Akan dibuka dalam tab baharu

Bank Islam GoFlexi

Pelan GoFlexi daripada Bank Islam adalah pelan pembayaran mudah (easy payment plan, EPP) yang membolehkan pemegang kad kredit Bank Islam untuk menguruskan kewangan mereka dengan lebih fleksibel. Pelan ini membolehkan anda menukar pembelian tunai kepada bayaran ansuran bulanan yang tetap, sekali gus memberi lebih kawalan ke atas aliran tunai anda.

Pelan ini ditawarkan khusus kepada pelanggan Bank Islam yang ingin melakukan pembelian besar tanpa perlu risau tentang bayaran yang tinggi. Dengan Bank Islam GoFlexi, anda boleh mendapatkan barangan impian serta merta dan membayar kembali mengikut tempoh ansuran yang anda pilih.

Baca lebih lanjut untuk maklumat lengkap berhubung pelan bayaran ansuran mudah Bank Islam GoFlexi.

Bank Islam GoFlexi
money-bill-1-wave
Pembelian Minimum
RM1000
calendar-range
Tempoh Bayaran
6 bulan hingga 12 bulan
badge-percent
Kadar Faedah
13.5% p.a
square-dollar
Caj Pengendalian
4.5%
square-dollar
Bayaran Minimum (Bulanan)
5% daripada baki penyata + ansuran bulanan GoFlexi
square-dollar
Caj Penamatan Awal
Tiada
share-nodes
Kongsi

Jadual Bank Islam GoFlexi

Dapatkan barangan idaman anda tanpa perlu mengeluarkan modal besar dengan pelan Bank Islam GoFlexi.

Tempoh Bayaran (Bulan) Yuran Pengendalian Kadar Keuntungan (% setahun) Pembelian Minimum
6 4.5% 13.5% – 17.5% RM1,000
9 4.5% 13.5% – 17.5% RM1,000
12 4.5% 13.5% – 17.5% RM1,000

Cara mohon Bank Islam GoFlexi

Berikut adalah panduan langkah demi langkah untuk memohon GoFlexi:

  1. Layari www.bankislam.biz dan log masuk ke akaun Perbankan Internet anda.
  2. Setelah log masuk, cari dan klik pada bahagian “Tetapan”.
  3. Di bawah “Tetapan”, pilih pilihan “Penyelenggaraan Kad Kredit-i”.
  4. Di halaman Penyelenggaraan Kad Kredit-i, cari dan pilih pilihan “Mohon GoFlexi”.
  5. Pilih transaksi yang ingin anda tukar kepada pelan ansuran GoFlexi. Pastikan transaksi tersebut memenuhi kriteria minimum RM1,000.
  6. Pilih tempoh ansuran yang anda inginkan, sama ada 6, 9, atau 12 bulan.
  7. Semak butiran permohonan anda, termasuk jumlah ansuran bulanan dan yuran pengendalian. Sahkan permohonan anda jika semuanya betul.

Klik untuk ke laman web Bank Islam Biz

Khidmat Pelanggan

Untuk sebarang pertanyaan atau bantuan mengenai GoFlexi, anda boleh menghubungi Perkhidmatan Pelanggan Bank Islam melalui saluran berikut:

Kesimpulan & Perspektif

Pelan Bank Islam GoFlexi menawarkan fleksibiliti  dalam menguruskan perbelanjaan besar, memudahkan anda membahagikan pembayaran kepada ansuran bulanan yang lebih mudah diurus. Pelan ini tidak mengenakan caj penyelesaian awal, sekaligus member anda kebebasan untuk melangsaikan baki hutang lebih awal tanpa sebarang penalti, menawarkan pengurusan kewangan yang lebih baik. Proses permohonan yang mudah, sama ada melalui Perbankan Internet atau Pusat Panggilan, memberi lebih fleksibiliti terhadap pelan ini.

Walau bagaimanapun, penting untuk mengambil kira yuran pengendalian sebanyak 4.5% yang dikenakan ke atas jumlah transaksi dan kadar keuntungan terpakai ke atas baki tertunggak. Pertimbankan kemampuan anda untuk membayar ansuran bulanan dan kesesuaian pelan ini dengan keperluan kewangan peribadi anda sebelum membuat keputusan untuk menggunakan pelan ini.

Soalan Lazim

Berikut soalan-soalan yang sering ditanya berkaitan Bank Islam GoFlexi

Had pembelian minimum ialah RM1,000 di dalam satu resit.

