Akan dibuka dalam tab baharu

BSN 1 TeachersCard MasterCard

Nikmati ganjaran istimewa, kadar faedah terendah, dan perlindungan insurans perjalanan percuma dengan BSN 1 TeachersCard MasterCard, khas untuk tenaga pengajar.

BSN 1 TeachersCard MasterCard
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
8.88% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
Percuma seumur hidup
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM2000
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah, Pindahan Baki
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
2x pulangan mata ganjaran, perlindungan perjalanan, kadar faedah rendah.

Kad kredit BSN 1 TeachersCard MasterCard adalah sebuah kad yang ditawarkan khusus kepada para pendidik, iaitu guru dan tenaga pengajar di Malaysia. Dengan kadar faedah yang berpatutan, program ganjaran myBSN, dan perlindungan insurans perjalanan yang lengkap, kad kredit Bank Simpanan Nasional ini boleh menjadi teman kewangan yang lengkap kepada para pendidik.

Kelebihan & Ciri Kad Kredit BSN 1 TeachersCard MasterCard

  • Tanpa yuran tahunan seumur hidup untuk kad utama dan juga kad tambahan.
  • Yuran pendaftaran percuma untuk keahlian Yayasan Guru Malaysia Berhad (YGMB).
  • 1x mata ganjaran dengan RM1 untuk transaksi dalam negara.
  • 2x mata ganjaran dengan RM1 untuk transaksi luar negara.
  • Kadar faedah/caj kewangan serendah 8.88% setahun (p.a).
  • Perlindungan insurans/Takaful perjalanan sehingga RM100,000.
  • Kad BSN Zing PlusMiles Touch ‘n Go percuma.
  • Buat pindahan baki tanpa kadar faedah melalui Pelan BSN Balance Transfer Programme.
  • Tukar pembelian tunai kepada bayaran bulanan melalui pelan bayaran ansuran BSN EasyPay atau BSN Instalment-Pay.
  • Dapatkan tunai segera di saat kecemasan melalui pelan pendahuluan tunai BSN EasyCash.
  • Pelan insurans Don’t Worry Credit Shield dan Don’t Worry Bereavement untuk perlindungan sehingga RM100,000 untuk kematian atau hilang upaya kekal dan menyeluruh.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Guru, Pensyarah, dan kakitangan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia atau institusi pengajian tinggi
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM2000 sebulan atau RM24000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Dokumen Yang Diperlukan

  • Salinan kad pengenalan (depan dan belakang)
  • Slip gaji 1 bulan terkini (guru dan kakitangan KPM)
  • Slip gaji 2 bulan terkini ATAU penyata KWSP terkini ATAU borang EA/borang B dengan resit cukai rasmi (pensyarah institusi pengajian tinggi swasta)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
Percuma seumur hidup
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
Percuma
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak. Yang mana lebih tinggi
Caj Lewat Bayar
RM10 atau 1% daripada amaun tertunggak. Maksimum RM75
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM12.75 atau 2.69% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Maklumat Tambahan

  • Kad kredit BSN ini ditawarkan dalam pilihan kad konvensional dan kad kredit Islamik (BSN 1 TeachersCard MasterCard Credit Card-i).
  • Mata ganjaran terkumpul boleh ditebus dengan pelbagai hadiah dan ganjaran daripada katalog myBSN Reward Point.
  • Perlindungan insurans/Takaful perjalanan melindungi kelewatan dan terlepas penerbangan sehingga RM600, dan kehilangan atau kelewatan bagasi sehingga RM1,600.
  • Kadar sumbangan Pelan insurans Don’t Worry Credit Shield dan Don’t Worry Bereavement ialah RM0.30 bagi setiap RM100 daripada baki tertunggak.

Pelan Pembiayaan

BSN Balance Transfer Programme
BSN Balance Transfer Programme

Buat pindahan baki kad kredit anda ke BSN Balance Transfer Programme. Pindahan dari serendah RM500 dengan tempoh bayaran semula sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
BSN EasyPay
BSN EasyPay

Inginkan pelan bayaran ansuran mudah (EPP) tanpa caj faedah dan tiada caj upfront? Dapatkan pelan ini. Pembelian serendah RM500 dengan tempoh bayaran sehingga 36 bulan.

Maklumat Lanjut
BSN Instalment-Pay
BSN Instalment-Pay

Buat sebarang pembelian serendah RM500 dengan kad kredit BSN anda untuk melayakkan anda menggunakan pelan Easy Payment dari BSN ini. Bayar semula sehingga 24 bulan tanpa caj faedah.

Maklumat Lanjut
BSN EasyCash
BSN EasyCash

Pinjam dari RM500 hingga 80% had kredit (credit limit) kad kredit BSN anda tanpa faedah (zero interest). Pilih tempoh bayaran dari 6 bulan hingga 48 bulan.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon BSN 1 TeachersCard MasterCard

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Mohon kad kredit BSN 1 TeachersCard MasterCard/i melalui saluran berikut:

Khidmat Pelanggan

Anda boleh mendapatkan maklumat lanjut berhubung kad kredit BSN 1 TeachersCard MasterCard:

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit BSN 1 TeachersCard MasterCard

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Bank Simpanan Nasional (BSN) mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Bank Simpanan Nasional (BSN) berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Bank Simpanan Nasional (BSN).

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit BSN 1 TeachersCard MasterCard untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Bank Simpanan Nasional (BSN) kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit BSN 1 TeachersCard MasterCard

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung BSN 1 TeachersCard MasterCard?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

2 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Bank Simpanan Nasional (BSN) untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Bank Simpanan Nasional (BSN)

Bank Simpanan Nasional
Bank Simpanan Nasional (BSN), ditubuhkan pada 1974 dengan misi menggalakkan simpanan rakyat, kini melayani lebih 7 juta pelanggan melalui 382 cawangan di seluruh negara. BSN menawarkan pelbagai produk perbankan konvensional dan Islamik, termasuk akaun, kad, pembiayaan peribadi, serta pembiayaan Mikro untuk usahawan. BSN juga mempelopori penggunaan Virtual Teller Machine (VTM) di Malaysia.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Affinbank Visa/ MasterCard Gold

Kad kredit Affinbank Visa/MasterCard Gold menawarkan pulangan mata ganjaran Affin Rewards yang boleh ditebus dengan…

Kad kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i 

Kad Kredit CIMB PETRONAS Visa Infinite-i khusus untuk pelanggan utama PETRONAS dengan program pulangan tunai…

Standard Chartered Platinum MasterCard Basic

Kad kredit Standard Chartered Platinum MasterCard Basic sesuai bagi mereka yang baru berjinak dengan kad…

Citi PremierMiles Mastercard

Kad kredit terbaik untuk mereka yang gemar “travel” dan dalam masa yang sama inginkan keselesaan…