Bank Rakyat Kad Kredit-i Pindahan Baki, atau juga dikenali sebagai Bank Rakyat Credit Card-i Balance Transfer adalah pelan pindahan baki kad kredit yang ditawarkan oleh Bank Rakyat. Pelan ini menawarkan tempoh bayaran untuk 3 bulan dan 12 bulan dengan kadar faedah dari 3% p.a sehingga 13.5% p.a – bergantung kepada tempoh bayaran anda.
Kadar faedah 3% p.a dikenakan untuk tempoh bayaran selama 3 bulan, manakala kadar faedah 13.5% p.a pula dikenakan sekiranya anda memilih untuk buat bayaran dalam tempoh 12 bulan.
Anda boleh memindahkan serendah RM1,000 untuk pelan pemindahan baki ini. Bank Rakyat tidak mengenakan sebarang caj pengendalian (upfront handling fee) untuk pelan pemindahan baki ini. Pelan Bank Rakyat Kad Kredit-i Pindahan Baki ini juga tidak mengenakan sebarang caj penamatan awal (early settlement fee) sekiranya anda ingin melangsaikan tunggakan anda lebih awal dari tarikh yang dipersetujui.
Ini membuatkan pelan Bank Rakyat Credit Card-i Balance Transfer adalah antara pelan pindahan baki kad kredit yang telus tanpa sebarang caj tersembunyi atau caj-caj tambahan. Baca lebih lanjut untuk jadual lengkap pelan ini, dan kad kredit-kad kredit Bank Rakyat yang anda boleh mohon untuk menggunakan pelan pindahan baki daripada Bank Rakyat.