Akan dibuka dalam tab baharu

Bank Rakyat Flexi Easy Payment

Bank Rakyat Flexi Easy Payment adalah pelan bayaran ansuran mudah kad kredit atau Easy Payment Plan (EPP) daripada Bank Rakyat. Pelan ini ditawarkan bersama kad kredit Bank Rakyat yang terpilih. Apa yang buat pelan ini menarik ialah pelan EPP Bank Rakyat ini tidak mengenakan caj kadar faedah tahunan (annual interest rate) mahupun caj pengendalian (handling fee).

Anda perlu berbelanja minimum RM1,000 untuk layak menggunakan pelan ini. Pilih antara 6, 12, atau 24 bulan untuk bayaran ansuran.

Walaupun skim Bank Rakyat Flexi Easy Payment ditawarkan kepada pemegang kad utama (principal card holder), pemegang kad tambahan (supplementary card) juga boleh menggunakan pelan ini dengan kebenaran daripada pemegang kad utama.

Baca lebih lanjut tentang ciri lengkap pelan ini dan bagaimana untuk mohon.

Bank Rakyat Flexi Easy Payment
money-bill-1-wave
Pembelian Minimum
RM1000
calendar-range
Tempoh Bayaran
6 bulan hingga 24 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
Tiada kadar faedah (Zero Interest)
square-dollar
Caj Pengendalian
Tiada caj upfront
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
Bayaran bulanan penuh
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual Bank Rakyat Flexi Easy Payment

Gunakan pelan Easy Payment Bank Rakyat ini untuk mendapatkan barangan idaman anda. Hanya buat belian serendah Rm1,000 dan pilih untuk buat bayaran ansuran sehingga 24 bulan. Tiada caj kadar faedah dan tiada caj pengendalian.

Tempoh Bayaran (Bulan) Caj Pengendalian (%) Kadar Faedah (% p.a) Pembelian Minimum (RM)
6 Tiada Tiada RM1000
12 Tiada Tiada RM1000
24 Tiada Tiada RM1000

Cara mohon Bank Rakyat Flexi Easy Payment

Anda boleh mohon skim Bank Rakyat Flexi Easy Payment dengan salah satu daripada kaedah berikut:

  • Hubungi pihak Bank Rakyat di talian 03-26936880.
  • Lengkapkan borang permohonan Flexi Easy Payment dan hantar secara bersurat, fax atau E-Mail kepada pihak Bank Rakyat.

Kad kredit Bank Rakyat Flexi Easy Payment

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Bank Rakyat Flexi Easy Payment. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Bank Rakyat Platinum Credit Card-i

Bank Rakyat Platinum Credit Card-i
Kad Bank Rakyat Platinum Credit Card-i menawarkan pulangan mata ganjaran tanpa had yang boleh anda tukar kepada tunai. Dapatkan juga perlindungan Takaful keluarga dengan percuma.
Info Lanjut

Bank Rakyat Credit Card-i Gold

Kad kredit Bank Rakyat Gold Credit Card-i
Kad kredit Bank Rakyat Credit Card-i Gold menawarkan rebat tunai tanpa had, pelan pindahan baki, pelan ansuran mudah, dan perlindungan takaful keluarga termasuk Khairat Kematian.
Info Lanjut

Bank Rakyat Platinum Explorer Credit Card-i

Kad kredit Bank Rakyat Platinum Explorer Credit Card-i
Kad kredit Kad kredit Bank Rakyat Platinum Explorer Credit Card-i menawarkan bukan sahaja pulangan tunai dan mata ganjaran, tetapi juga perlindungan dan keistimewaan sepanjang perjalanan.
Info Lanjut

Bank Rakyat Xclusive Explorer

Kad kredit Bank Rakyat Xclusive Explorer
Kad Kredit-i Bank Rakyat Xclusive Explorer ditawarkan khas untuk ahli Rakyat Xclusive, menawarkan pulangan tunai 5% untuk tempahan penerbangan dan hotel, akses percuma ke Plaza Premium Lounge, dan pelbagai keistimewaan eksklusif.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.