Akan dibuka dalam tab baharu

Bank Islam World MasterCard Card Credit-i

Kad Kredit Bank Islam World MasterCard Card Credit-i
badge-percent
Kadar Faedah Tahunan
13.5% p.a
money-bill-1-wave
Yuran Tahunan
RM777
wallet
Kelayakan Gaji Bulanan
RM8333
square-dollar
Pelan Kewangan
Ansuran Tunai, Bayaran Ansuran Mudah
credit-card
Pembayaran Tanpa Sentuh
MasterCard PayPass
list
Ciri Menarik
Ganjaran Petrol, Islamik, Mata Ganjaran, Premium

Bank Islam World MasterCard Card Credit-i adalah kad kredit yang ditawarkan oleh Bank Islam Malaysia. Kad dengan keistimewaan MasterCard ini adalah kad kredit Islamik yang patuh Syarak.

Kad ini menawarkan beberapa ciri menarik seperti mata ganjaran (rewards points) dan perkhidmatan premium daripada MasterCard. Kad kredit Bank Islam ini juga menawarkan pelan bayaran ansuran mudah (Easy Payment Plan) dan perlindungan insurans perjalanan yang lengkap.

Mata ganjaran ditawarkan dalam bentuk mata TruPoints daripada program TruRewards Loyalty. Program ini adalah program ganjaran daripada Bank Islam yang memberikan 1 mata ganjaran dengan setiap perbelanjaan RM1. Mata ganjaran ini adalah tanpa had dan boleh ditebus kembali dalam bentuk hadiah, baucar ataupun air miles.

Kad kredit Bank Islam World MasterCard Card-i juga memberikan perlindungan insurans Takaful yang lengkap untuk melancarkan perjalanan anda. Perlindungan diberikan sehingga RM2,000,000 untuk kemalangan peribadi. Anda hanya perlu buat tempahan tiket menggunakan kad kredit World MasterCard untuk mendapat coverage ini.

Kad ini juga menawarkan kelebihan istimewa seperti kebanyakan kad premium MasterCard. Anda akan mendapat akses percuma lounge lapangan terbang yang mengambil bahagian, di Malaysia dan Singapura. Anda juga boleh menggunakan perkhidmatan conciegre MasterCard 24 jam sehari untuk kemudahan anda.

Pembelian barangan juga menjadi mudah dengan pelan bayaran ansuran Bank Islam. Anda boleh menggunakan Bank Islam Installment Payment Plan (IPP) untuk setiap pembelian melebihi RM150. Pelan ini tidak mengenakan caj faedah, dan juga tiada caj pengendalian upfront.

Berminat untuk mendapatkan kad kredit Bank Islam World MasterCard Card Credit-i? Baca lebih lanjut tentang syarat-syarat kelayakan yang diperlukan untuk mohon dan bagaimana anda boleh mohon kad ini dengan mudah secara atas-talian (online).

Kelebihan & Ciri Kad Kredit Bank Islam World MasterCard Card Credit-i

Mata ganjaran (reward points)

Dapatkan 1 mata ganjaran TruPoints apabila anda berbelanja RM1, di dalam dan luar negara dengan Bank Islam TruRewards Loyalty Programme. Mata ganjaran TruPoints ini tidak ada had dan anda boleh kumpul seberapa banyak mata TruPoint yang anda ingini. Mata ganjaran ini juga ditawarkan kepada pemegang kad tambahan di bawah anda (supplementary card holder). Dan, setiap kali mereka berbelanja, anda juga akan menerima mata ganjaran tambahan.

Jumlah Mata Ganjaran (Point) Jumlah Perbelanjaan (RM) Jenis Perbelanjaan Had Perbelanjaan
1 RM1 Semua perbelanjaan di dalam dan luar negara Tiada had

Tebus mata ganjaran TruPoints anda dengan hadiah, barangan, baucar atau air miles melalui katalog Bank Islam.

ganjaran perjalanan

Tempah tiket penerbangan anda dengan kad kredit Bank Islam World MasterCard Card-i dan dapatkan perlindungan insurans perjalanan yang lengkap daripada Takaful. Perlindungan yang ditawarkan adalah dari RM1,000 hingga RM2,000,000.

Jenis Perlindungan Jumlah Perlindungan (RM)
Kemalangan Peribadi Sehingga RM2,000,000
Penundaan Penerbangan Sehingga RM1,000
Terlepas Penerbangan Sehingga RM1,000
Kehilangan Bagasi Sehingga RM1,000
Kelewatan Bagasi Sehinggga RM1,000

Ganjaran petrol

Jika perbelanjaan petrol anda setiap bulan adalah tinggi, gunakan kad ini supaya anda beroleh pulangan dengan setiap isian minyak. Setiap RM1 yang anda belanjakan di stesen minyak dengan kad kredit Bank Islam World MasterCard Credit Card-i – anda akan dapat 1 mata ganjaran TruPoints.

