklumat Tambahan

  • Mata AEON boleh ditebus untuk beli-belah, menjamu selera, dan perjalanan, atau ditukar kepada wang tunai dengan kadar 400 mata AEON kepada RM1.
  • Kad kredit AEON Classic Visa Card diterima di seluruh dunia.

Pelan Pembiayaan

AEON Cards Balance Transfer Plan
AEON Cards Balance Transfer Plan

Pindahkan baki kad kredit anda kepada AEON dan bayar sehingga 6 bulan tanpa kadar faedah dan tiada caj pengendalian dengan pindahan serendah RM1,000.

Maklumat Lanjut
AEON Cards 0% Instalment Payment Plan
AEON Cards 0% Instalment Payment Plan

Buat pembelian barang idaman anda dengan Kad Kredit AEON untuk pelan bayaran ansuran tanpa kadar faedah dan tiada caj pengendalian. Pembelian serendah RM500 dan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
AEON Cards Flexi Payment Plan
AEON Cards Flexi Payment Plan

Buat pembelian serendah RM500 untuk menyertai pelan bayaran ansuran AEON Cards Flexi Payment. Tempoh bayaran sehingga 18 bulan tanpa caj faedah.

Maklumat Lanjut
AEON Ready Cash
AEON Ready Cash

Dapatkan pinjaman tunai sehingga 80% daripada had kredit (credit limit) kad kredit AEON anda dengan pelan ansuran tunai AEON Ready Cash. Tiada caj pengendalian untuk pinjaman melebihi RM1,000.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon AEON Classic Visa Card

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Anda boleh mohon kad kredit AEON Classic Visa Card melalui kaedah berikut.

Dalam talian:

  1. Layari laman web AEON dan pilih AEON Classic Visa Card.
  2. Klik butang “Apply Now” dan lengkapkan borang permohonan.
  3. Hantar borang berserta dokumen yang diperlukan.

Klik untuk ke laman web AEON Credit Service.

Melalui Cawangan:

  1. Kunjungi cawangan AEON Credit Service berdekatan.
  2. Dapatkan borang permohonan, lengkapkan dan hantar bersama dokumen.

Lihat senarai cawangan AEON Credit Service.

Khidmat Pelanggan

Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan atau bantuan, anda boleh guna saluran berikut untuk menghubungi pihak AEON.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit AEON Classic Visa Card

Anda perlu berpendapatan tidak kurang daripada RM24,000 setahun.

Kelebihan utama termasuk mata ganjaran (rewards points), pulangan tunai (cashback), pelan kewangan yang fleksibel, dan tawaran eksklusif.

Tempoh memproses permohonan adalah bergantung kepada individu. Walau bagaimanapun, pihak AEON selalunya mengambil masa antara 7 hingga 14 hari.

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, AEON Credit Service (M) Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh AEON Credit Service (M) Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan AEON Credit Service (M) Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit AEON Classic Visa Card untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran Visa.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. AEON Credit Service (M) Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit AEON Classic Visa Card

Ada soalan tambahan berhubung AEON Classic Visa Card?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi AEON Credit Service (M) Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang AEON Credit Service (M) Berhad

AEON Credit logo
AEON Credit Service (M) Berhad, atau AEON Credit, adalah institusi kewangan terkemuka di Malaysia yang menawarkan pelbagai skim pembiayaan. Dari pembiayaan peribadi AEON iCash yang popular hingga pelan pembiayaan kenderaan dan produk lain seperti kad kredit dan debit, ketahui lebih lanjut mengenai perkhidmatan AEON Credit.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

BSN 1 TeachersCard MasterCard

Nikmati ganjaran istimewa, kadar faedah terendah, dan perlindungan insurans perjalanan percuma dengan BSN 1 TeachersCard…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…