Akan dibuka dalam tab baharu

Bank Rakyat Easy Instalment Plan

Bank Rakyat Easy Instalment Plan adalah pelan bayaran ansuran mudah atau Easy Payment Plan (EPP) yang memudahkan anda buat pembelian barangan dengan bayaran balik dalam bentuk ansuran bulanan.

Tidak seperti kebanyakan pelan EPP dari bank lain, pelan EPP Bank Rakyat ini tidak mengenakan sebarang caj kadar faedah (zero interest), dan tiada caj pengendalian (handling fee). Kelebihan ini sangat menguntungkan anda jika anda menggunakan pelan ini ketika buat pembelian.

Walau bagaimanapun, anda perlu buat transaksi sekurang-kurangnya RM1,000 untuk menggunakan pelan ini. Selepas itu, anda boleh pilih untuk bayaran ansuran sama ada 24 bulan atau 36 bulan.

Pelan ini ditawarkan kepada pemegang kad kredit Bank Rakyat (rujuk senarai kad kredit yang layak di bawah), dan hanya boleh digunakan di pedagang yang mengambil bahagian. Oleh itu, pastikan anda bertanya dahulu kepada pedagang terlibat sama ada anda boleh menggunakan pelan ini untuk pembelian atau tidak.

Bank Rakyat Easy Instalment Plan
money-bill-1-wave
Pembelian Minimum
RM1000
calendar-range
Tempoh Bayaran
24 bulan hingga 36 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
Tiada kadar faedah (Zero Interest)
square-dollar
Caj Pengendalian
Tiada caj upfront
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
Bayaran bulanan penuh
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual Bank Rakyat Easy Instalment Plan

Gunakan bayaran ansuran mudah Bank Rakyat ini dan dapatkan barangan idaman anda dengan bayaran ansuran bulanan sehingga 36 bulan. Tiada caj kadar faedah dan tiada caj pengendalian.

TEMPOH BAYARAN (BULAN) CAJ PENGENDALIAN (%) KADAR FAEDAH (% P.A) PEMBELIAN MINIMUM (RM)
24 Tiada Tiada RM1000
36 Tiada Tiada RM1000

Cara mohon Bank Rakyat Easy Instalment Plan

Anda boleh mohon pelan EPP Bank Rakyat Easy Instalment Plan dengan menghubungi bahagian khidmat pelanggan Bank Rakyat di talian 03-26936880.

Kad kredit Bank Rakyat Easy Instalment Plan

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Bank Rakyat Easy Instalment Plan. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Bank Rakyat Platinum Credit Card-i

Bank Rakyat Platinum Credit Card-i
Kad Bank Rakyat Platinum Credit Card-i menawarkan pulangan mata ganjaran tanpa had yang boleh anda tukar kepada tunai. Dapatkan juga perlindungan Takaful keluarga dengan percuma.
Info Lanjut

Bank Rakyat Credit Card-i Gold

Kad kredit Bank Rakyat Gold Credit Card-i
Kad kredit Bank Rakyat Credit Card-i Gold menawarkan rebat tunai tanpa had, pelan pindahan baki, pelan ansuran mudah, dan perlindungan takaful keluarga termasuk Khairat Kematian.
Info Lanjut

Bank Rakyat Platinum Explorer Credit Card-i

Kad kredit Bank Rakyat Platinum Explorer Credit Card-i
Kad kredit Kad kredit Bank Rakyat Platinum Explorer Credit Card-i menawarkan bukan sahaja pulangan tunai dan mata ganjaran, tetapi juga perlindungan dan keistimewaan sepanjang perjalanan.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.