Ciri premium

Selain perlindungan perjalanan, kad kredit ini juga menawarkan perlindungan tambahan Takaful untuk urusan kematian.

Jenis Perlindungan Jumlah Perlindungan (RM)
Kematian Sehingga RM100,000
Hilang upaya kekal Sehingga RM100,000
Perbelanjaan pengebumian RM1,000

Bagi yang selalu travel, anda akan menerima 3 kali akses percuma ke Plaza Premium Lounge di lapangan terbang Malaysia dan Singapura yang mengambil bahagian. Berehat seperti boss sementara menunggu ketibaan pesawat anda.

Kad kredit ini juga memberi anda akses kepada perkhidmatan premium MasterCard. Anda boleh menggunakan khidmat Pusat Pelanggan MasterCard, khidmat Conciegre MasterCard dan khidmat MasterCard Global 24 jam sehari.

Perkhidmatan MasterCard ini boleh anda gunakan untuk buat tempahan tiket untuk acara kegemaran anda, booking hotel, penghantaran barangan, limousin, jet peribadi, kapal mewah dan pelbagai lagi keistimewaan yang ditawarkan kepada pemegang kad kredit MasterCard.

Syarat kelayakan untuk mohon

Siapa Boleh Mohon
Kelayakan Gaji
Gaji kasar RM8333 sebulan atau RM100000 setahun
Kelayakan Umur
21 tahun untuk pemegang kad utama (Principal)
18 tahun untuk pemegang tambahan (Supplementary)

Caj & yuran yang dikenakan

Yuran Tahunan (Principal Card)
RM777
Yuran tahunan dibatalkan untuk penggunakan kad lebih daripada 12 kali setahun
Yuran Tahunan Kad Tambahan (Supplementary Card)
RM333
Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST)
RM25 untuk setiap kad (utama dan tambahan)
Bayaran Bulanan Minimum
RM50 atau 5% daripada baki tertunggak.
Caj Lewat Bayar
RM5 atau 1% daripada amaun tertunggak.
Had Pendahuluan Tunai Harian
Tiada
Caj Pendahuluan Tunai
RM12 atau 2.5% daripada amaun pengeluaran (yang lebih tinggi)
Kadar Faedah Pendahuluan Tunai
18%

Pelan Pembiayaan

Bank Islam Installment Payment Plan
Bank Islam Installment Payment Plan

Buat pembelian serendah RM150 menggunakan kad kredit Bank Islam anda dan pilih tempoh bayaran semula dari 3 bulan hingga 36 bulan. Tiada caj kadar faedah dan tiada caj pengendalian.

Maklumat Lanjut
Bank Islam GoFlexi
Bank Islam GoFlexi

Dapatkan barangan idaman anda tanpa perlu mengeluarkan modal besar dengan pelan Bank Islam GoFlexi.

Maklumat Lanjut
Bank Islam GoCash
Bank Islam GoCash

Dapatkan pinjaman tunai sehingga 90% daripada had kredit (credit limit) kad Bank Islam anda dengan program Bank Islam GoCash.

Maklumat Lanjut

Cara Mohon Bank Islam World MasterCard Card Credit-i

Tip sebelum mohon

Sebelum anda mohon, pastikan anda telah meneliti Syarat Kelayakan Memohon yang telah dinyatakan sebelum ini. Tiada guna anda mohon jika anda tidak menepati syarat-syarat yang dikehendaki untuk kad kredit ini.

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan kad kredit Bank Islam World MasterCard Card Credit-i

Ya, anda boleh cuba mohon sekiranya anda mencukupi syarat kelayakan seperti yang dinyatakan pada maklumat di atas, iaitu status kerakyatan dan pendapatan minimum. Walau bagaimanapun, Bank Islam Malaysia Berhad mungkin memerlukan kriteria tambahan untuk permohonan pertama anda.

Boleh sekiranya anda mencukupi syarat-syarat kelayakan untuk mohon. Untuk pengetahuan anda, Bank Negara Malaysia (BNM) telah menetapkan seseorang individu hanya boleh memiliki maksimum 2 kad kredit sekiranya pendapatan tahunan anda adalah kurang dari RM36,000.

Had kredit atau credit limit akan ditentukan oleh Bank Islam Malaysia Berhad berdasarkan faktor-faktor seperti sejarah kredit, pendapatan bulanan, dan sejarah perbelanjaan. Anda boleh mohon had kredit tertentu semasa permohonan, tetapi keputusan akhir masih terletak di tangan Bank Islam Malaysia Berhad.