Tidak, GoFlexi hanya boleh dimohon untuk transaksi baru yang memenuhi kriteria yang ditetapkan.

Caj keuntungan biasa akan dikenakan ke atas jumlah GoFlexi yang tertunggak.

Tidak, tempoh ansuran tidak boleh diubah selepas permohonan diluluskan.

Tidak, pembayaran GoFlexi tidak layak untuk sebarang pulangan tunai (cashback) atau mata ganjaran (rewards point).

Kad kredit Bank Islam GoFlexi

Berikut adalah senarai kad kredit yang menawarkan pelan Bank Islam GoFlexi. Pilih dari senarai kad kredit berikut untuk info lengkap dan bagaimana anda boleh mohon secara online.

Bank Islam Platinum Visa Credit Card-i

Kad Kredit Bank Islam Platinum Visa Credit Card-i
Kad kredit Bank Islam Platinum Visa Credit-Card-i memberikan anda mata ganjaran tanpa had dalam bentuk TruPoints melalui TruRewards Loyalty Programme Bank Islam. Dapatkan 1 mata TruPoint dengan setiap RM1 di dalam dan luar negara. Mata ganjaran ini adalah tanpa had, jadi kumpulkan seberapa banyak yang mungkin.
Info Lanjut

Bank Islam Platinum MasterCard Card-i

Kad kredit Bank Islam Platinum MasterCard Card-i
Kad kredit Bank Islam Platinum MasterCard Card-i menawarkan keisitimewaan MasterCard Platinum seperti perkhidmatan Concierge dan memberikan anda mata ganjaran TruPoints menerusi TruRewards Loyalty Programme. Dapatkan 1 mata TruPoint dengan setiap RM1 di dalam dan luar negara. Mata ganjaran ini adalah tanpa had, jadi kumpulkan seberapa banyak yang anda ingini.
Info Lanjut

Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i

Kad Kredit Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i
Kad Kredit Bank Islam Infinite Visa Credit Card-i menawarkan ganjaran tanpa had dalam bentuk mata TruPoints daripada program TruRewards Bank Islam. Kad ini juga didatangkan dengan ciri "Premium" daripada VIsa. Anda dapat menggunakan perkhidmatan Visa 24/7 di mana sahaja anda berada dengan kad kredit ini.
Info Lanjut

Bank Islam World MasterCard Card Credit-i

Kad Kredit Bank Islam World MasterCard Card Credit-i
Kad Kredit Bank Islam World MasterCard Card Credit-i adalah kad kredit Premium yang menawarkan keisitimewaan perkhidmatan MasterCard 24 jam sehari 7 hari seminggu. Kad ini juga menawarkan ganjaran dalam bentuk mata TruPoints untuk setiap perbelanjaan anda di dalam dan juga luar negara. Dapatkan juga perlindungan Insurans Perjalanan yang lengkap untuk memudahkan urusan travel anda.
Info Lanjut

Bank Islam Gold Visa/MasterCard Credit Card-i

Bank Islam Gold Visa/MasterCard Credit Card-i
Kad kredit Bank Islam Gold Visa/MasterCard Credit Card-i adalah kad kredit asas dengan pulangan mata ganjaran dan pelan kad kredit yang menarik.
Info Lanjut

Bank Islam Visa Infinite Business Credit Card-i

Kad kredit Bank Islam Visa Infinite Business Credit Card-i
Kad kredit Bank Islam Visa Infinite Business Credit Card-i ditawarkan kepada peniaga yang ingin keselesaan dalam perjalanan dan juga perjalanan dan penjimatan berganda dengan ciri-ciri menarik.
Info Lanjut

Bank Islam Mastercard World Premier Wealth Kad Kredit-i

Kad kredit-i Bank Islam MasterCard World Premier Wealth
Nikmati keistimewaan eksklusif dengan Kad Kredit-i Bank Islam Mastercard World Premier Wealth. Kumpul TruPoints, akses Plaza Premium Lounge, dan perlindungan takaful percuma. Khas untuk ahli Premier Wealth.
Info Lanjut

Penafian:

Maklumat ini adalah untuk tujuan umum dan bukan nasihat kewangan. Kelebihan, kelayakan, dan caj tertentu mungkin berbeza. Anda dinasihatkan untuk melayari laman web rasmi  atau menghubungi khidmat pelanggan untuk mendapatkan maklumat terkini atau sebarang urusan berkaitan.