Ya, anda boleh buat pendahuluan tunai (cash advance) dengan kad ini. Tetapi anda mungkin akan dikenakan caj tambahan seperti yang dinyatakan di bahagian Caj dan Yuran pada maklumat di atas. Anda juga perlu pertimbangkan kadar faedah untuk pendahuluan tunai adalah lebih tinggi daripada kadar faedah tahunan.

Ya, anda boleh guna kad kredit Bank Islam World MasterCard Card Credit-i untuk transaksi dalam talian dengan syarat pedagang atau laman e-Dagang (e-Commerce) tersebut menyokong skim bayaran MasterCard.

Ya, anda boleh mohon kad ini untuk tujuan pindahan baki. Walaubagaimanapun, pastikan had kredit anda mencukupi untuk menampung jumlah baki yang ingin dipindahkan. Bandingkan juga pelan pindahan baki (kadar faedah dan caj pengendalian) dengan kad kredit sedia ada.

Anda boleh cuba untuk mohon, tetapi peluang lulus mungkin rendah jika anda mempunyai skor kredit yang rendah, atau sejarah kredit yang buruk. Bank Islam Malaysia Berhad kebiasaannya menilai kelayakan kredit anda berdasarkan faktor-faktor seperti skor kredit, pendapatan, nisbah hutang kepada pendapatan, dan sejarah kredit. Anda mungkin perlu meningkatkan skor kredit anda terlebih dahulu sebelum mohon kad kredit Bank Islam World MasterCard Card Credit-i

Maaf anda tak boleh mohon sebarang kad kredit sekiranya anda di bawah selaan atau pengawasan AKPK.

Ada soalan tambahan berhubung Bank Islam World MasterCard Card Credit-i?

Guna tab “Pertanyaan” di atas untuk bertanyakan soalan anda dan dapatkan jawapan dalam masa terdekat.

Tanyakan soalan anda pada ruangan komen di bawah atau tinggalkan komen. Pihak kami akan cuba menjawab dan membalas seberapa segera yang mungkin.

0 Comments
Terbaru
Terakhir

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi atau hubungi Bank Islam Malaysia Berhad untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.

Sumber Tambahan

Jelajahi dunia kad kredit di Malaysia dengan sumber-sumber ini membantu anda buat keputusan yang lebih tepat.

Ketahui Lebih Lanjut Tentang Bank Islam Malaysia Berhad

Bank Islam Malaysia Berhad
Bank Islam Malaysia Berhad, bank Islamik penuh pertama di Malaysia sejak 1983, menawarkan penyelesaian kewangan patuh Syariah yang komprehensif untuk individu dan perniagaan. Melalui 147 cawangan dan kemudahan atas talian, Bank Islam menyediakan pelbagai produk termasuk akaun, kad kredit Islamik, pembiayaan peribadi, pengurusan kekayaan, serta Ar-Rahnu yang terkenal.
Baca Selanjutnya

Teroka Dunia Kad Kredit di Malaysia

Panduan Lengkap Kad Kredit

Pelajari asas-asas kad kredit, faedah yang ditawarkan, dan cara menggunakannya dengan bijak.
Baca sekarang

Cari Kad Kredit Terbaik

Guna sistem cari kad kredit kami yang mudah untuk mencari dan membandingkan beratus-ratus kad kredit yang ditawarkan di Malaysia.
Cari & bandingkan

Glosari Kad Kredit

Layari laman Glosari untuk definisi ringkas berhubung istilah yang sering digunakan berkaitan kad kredit.
Lihat Glosari

Soalan Lazim Kad Kredit

Semak laman Soalan Lazim (FAQ) untuk mendapatkan jawapan terhadap soalan-soalan yang sering ditanya.
Dapatkan Jawapan

Anda Juga Mungkin Berminat

Kad Kredit Public Bank Platinum MasterCard

Kad kredit Public Bank Platinum MasterCard menawarkan keistimewaan mata ganjaran VIP tanpa bagi mereka yang…

Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i

Public Islamic Bank MasterCard Gold Credit Card-i menawarkan pulangan rebat tunai tanpa had setiap bulan.…

Maybank Visa Signature

Kad kredit Maybank Visa Signature menawarkan ciri premium dengan kelebihan pulangan tunai, mata ganjaran, ganjaran…

Kad Kredit Standard Chartered Visa Platinum

Kad Kredit Standard Chartered Visa Platinum menawarkan 5 kali ganda mata ganjaran untuk program 360…